CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nak Catat Rekod Dunia Dalam Penganjuran Acara, Ifa Raziah Nak Pakai Baju Bersalut Emas

14-3-2023 06:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4875| Komen: 22

Description: Ifa Raziah mendedahkan bakal menggayakan busana yang dipenuhi emas dalam acara yang dianjurkannya nanti.
Ifa Raziah mendedahkan bakal menggayakan busana yang dipenuhi emas dalam acara yang dianjurkannya nanti.

Memetik laporan Media Hiburan,  Pengarah Urusan dan Pengasas Star Vendors Event Sdn Bhd menjelaskan hal tersebut merupakan satu kejutan dan enggan mengulas lanjut kerana perkara itu masih dalam perancangan.


Foto: IG

"Nanti tunggu, saya punya baju penuh dengan emas asli. Biarlah menjadi kejutan pada hari kejadian.

"Saya tak boleh nak kongsikan lagi hari apa dan bila. Kalian harus datang. Bila sudah jadi, barulah rakan media boleh temu bual lagi,"katanya kepada Media Hiburan.

Menurut Ifa pasukannya akan lebih komited dan serius pada acara Starvendors kali ini. Perkara ini bagi merealisasikan impian agar acara berkenaan dapat mencapai rekod dunia.



"Proses untuk menjadikan Starvendors tercatat dalam rekod dunia sedang dalam proses perbincangan dan hampir menjadi kenyataan. In Shaa Allah, doa-doakan semoga harapan ini akan menjadi kenyataan.

"Wakil mereka akan hadir ke acara Star Vendor KLCC Mega Raya Fest 2023 ini dahulu untuk memastikan ia betul-betul berlangsung selama 100 jam."

Dia juga tidak terlalu memikirkan festival yang yang turut diadakan pada tarikh sama sebaliknya mahu fokus memastikan acara ini berlangsung dengan jayanya.



"Saya tidak takut dengan persaingan memandangkan kami di Starvendors sentiasa nombor satu dan pilihan orang ramai.

"Malah, soal persaingan ini pun satu hal yang positif dan sihat. Jadi buat apa kita perlu ada rasa takut atau iri hati. Kita sama-sama dalam bidang ini patut meraikannya dan fokus pada perniagaan masing-masing." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 14-3-2023 06:07 PM
di penuhi emas betul ke tidak tu?

sebab wedding selamat pengantin busuk si pu'ak dan tomyam tu pun walaupun juta2 tapi majlis acik porum kahwin dua dekad dulu pun lebih semenggah walaupun pelamin bawah 5 qhibu bongok betul yang majlis pu'ak tu... taraf2 lalu tengah pasar payang berhimpit macam tin sardin jah...
Quote slyfynx 14-3-2023 06:11 PM
Die ni celah mana datang duit eh
Quote CatMiow 14-3-2023 06:23 PM
Biar la emas tulin pun. Hati2 je takut kena renjatan elektrik.
Quote shida81 14-3-2023 06:24 PM
Di balut emas pun still nampak low class
Quote Kitty_catz 14-3-2023 07:18 PM
buah kana tersenyummm sinissssssssss
Quote Kitty_catz 14-3-2023 07:18 PM
slyfynx replied at 14-3-2023 06:11 PM
Die ni celah mana datang duit eh

celah kote buah kana
Quote GegarVaganja 14-3-2023 07:24 PM
Sukati kau la nyah.
Kau bersalut emas ke bersalut Titanium David Guetta featuring Sia sekalipun, tehtap bakalan nampak murahan.

Quote cahaya_almas 14-3-2023 07:27 PM
Ada peminat ke dia ni?
Quote cucutokwan89 14-3-2023 08:32 PM
Meh nak tambah ilham, buat le solat terawih jemaah gak alang² 10 malam akhir pose. Minta dr klgn yg t'sohor jd imam. Btw, buat apa pun bior le berpada.
Quote namieamuro 14-3-2023 08:34 PM
ha elok la. dlm ramai tgh sesak ni. jage2 nek ipah. emas tulen ye?
Quote virgo19 14-3-2023 08:43 PM
Tak rasa kagum pun dgn org2 yg cipta rekod tapi rekod ciptaan sendiri. Lain la rekod semulajadi mcm manusia tertinggi, manusia terpendek, manusia paling lama hidup..
Quote Lagubestbest 14-3-2023 08:47 PM
sebokla dgn starvendors skrg ni. ramadan pun tak masuk lagi.
Quote Suchi 14-3-2023 08:53 PM
Sib baik la tak pkp ya tidak tak dapat la nak buka booth bagai ye dop

Apa kabar mood republic yaa dulu kemain meriah bila nak raya
Quote Perawankota 14-3-2023 11:34 PM
Jangan pulak Ada kes kena pukul ke, kena apa ke, sebab org dapat tau nak pakai emas
Quote exclusive_vvip 14-3-2023 11:43 PM
iyer ke?? kang emas tu total 80k, tapi dia war2kan 85juta
Quote nakkomenjugak 14-3-2023 11:47 PM
moga ouls goyang2 kan baju agar emas2 nyaaa bertaburan di lantai lalu iols dengan rasa kurang malu mengutip emas2 itu di lantai
Quote sharlenetexas 14-3-2023 11:58 PM
Menuju usia keemasan.


Quote rosedemon 15-3-2023 09:56 AM
dia ni jenis baru merasa kaya semua nk tnjuk
Quote mamajawie 15-3-2023 03:38 PM
pakai la emas berguni skalipun tetap la nampak sendu..da la muka repair..



Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053667 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top