CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemerintah 'Ketagih' Nak Kawal Wabak, China Dikritik Nak Buat Lockdown Untuk Kawal Selsema

13-3-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1081| Komen: 6

Description: BEIJING – Pihak berkuasa bandar Xi’an, China dikritik selepas mencadangkan pelaksanaan perintah berkurung sekiranya perlu bagi memerangi wabak selesema pada masa akan datang.
BEIJING – Pihak berkuasa bandar Xi’an, China dikritik selepas mencadangkan pelaksanaan perintah berkurung sekiranya perlu bagi memerangi wabak selesema pada masa akan datang.

BBC melaporkan, berdasarkan pelan tindak balas kecemasan yang didedahkan Rabu lalu, Xi’an akan menutup beberapa kawasan dan sekolah jika sesuatu wabak penyakit menimbulkan ancaman teruk kepada orang ramai. 


Ramai pengguna internet mendakwa rancangan itu berlebihan terutamanya selepas beberapa siri kritikan terhadap dasar kawalan Covid-19 di China.


Foto: AFP

Kes selesema biasa dilaporkan meningkat di seluruh China ketika gelombang terbaharu Covid-19 semakin berkurangan.

Peningkatan jangkitan itu juga menyebabkan berlakunya kekurangan ubat antivirus di kebanyakan farmasi seluruh negara.

Walaupun masih belum ada keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung di Xi’an pada masa ini, orang ramai bimbang sekiranya rancangan itu serupa dengan pendekatan sifar Covid yang dimansuhkan pada Disember 2022.


Seorang pengguna menulis di platform media sosial China, Weibo bahawa wabak influenza menjadi perkara biasa sebelum Covid-19 muncul dan kehidupan penduduk berjalan seperti biasa apabila ia melanda.

Pengguna lain pula mendakwa pemerintah tempatan ‘ketagih’ untuk mengelak dan mengawal wabak.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote juboqhang 13-3-2023 11:20 AM
Syukur.. aman sikit dunia.
Quote rosmahisham 13-3-2023 02:09 PM
Ko nk.lockdown lantak ko lah..asalkn jgn bwk pemyakit bg 1 dunia..aku nk beraya n bercuti ye tahun nih!penat tau lockdown!!
Quote Lagubestbest 13-3-2023 09:34 PM
Edited by Lagubestbest at 13-3-2023 09:36 PM

dah jadi satu lagi sektor ekonomi kot. khemah, ppe & petugas kesihatan, drone & petugas keselamatan, construction, servis antivirus. atau lebih tepat lagi komisen 3% - 5% kepada parti pemerintah.

[youtube]YtFIRRQCS1s[/youtube]
Quote juboqhang 13-3-2023 09:38 PM
Negara facist.. apa yg nak diharapkan. PAS nk buat gini la.. nak tekan surpress org awam!
Quote rogayahtop 13-3-2023 11:15 PM
kalau dkt china akak ok je, takda la sampai ke malaysia colleagues cina pun taknak ke china dah takut katanya tak dapat akak nak order handbag murmur.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.051680 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top