CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Enggan Kahwin Paksa- Gadis Dibunuh Bapa Saudara, Pancang Logam Logam Terpacak Di Dada

15-3-2023 07:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10105| Komen: 0

Description: BRADFORD – Seorang lelaki didapati bersalah membunuh anak saudaranya menggunakan pancang logam selepas mangsa enggan berkahwin dengan calon pilihan keluarganya.The Sun melaporkan, pelajar bioperubata ...
BRADFORD – Seorang lelaki didapati bersalah membunuh anak saudaranya menggunakan pancang logam selepas mangsa enggan berkahwin dengan calon pilihan keluarganya.

The Sun melaporkan, pelajar bioperubatan, Somaiya Begum, 20, ditemui meninggal dunia kira-kira 1.6 kilometer (km) dari rumahnya di West Yorkshire, England, Julai tahun lalu selepas pencarian besar-besaran dilakukan oleh polis selama seminggu.



Foto: The Sun

Dia ditemui dengan pancang logam jenis Bradawl sepanjang 11 sentimeter (sm) terpaku di sebelah dada kanannya di sebuah kawasan industri ringan.

Bapa saudaranya, Mohammed Taroos Khan, 52, menafikan melakukan pembunuhan tersebut tetapi dia didapati bersalah selepas perbicaraan diadakan di Mahkamah Diraja Bradford. Hukumannya akan diputuskan kemudian.

Somaiya dilaporkan tinggal bersama neneknya dan seorang lagi bapa saudaranya sebelum kematiannya.


Berdasarkan perbicaraan, Somaiya pernah diarahkan untuk berkahwin pada usia 16 tahun oleh bapanya, Yaseen Khan. 

Dia dipaksa berkahwin dengan sepupunya di Pakistan tetapi mangsa menolak cadangan itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.040501 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top