CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Rahsia Bahagia 4 Bulan Kahwin Adam Lee Dan Sweet Qismina, "Gaduh Macam Mana Pun, Jangan Tidur Katil Berasingan"

17-3-2023 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8934| Komen: 59

Description: Adam Lee dan Sweet Qismina teruja apabila bakal menyambut Ramadan pertama mereka sebagai suami dan isteri.“Ramadan kali ini saya dan suami akan berpuasa bersama sebagai suami isteri jadi kami cuba ca ...
Adam Lee dan Sweet Qismina teruja apabila bakal menyambut Ramadan pertama mereka sebagai suami dan isteri.

“Ramadan kali ini saya dan suami akan berpuasa bersama sebagai suami isteri jadi kami cuba cari masa bersama untuk luangkan masa dengan keluarga.


Foto: IG

“Sebab takut tahun depan atau tahun akan datang kami akan fokus lebih untuk karier kami sebab sebelum ini juga kami fokus dengan karier.

“Bila tahun ini bergelar suami dan isteri rasa macam jika tiada halangan dan kalau susun jadual elok-elok, sudah tentu saya nak luangkan masa bersama isteri untuk pergi tarawih, berbuka, bersahur dan nak masak juga.

“First time juga berbincang raya tahun ini nak pergi rumah siapa, benda ini tak pernah ya,” katanya kepada XTRA.



Adam dan Sweet mempunyai perancangan untuk Ramadan pertama mereka.

“Saya sendiri ada latar belakang keluarga yang mahir memasak, saya pun boleh lah sikit-sikit memasak, isteri saya pula memang pandai masak, awal-awal kahwin pun dah memasak.

“Untuk Ramadan kali ini mungkin kami masak bersama mungkin, ataupun kita pergi bazar bersama.

“Secara kebetulan, haritu kami baru saja beli buku 101 resipi. Jadi mungkin boleh guna untuk Ramadan ini,” seloroh Adam dan Sweet.



Lebih empat bulan berkahwin, Adam dan Sweet sentiasa berpegang teguh kepada pesanan keluarga mereka dalam mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga.

“We are Ying and Yang’. Sebab itulah kami disatukan bersama. Rasanya apa-apapun Adam selalu ingatkan saya bagaimana nak wujudkan persefahaman dalam perbincangan.

“Gaduh macam mana pun, nasihat keluarga kami adalah jangan tidur katil yang berasingan. Jadi benda itu kami praktikkan dan alhamdulillah doakan hubungan kami berkekalan,” ujarnya.



Dalam perkembangan lain, Adam dan Sweet juga bakal bergandingan sekali lagi dalam drama Malam Zulaika yang bakal menghiasi slot Samarinda di TV3 tidak lama lagi.

Adam dan Sweet sah bergelar suami isteri pada 24 oktober 2022 selepas setahun mengikat tali pertunangan. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 17-3-2023 05:35 PM
Br 4bulan..jgn nk terpaling sgtlah
Quote nena9042 17-3-2023 05:38 PM
Hahaha wehhh kau tak kena lagi penangan suami berdengkur bila kau dah beranak pinak. Aku masa anak anak membesar memang bapak diorang selalu kena tido bilik tetamu sebab aku light sleeper, dengkur sikit je terbangun. Dari kitorang gaduh sebab tak cukup tido, baik leee tido asing kejap. Cukup tido, hidup pun bahagia.
Quote pujanggacinta 17-3-2023 05:42 PM
baru 4 bulan mmg xbole tido berasing...
agak agakla...
mesti ari ari mau
Quote Guess_who 17-3-2023 05:44 PM
Ketahian apekah br 4bulan.Nnt ko update lg 40thn dek
Quote Thunderclouds 17-3-2023 05:51 PM
Hahahahahahahahahahahahahahakkkktuihhh!
Quote Rotipitadaging 17-3-2023 06:04 PM
Ingatkan 4dekad
Quote red_velvet 17-3-2023 06:08 PM
Ta,.....hi
Quote jejaka_hensem 17-3-2023 06:08 PM
Iols suka adam ni,sexy
Quote dudaberhias 17-3-2023 06:11 PM
maksudnyaa?? gaduh2 pun tetap kena tido sekatil dan tup tup kena sumbat kat belakang... gittewww???? sebab sedap maka terus berbaik je lah agittewww
Quote LadyCarefree 17-3-2023 06:15 PM
Statements entah apa2. Mcm terpaling busy terpaling pandai masak terpaling merancang masa.

Sorry Qismina, muka laki hang tu macam pengkid pun ada.
Quote Suchi 17-3-2023 06:46 PM
Baiklah saya akan ikut pesanan ini
Quote TMZ.com 17-3-2023 06:54 PM
Ketahian apa ini????
Quote Incanto 17-3-2023 06:55 PM
makin cantik Sweet skrg
Quote margo20 17-3-2023 08:59 PM
Kesian lak dgn org yg pjj
Quote Jemahjemah 17-3-2023 10:13 PM
Tolong la jgn mntk tips dr org baru kawen hahahaha aku mah ingt smpi skrg faten afeefa punya tips bahagia perkahwinan. Kalau suami tny nak mkn mana. Kena bgtau. Jgn asyik xtau je. Lebih kurang gitu la jwpn kat interview tv tu dlu. Org tu baru kawen berapa bulan . Last2 cerai bergaduh sakan 2 ekor tu
Quote sleepandream 17-3-2023 10:20 PM
mendiang ratu elizabeth 2 yg kahwin putera phillip lebih 70 tahun pun tido bilik asing2 noks... 70 yearssss.....
Quote rayna_raynes 17-3-2023 10:46 PM
4 bulan sepatutnya takde bergaduh2 serius lagi. Kalau 4 bulan dah gaduh macam bakalan menuju kehancuran konsepnya.

Anyway korang berdua comel. Semoga tiada gaduh2, tiada yang menyondol dan tiada yang disondol. penat baca cerita retis bercerai berai tahun ni
Quote elnor_81 17-3-2023 11:00 PM
Bru 4 bulan dikkkkkk
Quote soy_beans 17-3-2023 11:06 PM
Kot ye pun nak lahar die. Die ckp tu pesanan kuarge die. Bukan pesanan die kt acik2 forum.

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

2-4-2023 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.097491 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top