CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Aril Pilus Hamil Anak Kedua, Lepas Bersalin Kena Buang Rahim

15-3-2023 07:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14457| Komen: 59

Description: Gembira isterinya kini hamil, penyanyi Aril Pilus terpaksa menerima hakikat kemungkinan ini adalah cahaya mata terakhir buatnya.Disebabkan masalah fibroid yang dialami oleh isteri iaitu Puteri Erma Ed ...
Gembira isterinya kini hamil, penyanyi Aril Pilus terpaksa menerima hakikat kemungkinan ini adalah cahaya mata terakhir buatnya.

Disebabkan masalah fibroid yang dialami oleh isteri iaitu Puteri Erma Edlinda, doktor menasihatkan agar wanita itu menjalani pembedahan membuang rahim apabila bersalin anak kedua dijangka November ini.


Foto: IG

"Kalau dikurniakan dengan dua orang anak ini pun saya dah penuh rasa syukur. Kita tidak boleh melawan takdir yang telah ditetapkan.

"Kita ada pakar perubatan dalam bidang ini, dan mereka lebih tahu apa yang sepatutnya. Kita akur menerima khabar ini dan ikut nasihat doktor," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Aril sebelum itu memuat naik video menerima kejutan daripada isterinya yang kini sedang hamil enam minggu.


Selepas lapan tahun, pastinya berita tersebut sungguh bermakna buat pasangan ini kerana mereka telah lama menunggu kelahiran seorang lagi cahaya mata.

"Rasanya sekarang sama seperti kami mendapat tahu soal kehamilan anak pertama dahulu. Maklumlah dah lama kami menunggu saat ini.

"Isteri mengalami alahan teruk sepanjang trimester pertama ini. Jadi kami harapkan tempoh hamil ini dipermudahkan dan semuanya selamat," jelasnya.


Bercerita mengenai masalah fibroid dihidapi oleh isterinya, Aril memberitahu mereka mengetahui mengenai perkara selepas melakukan pemeriksaan doktor sejak dua tahun lalu.

Disebabkan itu, dia enggan terlalu bercakap mengenai soal zuriat kerana bimbang boleh mengganggu emosi isterinya.

"Selepas buat pemeriksaan, doktor maklumkan ada tiga biji fibroid di rahim isteri dan satunya terletak di bahagian luar rahim.

"Untuk buang fibroid perlu mengandung dahulu dan akan buang rahim ketika bersalin nanti.

"Sebelum ini kami tak pernah bincang masalah ini kerana takut ganggu emosi isteri. Ini masalah berkaitan wanita yang sensitif," ujarnya.



Dalam pada itu, Aril dan isteri juga merancang untuk menyambut kelahiran anak mereka pada 5 November sempena sambutan ulang tahun kelahiran penyanyi itu.

Untuk rekod, Aril dan Erma mendirikan rumah tangga pada pada 20 Disember 2013.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Tun Adriel Mikael yang kini berusia lapan tahun. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 16-3-2023 09:13 AM
siannya. moga tabah dek
Quote margo20 16-3-2023 09:15 AM
Semoga selamat bersalin
Quote OsHiN_hOnEy 16-3-2023 09:28 AM
mintak 2nd opinion dari pakar yg lain
buang rahim ni utk perempuan can be amat2 traumatic
kena fikir panjang KALO jodoh tak lama dgn husband ni
kang nanti nak beranak lagi camna
Quote ezacbee 16-3-2023 09:32 AM
Nama tun boleh guna ek? Ingatkan xboleh guna.

2 orang anak pun dah cukup. Janji sihat.
Quote Suchi 16-3-2023 11:41 AM
Edited by Suchi at 16-3-2023 11:43 AM

Kesiannya rahim tu aset penting wanita.

