CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eja 8 Tahun Tak Aktif Bidang Lakonan, Habiskan Masa Dengan Pengajian Al-Quran & Uruskan Anak

18-3-2023 11:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 388| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Aktres senior Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin yang sudah hampir lapan tahun tidak bergiat aktif dalam bidang seni mendedahkan keputusan itu bukanlah disebabkan merajuk.Menerusi Gempa ...
Aktres senior Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin yang sudah hampir lapan tahun tidak bergiat aktif dalam bidang seni mendedahkan keputusan itu bukanlah disebabkan merajuk.

Menerusi Gempak, wanita itu mengundurkan diri seketika dan berehat dari karier seni untuk memberikankan fokus kepada anak, pengajian Al-Quran serta perniagaan sambal miliknya.



"Tiada istilah merajuk kerana saya sendiri buat keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat kerana mahu memberikan fokus kepada anak saya yang memasuki tingkatan tiga.

"Saya tolak tawaran berlakon kerana fokus saya ketika ini menang kepada anak dan pengajian saya. Alhamdulillah, minggu lepas saya baru sahaja grad dalam pengajian Al-Quran dan Tajwid selama enam tahun.

"Selama tujuh tahun dan masuk tahun kelapan tidak berlakon, saya menguruskan rumah tangga dan pengajian serta perniagaan," katanya.



Ditanyakan sama ada rindu untuk kembali berlakon, aktres berusia 50 tahun itu mengakui buat masa ini jiwanya masih tiada untuk kembali ke dunia lakonan.

Namun, tidak menolak kemungkinan pada masa hadapan kerana dia hanya mampu merancang.

"Perasaan rindu itu belum ada lagi, belum timbul. Jadi jiwa dan roh itu belum lagi untuk kembali berlakon. Namun, saya tidak berani mengatakan seratus peratus berhenti berlakon.

"Cuma, buat masa sekarang ini saya boleh kata, saya berehat. Insya Allah di masa akan datang saya tidak tahu. Saya sentiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan perniagaan saya.


"Saya hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang. Andai suatu hari nanti memang ditakdirkan saya kembali, saya berlapang dada," katanya.


Sumber: GEMPAK





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.032030 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top