CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sean Lee Terkilan Terpaksa Tolak Tawaran Filem Pulau, Anggap Babak Hanya Lakonan

18-3-2023 11:05 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 294| Komen: 1|Original author: Tatod

Description: Pelakon dan pengacara, Sean Lee mengakui terkilan apabila terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem Pulau kerana terikat dengan komitmen projek lain.Katanya, dia ditawarkan untuk membawakan watak ...
Pelakon dan pengacara, Sean Lee mengakui terkilan apabila terpaksa menolak tawaran berlakon dalam filem Pulau kerana terikat dengan komitmen projek lain.

Katanya, dia ditawarkan untuk membawakan watak Mark yang sememangnya karakter mengundang kontroversi apabila ada babak lakonan dikatakan mempunyai elemen lucah sebelum ini.


"Dalam kepala saya, apa yang ada di skrin hanyalah lakonan. Tapi penonton kita tidak boleh bezakan mana satu lakonan dan masa satu kenyataan.

"Sebab itu juga ramai artis memilih berlakon watak hero baik kerana netizen tak dapat bezakan lakonan. Kalau berlakon watak jahat pula, pelakon itu dicop jahat," katanya.

Jejaka itu berharap agar masyarakat lebih matang dalam menilai sesebuah karya. Bukan itu sahaja, Sean mendakwa ada segelintir penonton sengaja mencetuskan provokasi sedangkan hakikatnya merekalah yang sudah tidak sabar ingin menonton filem tersebut.


Babak filem Pulau

"Saya rasa sudah masanya untuk penonton berfikiran matang jika menonton sesuatu karya. Macam kalau saya berpegangan tangan dalam sesebuah karya, adakah bermaksud saya bercinta dengan pelakon itu?

"Ada orang yang larang tengok filem Pulau sedangkan merekalah yang sebenarnya tidak sabar untuk menontonnya," kata Sean. - CARI


Sumber: GETARAN





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote fealefea 18-3-2023 11:17 AM
Kalau ko ambik watak tu, seribu taon reputasi ko buruk beb. Nk berkembang biar cam henry golding. Sini ko kene tgk fans ko sape yg hadap ko. Haa cube la g luar sana. Sapa nk tgk tu.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.031348 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top