CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Bertempur Dengan Penyokong Imran Khan Hingga Beberapa Pegawai Cedera

15-3-2023 06:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6427| Komen: 0

Description: Polis Pakistan bertempur dengan beratus penyokong Imran Khan menjelang kemungkinan penahanan bekas perdana menteri itu di luar rumahnya di bandar timur Lahore.Dilaporkan, pekerja parti Pakistan Tehree ...
Polis Pakistan bertempur dengan beratus penyokong Imran Khan menjelang kemungkinan penahanan bekas perdana menteri itu di luar rumahnya di bandar timur Lahore.

Dilaporkan, pekerja parti Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) pipimpinan Imran memulakan keganasan hingga mencederakan beberapa pegawai polis menggunakan batu dan kayu, memaksa polis menembak meriam air ke arah mereka.



Bloomberg

Timbalan Ketua Polis Negara, Syed Shahzad Nadeem berkata, adalah lebih baik sekiranya Imran dapat memastikan kehadirannya di mahkamah, jika tidak undang-undang akan bertindak.

"Pihak polis datang ke sini hanya untuk mematuhi perintah mahkamah," katanya.

Pertempuran sama turut berlaku minggu lalu selepas mahkamah di Islamabad mengeluarkan waran tangkap dalam kes terhadap Imran atas tuduhan mengancam hakim dalam satu ucapannya tahun lalu.

Bekas perdana menteri itu terbabit dalam beberapa kes mahkamah sejak penyingkirannya awal tahun lalu dalam undi percaya di Parlimen.


Beliau menuntut undian mengejut dalam perhimpunan protes di seluruh negara, satu tindakan yang ditolak penggantinya, Shehbaz Sharif, yang mengatakan pilihan raya akan diadakan seperti yang dijadualkan pada akhir tahun ini.

Imran turut ditembak dan cedera dalam satu perhimpunan ini sebelum ini.

Sementara itu, AWANI melaporkan Imran menyatakan kesediaannya untuk hadir ke mahkamah 18 Mac ini bagi menghadapi perbicaraan menerusi satu rakaman video pada Rabu.


Sumber: BH Online/AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.143924 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top