![]() Penampang: “Kereta kami tiba-tiba terangkat dan telinga saya berdesing akibat bunyi letupan yang kuat,” kata Lau Zhe Wei, 19, yang terselamat selepas kereta Proton Waja dipandunya dilontar bom di pekan Donggongon, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam, Lau bersama rakannya, Wooi Fook Chen, 25, nyaris maut apabila bom terbabit meletup dan meranapkan bahagian belakang kenderaan mereka. Kejadian berhampiran tokong Cina itu turut menggemparkan penduduk setempat apabila letupan dikatakan didengar kira-kira tiga kilometer termasuk menyebabkan sebuah kedai berhampiran turut rosak. Lau berkata, ketika kejadian dia bersama Wooi menunggu seseorang di tepi jalan berhampiran di pintu masuk tokong berkenaan. “Ketika berada di dalam kereta, saya terdengar bunyi sesuatu benda bergolek dari bawah kereta...
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-5-2026 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047810 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.