CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dashcam Lori Rakam Hantu Terapung Di Lebuh Raya

15-3-2023 07:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10967| Komen: 5

Description: PHOENIX, Arizona – Kamera papan pemuka (dashcam) sebuah lori merakam imej lembaga didakwa hantu sedang terapung di sebuah lebuh raya negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS).MailOnline melaporkan, ketik ...
PHOENIX, Arizona – Kamera papan pemuka (dashcam) sebuah lori merakam imej lembaga didakwa hantu sedang terapung di sebuah lebuh raya negeri Arizona, Amerika Syarikat (AS).

MailOnline melaporkan, ketika kejadian, William Church sedang memandu lorinya menyusuri Lebuh Raya Beeline yang juga dikenali sebagai Laluan Negeri 87 pada 11 Mac lalu apabila dia melihat satu lembaga menyeramkan berjalan di tepi lebuh raya itu sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan).



Foto: Fox10

Dia memandu lori berkenaan berseorangan ketika melalui lebuh raya tanpa tiang lampu antara bandar Phoenix dan Payson serta menyedari lembaga tersebut hanya berdiri di tepi laluan berkenaan.

“Anda boleh melihat garisan (lebuh raya) menembusi kaki lembaga itu,” kata Church.

Berdasarkan klip video berdurasi enam saat itu, ia memaparkan satu lembaga misteri seolah-olah muncul dari udara nipis tetapi kemudian menghilang dari lebuh raya tersebut.


“Saya rasa ia bukan cahaya silau. Ia berpusat di satu tempat. Amat menyeramkan!”  komen seorang pengguna di laman YouTube. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 15-3-2023 08:26 PM
Xde bideo ke
Quote esbok 16-3-2023 09:21 AM
padahal benda tu nak buang air kat tepi ke, habih ditangkapnya gamba, viral ke orang
Quote Nurdianah 17-3-2023 08:47 AM
hantu jogging
Quote Cleocatra 17-3-2023 09:10 AM
Korang search je kat Youtube, Paranormal caught on camera. Macam2 keluar
Quote myakayina 17-3-2023 09:30 AM
dah mmg makhluk ghaib tu wujud..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.073745 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top