Yg iols ingat ND kot ada fibroid masa pregnant neney tu.Ada pendarahan banyak katanya.
Pastu doktor tak bg bersalin normal sbb fibroid tu bahaya leh sbbkan dia masuk icu/keguguran.
Kena czer masa 37 minggu.
Tp dia buang fibroid tu masa anak dia dh besar skit,dia berpantang cam org beranak dlm seminggu dua camtu ingatkan keguguran bila org tnya dia jawab baru operet buang fibroid.

Quote imanda 16-3-2023 11:45 AM
sedihnya kalo kn buang rahim.. menopaus awal la kan namanya?
Quote anony-mous 16-3-2023 11:45 AM
Tp fibroid dia 3 je. I pernah jumpa case lg byk fibroid. X ada plak smpai kena buang rahim. Stuju dgn komen porumer kat atas cuba dptkn 2nd opinion dlu
Quote anony-mous 16-3-2023 11:47 AM
OsHiN_hOnEy replied at 16-3-2023 09:28 AM
mintak 2nd opinion dari pakar yg lain
buang rahim ni utk perempuan can be amat2 traumatic
kena fikir ...

Setuju kena dptkan 2nd opinion. Btw katakan klau pasangan mcm ni cerai, bila wife nk kahwin baru, boleh rahsiakan x yg dah buang rahim?

I rasa isu buang rahim ni better keep it secret sbb ia nya aib.
Quote Nurul_007 16-3-2023 11:51 AM
Suchi replied at 16-3-2023 11:41 AM
Kesiannya rahim tu aset penting wanita.

Yg iols ingat ND kot ada fibroid masa pregnant neney tu.Ada ...

Bru tau ND ada fibroid.betul mmg kesian dgr klu ada kes mcm ni
Quote Suchi 16-3-2023 12:44 PM
Nurul_007 replied at 16-3-2023 11:51 AM
Bru tau ND ada fibroid.betul mmg kesian dgr klu ada kes mcm ni

Haah ada je kuar artikel pasal tu masa dia lepas bersalin tu la.
Yg iols ingat dia kata pasnih kalau dia plan nak mengandung lg kena check dulu pastikan takde apa2 masalah dalaman kita tu.
Betul gakla kan kadang fibroid tu dh ada tp kita tak sedar sbb tak penah buat pemeriksaan.
Kadang dh pregnant baru tau,mcm kes isteri aril ni dia dh tau kan tp maybe doc pun mmg sajes utk buang tp dia nk try pregnant dulu last sblm buang.

Quote Diamondmoney 16-3-2023 12:45 PM
Kesiannya. Semoga Allah beri nikmat kegembiran selepas mengharungi berita sedih ni

Kesian sgt
Quote Suchi 16-3-2023 12:52 PM
anony-mous replied at 16-3-2023 11:47 AM
Setuju kena dptkan 2nd opinion. Btw katakan klau pasangan mcm ni cerai, bila wife nk kahwin baru,  ...

Takde hal pun nk cerita kalau bakal suami ok takde hal. Mana tau kawen ngn sesama duda yg dah tua takmo anak kecik juga ke apa.
Ada sorang akak ni dia kawen ngn lelaki muda lebih 20 tahun drpd dia. Masa tu dia 40an seoranh balu dan rahim mmg dh kena buang masa bersalinkan anak no 4 dia. Rahim dia pecah sbb mengandung rapat2 lepas czer.
Dlm 7 bulan ngandung camtu kot dia beranak  syukur la baby ngn ibu selamat tp rahim kena buang.
Suami muda dia ok lak walau tau dia dah takde rahim, tp dia pun dh meninggal tahun 2021 tu gara2 covid.
Quote adiktet 16-3-2023 01:05 PM
i dulu ada fibroid juga masa mengandung.. tapi doktor kata dia tak akan buang semasa bersalin.. sbb takut berlaku tumpah darah.. tunggu lepas bersalin dan dia akan monitor fibroid tu.. kadang2 fibroid akan  membesar masa mengandung saja.. jika terus membesar baru operate dan buang fibroid..
Quote anony-mous 16-3-2023 01:17 PM
Suchi replied at 16-3-2023 12:52 PM
Takde hal pun nk cerita kalau bakal suami ok takde hal. Mana tau kawen ngn sesama duda yg dah tua  ...

