CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar IPT Di Melaka Dicekup Berkhalwat, Boyfriend Bagi Alasan Masuk Rumah Sebab Nak Baiki Paip Air Tersumbat

16-3-2023 10:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3944| Komen: 15

Description: ALOR GAJAH – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini memberikan alasan membaiki paip air selepas dicekup berkhalwat di rumah sewa kekasihnya, Isnin lalu.
ALOR GAJAH – Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini memberikan alasan membaiki paip air selepas dicekup berkhalwat di rumah sewa kekasihnya, Isnin lalu.

Pasangan berusia 22 tahun itu dicekup sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kira-kira pukul 10 malam hasil aduan daripada orang awam.


Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketika serbuan dibuat wanita terbabit yang juga pelajar IPT pada awalnya enggan mengakui terdapat lelaki di dalam rumah berkenaan.


Foto: Kosmo

“Dia memberitahu rumah tersebut hanya didiami beberapa wanita lain yang merupakan penyewa bersama.

“Pegawai JAIM menegaskan telah menerima aduan daripada Rakan Setiaku JAIM (Raseim) mengenai seorang lelaki dilihat masuk ke rumah itu pada sekitar pukul 6 petang dan dia akhirnya mengakuinya,”katanya ketika dihubungi pemberita.


Tambahnya, wanita tersebut memberitahu teman lelakinya berada di dalam bilik tidur dan hasil soal siasat, kekasihnya memberikan alasan telah datang ke rumah berkenaan bagi membantu membaiki paip air tersumbat.

“Lelaki itu yang berpakaian lengkap mendakwa datang ke rumah wanita terbabit untuk membantu membaiki paip air tersumbat.

“Pasukan JAIM bagaimanapun telah menahan kedua-dua mereka kerana telah bersekedudukan tanpa hubungan yang sah dan akan disiasat di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya.

Che Sukri berkata, orang awam dialu-alukan untuk menyertai Raseim menerusi aplikasi Telegram menerusi pautan https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote venom1 16-3-2023 10:53 AM
paip tersumbat ke penuh air? Alasan.
Quote lattehazelnut 16-3-2023 11:35 AM
Betul la kan paip sumbat
Quote s@s@ 16-3-2023 11:38 AM
wah mcm dlm filem.... plumber datang betulkan paip
Quote lifeline 16-3-2023 11:39 AM
paip mana la yang tersumbat tu
kekekekekekekekekkekekekee
Quote pekanwoohoo 16-3-2023 11:55 AM
Sampai bila lah ye jabatan agama ni nak skodeng orang beromen?
Quote capiloton 16-3-2023 12:41 PM
betul la tu dia cakap, nak betul kan saluran air yang tersumbat.

jadi plumber
Quote sarahmirza 16-3-2023 12:43 PM
Orang awam yang buat aduan itu mesti berbangga dengan keprihatinan mereka.
Quote AbukRokok 16-3-2023 01:23 PM

betul
ada clogging dalam paip kne pakai pamp
utk melancaukan kembali pengairan
jgn lupa gam masa pasang balik


Quote AbukRokok 16-3-2023 01:24 PM
Quote dekmieDandy 16-3-2023 02:30 PM
serous question, kalau nak tolong camni (memang bebetul paip tersumbat), pintu ruang tamu pun bukak luas

ada chance kena tangkap jugak tak agak-agak?
Quote noorhairiahma 16-3-2023 02:53 PM
dekmieDandy replied at 16-3-2023 02:30 PM
serous question, kalau nak tolong camni (memang bebetul paip tersumbat), pintu ruang tamu pun bukak  ...

kalau macam kami dulu (ramai2 penyewa bersama), ada plumber nak datang petang. time tu ada sorang je housemate dekat rumah, so ada antara kami ni yang balik temankan dia. so that dia tak adalah berdua2an dengan plumber tu. walaupun berdua dan plumber tu dalam rumah, pintu tetap bukak luas2 sebab takut jugak2 tetiba plumber tu sebenarnya menyamar je ke nak rompak kami gadis2 ke, nak buat jahat ke apa ke.
Quote namr 16-3-2023 02:56 PM
paip lain yg tersumbat tu sis
Quote matseh 16-3-2023 02:56 PM
Aku pun mcm tu gak dgn GF
Rumah x der air, panggil aku. Makanan sampai panggil aku juga.
Rommate balik kampung, panggil aku juga.
NAsib baik dah clash sbb x sama tarap.
Quote nononcrux 16-3-2023 04:57 PM
kepala paip penuh air
Quote mizzmimi 16-3-2023 05:02 PM
Paip dapo ke paip engko yang tersumbat dek...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.079670 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top