CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Laung Azan Dan Solat Berjemaah Di Tengah Bukit Bintang, Asfan Shah Lancar Produk Sambil Berdakwah

18-3-2023 09:32 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 13548| Komen: 41

Description: Penyanyi Asfan Shah menarik tumpuan ramai apabila membuat kelainan ketika melancarkan produk minyak wangi terbaharunya di tengah-tengah kesibukan ibu kota Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Jumaa ...



Penyanyi Asfan Shah menarik tumpuan ramai apabila membuat kelainan ketika melancarkan produk minyak wangi terbaharunya di tengah-tengah kesibukan ibu kota Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Memetik laporan mStar, Asfan atau Norasfan Shah Rudin, 38, berkata, dia dan rakan kongsinya bukan sahaja mahu membuat kelainan tetapi mengambil kesempatan untuk menyebarkan dakwah.


"Kami terfikir untuk buat satu perkara yang lain daripada lain, kami buat flash mob, azan di Bukit Bintang dan solat berjemaah.

"Alhamdulillah, tadi kita boleh nampak ramai juga yang menyertai kami. Sambil-sambil tu bolehlah kita berdakwah dan buat pelancaran produk terbaharu kami," katanya.



Asfan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran produk wangian Deep Faith x Asfan Shah yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Ditanya tentang persepsi yang bakal diterima dari orang ramai, Asfan tidak mahu mengambil pusing tentang pandangan masyarakat, sebaliknya hanya berniat untuk melakukan kebaikan.

Penyanyi lagu Alasan Untuk Bahagia itu juga memberitahu peluang ini diambil sempena menyambut kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Selain Asfan, majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh barisan artis popular termasuk Aliff Aziz, Saharul Ridwan dan Yusuf Baharin.





Terdahulu, jangkitan Covid-19 yang dialaminya sebelum ini membuatkan dia ingin membuat perubahan dalam hidup selain ingin mendalami ilmu agama dalam usaha memperbaiki diri menjadi insan lebih baik. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rocksteady 18-3-2023 01:41 AM
bagus..harap tourist pun boleh ikut solat. belajar
Quote _kelly 18-3-2023 01:47 AM
kebulur perhatian
Quote jejaka_hensem 18-3-2023 03:03 AM
Dahaga perhatian
Quote jejaka_hensem 18-3-2023 03:04 AM
Btw,selekehnya pakai camtu
Quote MatDeghem 18-3-2023 05:33 AM
Image Malaysia sekarang.


#bilaretisjadiusahawan
#menunggangAgama
Quote kitmal 18-3-2023 06:42 AM
really..berdakwah atau menunggang????
Quote ainonymous 18-3-2023 08:02 AM
lapar perhatian - acah alim - religion rider
Quote missHaidiD 18-3-2023 08:15 AM
Pebenda tah solat kt situ. Bkn takde surau atau masjid berdekatan

Penunggang level berapa ni
Quote Aneem 18-3-2023 08:53 AM
Tunggang la selagi mampu
Quote Honey_Inara 18-3-2023 08:58 AM
lagu Alasan untuk bahagia best..
Quote shernazz 18-3-2023 09:47 AM
Kesan kena tumbuk kat airport ke jadi alim.gjni?
Quote 3chanceno 18-3-2023 09:51 AM
Kena apply permit tak nak buat solat berjemaah gini?#tanyajer

Nama minyak wangi Deep Faith, kenapa bukan dlm bahasa ereb atau bm?
Quote 3chanceno 18-3-2023 09:52 AM
shernazz replied at 18-3-2023 09:47 AM
Kesan kena tumbuk kat airport ke jadi alim.gjni?

Aaikkk ada kes apa sis? Tenkiu
Quote Samerosie 18-3-2023 10:09 AM
Euuwwwwwwwww.  Pehal buat kat BB, kau buat la kat Jalan TAR.  Buat ketawa org je ala2 gimik azan guna ugama bagai sebab nak jual minyak wangi je.
Quote bulalof 18-3-2023 10:19 AM
bila mana agama diniagakan.
Quote eely_shana 18-3-2023 10:29 AM
Nape lah buat mcm ni?
Quote Bawang123 18-3-2023 11:14 AM
Tipikal pose org baru insaf, tunjuk jari satu.
Jaga² team penyondol suke dgn laki tunjuk jari satu ni. Tak caye tanya shuk, sol, piz..
Quote nanasno 18-3-2023 11:28 AM
ooo jual minyak wangi. sape penyanyi ni pun tak kenal la. anyways kenapa gambar yusuf bahrin bergambar ramai2 tu macam bangla.

dakwah dakwah tapi anak kecik tak pakai carseatttttttt. tettttttttttttttttttt.
Quote shernazz 18-3-2023 11:59 AM
3chanceno replied at 18-3-2023 09:52 AM
Aaikkk ada kes apa sis? Tenkiu

Pelakon nama bil azazil ke apa tah tumbuk mamat ni..sebab ada skandal tak silap.
Ada thread dalam gossip ni juga

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.372601 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top