CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazim Othman Sanggup Berhabis Duit Keluar Bajet Sendiri, Tempah 40 Pasang Sut Mewah Untuk Shooting

13-3-2023 10:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3570| Komen: 35

Description: Nazim Othman tak kisah mengeluarkan bajet sendiri untuk menyediakan pakaian terbaik mengikut watak diberikan kepadanya.
Nazim Othman tak kisah mengeluarkan bajet sendiri untuk menyediakan pakaian terbaik mengikut watak diberikan kepadanya.

Kata Nazim, dia bukan tidak mahu memakai pakaian disediakan produksi tetapi apabila menyentuh tentang kualiti kerja, dia memang tidak lokek berbelanja bagi memastikan watak diberikan dizahirkan dengan baik.


Foto: IG

"Penerbit yang tawarkan saya bekerja memang tahu sikap dan effort saya macam mana. Apabila cakap fasal usaha, saya memang tak kedekut.

"Saya tak kedekut dari segi emosi, masa malah tidak berkira untuk melabur bagi membeli pakaian sendiri bagi sesuatu watak.

"Misalnya, kalau saya dapat watak sebagai anak orang kaya, saya kena beli pakaian yang nampak mahal atau pun menggayakannya seiring dengan watak agar penonton percaya dengan peranan saya bawa," katanya kepada mStar.



Ditanya bajet paling besar pernah dilaburkan untuk pelaburan membeli pakaian bagi tujuan penggambaran, pelakon drama Isteri Halal itu enggan berkongsi kerana bimbang disalah tafsir.

Kata Nazim, masyarakat sebenarnya tidak tahu bahawa artis Malaysia sebenarnya mengeluarkan bajet sendiri untuk setiap pakaian digayakan menerusi drama lakonan mereka.



"Bergantung kepada projek. Saya pernah beritahu dulu tapi saya kena kecam sebab orang tak faham. Orang tak tahu pelakon Malaysia ni kita bawa baju sendiri datang ke lokasi.

"Terpulanglah ada pelakon dia tak mahu melabur lebih untuk pakaian dan mereka belilah baju yang mana mereka boleh kurangkan perbelanjaan.

"Tapi kalau macam saya, saya memang all out asalkan saya puas hati," ujarnya.



Sementara itu, Nazim berkongsi dia pernah menyediakan 40 pasang sut untuk digunakan dalam drama Monalisa yang dibintanginya pada 2018.

Bagi aktor itu, pelakon lelaki mempunyai kesukaran mewarnai gaya dalam sesuatu watak, disebabkan itu dia tidak kisah sekiranya perlu berhabis untuk kepuasan diri sendiri.



"Macam saya berlakon dalam drama Monalisa pada 2018, saya tempah 40 sut sendiri. Sebanyak mana saya bekerja untuk mendapatkan pendapatan bagi kehidupan lebih baik, jadi saya tidak boleh kedekut untuk kepuasan diri saya sendiri.

"Untuk lelaki daripada segi kekangan untuk pelbagaikan gaya juga agak sedikit rumit. Kalau perempuan, mereka boleh warnakan rambut, pakai extension rambut. Tetapi bagi lelaki kami mempunyai sedikit halangan," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 13-3-2023 11:10 AM
ye lah nok... walau bagaimanapun tetap wajah sama berkerak foundation kelabu, kening warna purple bila masuk tv...watak tetap keras kejung muka kontrol acah-acah oppa takde ekspressi... effort sangat nok..
Quote HelgaPataki 13-3-2023 11:19 AM
Why heshe semakin kusam ya? Tak mcm zaman before he kawin dgn bella
Quote doridori_hi 13-3-2023 11:28 AM
Sejenis lelaki high maintenance ..head to toe, ..
Quote jeana85 13-3-2023 11:57 AM
eh suka hati la kau la nok
Quote dudaberhias 13-3-2023 12:17 PM
40 sut mewah je? tup tup rupanya baju ballet, baju ropol2 ala2 cinderella pun ada yach!

kemain heshe makin out of closet merujuk pada gambar2

dari penat2 ko habis duit kat sut tu apa kata kau pergi tiruskan pelepah hidung tu dulu dekat hatyai, baru la meletop!
Quote vanillaninja 13-3-2023 01:23 PM
Geli je I tengok pics heols ni.
Quote kalchi 13-3-2023 01:27 PM
Dia blakon pon trying hard. Tak natural. So pd i dia takda aura untk tgk melainkan aura pondan
Quote bottompro 13-3-2023 01:41 PM
Aura botem dan pondan memancar mancar ya
Quote shida81 13-3-2023 02:30 PM
ak ni kenal mamat ni kat forum je... drama dia haram ak penah nengok
Quote rogayahtop 13-3-2023 02:43 PM
mmg ye takda sape tau kewujudan sis ni pun kecuali dkt forum cari.

reporter cari mmg suka post psl nazimah ni psl mengundang cacian gamaknya.
Quote fefeeling 13-3-2023 02:51 PM
Ko tgk michelle yeoh berlakon dik.. satu haram mekap pun tak pakai, habis muka kertu close up know know menang oscars dah.. sut ko warna pelangi petala 40 pun kalau lakonan masih kayu di abad wawasan 2020 ni just forget it jelah jah
Quote hasniey 13-3-2023 02:52 PM
Bagus la..dari artis yg sibuk suruh org sponsor.sapa tu yg sebelum ni ckp nk sewa.hujung2 mntak sponsor
Quote laksmanabentan 13-3-2023 02:55 PM
HelgaPataki replied at 13-3-2023 11:19 AM
Why heshe semakin kusam ya? Tak mcm zaman before he kawin dgn bella

da tak masyukkk uoollsss... biaya maintenance kureeennggg...
seadanya aja laa...
Quote eely_shana 13-3-2023 08:53 PM
Bagus tak cari sponsor
Quote asfaz 13-3-2023 09:03 PM
Screenshot_2023-03-13-21-01-30-22_a23b203fd3aafc6dcb84e438dda678b6.jpg Screenshot_2023-03-13-21-02-13-04_a23b203fd3aafc6dcb84e438dda678b6.jpg

Ye ke 30kg..
Quote LembingDayanti 13-3-2023 09:39 PM
dia ni patut main ngan Halia je... pening aku tengok. semak
Quote rayna_raynes 13-3-2023 09:48 PM

Sekampit beras 20kg bukan 10kg

Quote exclusive_vvip 13-3-2023 09:57 PM
asfaz replied at 13-3-2023 09:03 PM
Ye ke 30kg..

I rasa mcm admin @ wartawan salah faham agaknya..sebab ada 1 thread Hael sebelum2 ni, dia  kata kurus 3 kampit..maksudnya mcm dia lost bersamaan 3 kampit beras..dia x sebut pulak berapa kilo sekampit..kot kampit yg 5kg kot..logik la jugak kalu hilang 3 kampit = 15kg…kot berat dia sebelum ni 85kg ke
Quote sleepandream 13-3-2023 11:29 PM
ala... heshe ni makeup dekat set pun heshe buat sendiri khen...
okla tuuu.. iols pun tak penah tengok heshe belakon...

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.217481 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top