CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Dengan Boyfriend- Tiga Hari Tak Datang Sekolah, Mayat Ditemui Tergantung Dalam Bilik Asrama

20-3-2023 09:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5502| Komen: 7

Description: Tiga hari tak datang ke sekolah membawa kepada penemuan seorang pelajar perempuan yang menggantung diri di bilik asrama.
Tiga hari tak datang ke sekolah membawa kepada penemuan seorang pelajar perempuan yang menggantung diri di bilik asrama.

Tribun Medan melaporkan, kejadian berlaku di Kota Pagaralam di Sumatera Selatan, Indonesia.


Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Pagaralam, AKP Mursal Mahdi berkata, mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia dalam keadaan tergantung di bilik asrama kira-kira pukul 10.30 pagi.


Gambar Hiasan

“Pada awalnya dua rakan mangsa curiga kerana mangsa tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang alasan.

"Mereka kemudian datang untuk bertanya khabar dengan mengetuk pintu bilik mangsa tetapi tiada jawapan.

"Namun, setelah diintai dari tingkap, mereka nampak mangsa dalam keadaan tergantung," kata Mursal..

Berdasarkan hasil pemeriksaan, polis tidak menemui sebarang tanda keganasan pada badan mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mangsa disyaki mati membunuh diri," katanya.


Menurut keterangan beberapa saksi, mangsa disyaki mengalami masalah cinta dan beberapa hari sebelum kejadian, mangsa bergaduh dengan kekasihnya.

"Bagaimanapun, kita masih menyiasat punca kejadian," kata Mursal.

Sebagai peringatan, perbuatan bunuh diri adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. - CARI

Sumber: mStar/Tribun Medan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 20-3-2023 10:13 AM
Sebagai peringatan, perbuatan bunuh diri adalah haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya. -


Baikk
Quote shernazz 20-3-2023 02:58 PM
Alahai..bg kau cari lain helok je
Quote sayurmayur88 20-3-2023 03:12 PM
ya Allah, tgk daerah pon dh tau budak pompuan tu muslim.
dan kita semua tahu apa hukum nya bunuh diri .
semoga Allah memberi kekuatan kpd kaluarganya.
Quote venom1 20-3-2023 03:21 PM
gantungkan sekali boyfriend dia tu
Quote Decaffeinated 20-3-2023 03:59 PM
venom1 replied at 20-3-2023 03:21 PM
gantungkan sekali boyfriend dia tu

Ko tak pernah kena lagi bagaimana rengsa nya bila ada orang obsessed dgn ko boleh lah cakap. Kalau hari2 ugut nak bunuh diri siapa yang tahan.
Quote edayildiz 20-3-2023 04:03 PM
inallilah dek..rugi sbb sorg zantan no kualiti nak M
Quote supernaturalee 20-3-2023 04:22 PM
teringat bdk br habis spm dh menikah


eeee serba salah jadinya

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052454 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top