Jaarang2 dgr kes rahim pecah ni. Seram rasa. Sakit dia mcm contraction ke lg sakit?
Quote Suchi 16-3-2023 01:45 PM
Edited by Suchi at 16-3-2023 01:55 PM
anony-mous replied at 16-3-2023 01:17 PM
Jaarang2 dgr kes rahim pecah ni. Seram rasa. Sakit dia mcm contraction ke lg sakit?


Rahim pecah tu sbb tekanan meningkat masa kontraksi tu.
Maklumla rahim tu kan ada parut czer tu.So koyakan tu berlaku kat dinding rahim yg ada parut tu, terutama yg parut menegak tu.
Sbb tu doc nasihatkan suh jarakkan lama skit kalau yg bersalin czer tu.
Kalau yg mengandung jarak terlalu rapat  mmg takkan diberi peluang utk cuba bersalin normal mmg kena bedah juga sbb doc risau rahim tu blm cukup kuat menahan tekanan masa contraction tu.
Penah baca pengalaman org yg rahim pecah masa tgh sakit kontraksi ni, ngeri oii baby tu akan berada kat abdomen ni bila rahim tu pecah.Mmg sakit giler2 laa pendarahan tak terkawal berlaku kalau lambat dedua akan mati.
Quote Nurul_007 16-3-2023 01:47 PM
adiktet replied at 16-3-2023 01:05 PM
i dulu ada fibroid juga masa mengandung.. tapi doktor kata dia tak akan buang semasa bersalin.. sbb  ...

Ada tanda2 awal ke fibroid sblum you preggy tu yg you tau ke you mmg tk tau langsung dn tk ada tanda2 tu pn nk tnya je.skrg mcmana you dh tk ada lgi ke fibroid tu?smoga tk ada lgi benda dlm hidup you amin
Quote wahiza 16-3-2023 01:55 PM
Suchi replied at 16-3-2023 12:52 PM
Takde hal pun nk cerita kalau bakal suami ok takde hal. Mana tau kawen ngn sesama duda yg dah tua  ...

sis... i macam tahu u cakap pasal sapa... honestly masa dia meninggal i sedih sangat... skrg fb i dah sunyi... rasa kehilangan sangat... alfatihah utk kakak tu...
Quote Nurul_007 16-3-2023 01:55 PM
Suchi replied at 16-3-2023 12:44 PM
Haah ada je kuar artikel pasal tu masa dia lepas bersalin tu la.
Yg iols ingat dia kata pasnih kal ...

Hahah mmg tk tau langsung pn you psl ND  tu yg meols ingat scha je pnh ada fibroid ni tp dh buang dlu bru sheols preggy yg ke dua tu.tp betul lh ckp you mmg kena aware benda mcmni kdg kita terlepas.meols tk tau sangat psl ni slalu dngar punca2 dri  keturunan,sembelit.darah haid yg bnyk dn sakit.
Quote Manusiabesa 16-3-2023 01:58 PM
adiktet replied at 16-3-2023 01:05 PM
i dulu ada fibroid juga masa mengandung.. tapi doktor kata dia tak akan buang semasa bersalin.. sbb  ...

U, ada simptom2 x sblum u dpt tau ada fibroid? Bkn apa fibroid jarang dgr.nk banding dgn endo dan cyst, byk jdi. U ada x tanda2? Kot haid bpjgn ke cmna.. aduii i seram dgq kena buang rahim, pasni haid pun dh xda. Klu i mmg pi minx cdangan dotor lain dulu sblum stuju. Klw kes buang tiub sebelah, atau both, ringan lah sikit kan... dilema oo..

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.067250 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top