CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Perempuan 9 Tahun Calarkan Kereta Jiran, Buang Penyepit Pakaian

20-3-2023 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4857| Komen: 6

Description: Insiden seorang kanak-kanak mencalarkan kereta di parkir bawah flat selain mengambil dan membuang penyepit pakaian milik jiran di Pasir Gudang, Johor yang tular pada Februari lalu telah meraih perhati ...
Insiden seorang kanak-kanak mencalarkan kereta di parkir bawah flat selain mengambil dan membuang penyepit pakaian milik jiran di Pasir Gudang, Johor yang tular pada Februari lalu telah meraih perhatian ramai di media sosial.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kes berkenaan sudah pun diselesaikan dengan baik atas persetujuan semua pihak yang terlibat.


Foto: mStar

“Kami mendapat tahu kejadian itu sebenarnya berlaku kira-kira jam 2 petang pada 17 Februari dan ia hanya berlaku sekali itu sahaja.

“Kanak-kanak itu di bawah jagaan neneknya yang berusia 57 tahun.

“Selepas kejadian, wanita itu berjumpa dengan pemilik kereta dan memohon maaf bagi pihak gadis itu dan mereka menyelesaikan perkara itu secara baik setelah mengambil kira usia gadis itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada Februari lalu video berdurasi 64 saat menunjukkan kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun tular di TikTok kerana didapati merosakkan harta benda di sebuah blok rumah pangsa di Taman Cendana, Pasir Gudang.


Dalam pada itu, Sohaimi menasihatkan orang ramai supaya memantau anak-anak dan mendidik mereka dengan baik supaya tidak terlibat dalam perbuatan negatif.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai perkara itu kerana ia telah diselesaikan. - CARI

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 20-3-2023 09:53 AM
kang bl kata kebanyakkn perangai org flat semcm mrh plk
Quote ifanonline 20-3-2023 09:55 AM
tabiat dan perangai golongan B40 mcm tu...kurang disiplin
Quote intan244 20-3-2023 10:04 AM
budak tu ada mintak maaf x. kecik2x patut diajar kenq bertanggungjawab perbuatan sendiri.
Quote che-cikL 20-3-2023 10:07 AM
Apa ulang balik cerita ni?
Quote shernazz 20-3-2023 02:59 PM
Rasa cm dha ada dah ni...
Quote rogayahtop 20-3-2023 03:51 PM
mana2 pun sama nok flat ke apartmen ke landed property pun kalau ada spesis ni mmg bersedia jelah mcm2 isu.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.079939 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top