CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sewa Kedai KLCC Buat Mulut Ternganga Luas

22-9-2015 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-SFG| Dilihat: 18335| Komen: 105

Description: Seperti yang didedahkan dalam laman thevocket.com...


Seperti yang didedahkan dalam laman thevocket.com,cerita asal tersebut adalah daripada indvidu yang bernama Mr Tee seorang penasihat kewangan Direktor Ky Consultancy.

Baca Selanjutnya: thevocket.com


Saya baru sahaja habis makan tengoh hari dengan seorang customer yang berniaga kedai butik di Suria KLCC, dia mula berniaga di KLCC pada tahun 1998 pada masa itu kadar sewa baru RM12,000 sebulan dengan kedai keluasan 700 sq.

Hari ini tahun 2015 kadar sewa naik kepada RM100 per square feet, sama dengan RM70,000 sewa sebulan keluasan 700 square feet. Setiap hari kena buka / tutup kedai tepat masa, kalau lambat kena denda sebanyak RM300.

Setiap bulan perlu hantar sales report kepada pihak pengurusan. Kalau sales kedai anda tidak bagus, Apabila tempoh pejanjian sewa dah tamat pihak pengurusan akan suruh anda keluar, walaupun anda mampu bayar sewa yang mahal setiap bulan.

Gerai- gerai yang jual nasi ayam di tingkat 2 kawasan food court setiap bulan kadar sewa adalah RM40,000. Setiap hari gerai nasi ayam kena jual 166 pinggan nasi ayam dengan harga RM8 sepinggan untuk cover kadar sewa sebulan.

Kawan saya pun beritahu salah satu restoran di KLCC sales sebulan boleh sampai RM2 juta dan kadar sewa adalah RM200,000 sebulan. Kalau anda ingin buka kedai di KLCC perlu bayar sewa deposit 4 bulan + 2 bulan.

Contoh :
Dengan kedai keluasan 700 square feet sewa RM 70,000 sebulan, RM 70,000 x 6 bulan =RM420,000

Nak niaga buka kedai di shopping mall tidak mudah, sebab terlalu banyak peraturan kena ikut dan kadar sewa sangat mahal. Kalau kedai anda nak buat renovation mesti dapatkan contractor dalam senarai nama panel pihak pengurusan mall.

Setiap kali nak buat renovation, contractor perlu briefing selama 2 jam untuk faham dan jelas peraturan dalam shopping mall, setiap kali sebelum renovation perlu bayar deposit dalam RM 15K. Customer saya buka kedainya sejak tahun 1998 sampai hari ini tahun 2015 selama 17 tahun, dia sudah bayar jumlah sewa adalah lebih RM8 juta.


Customer saya beritahu, kalau penyewa mall adalah brand yang famous seperti Ralph laurex , Uniqlo walaupun kedainya di tingkat bawah, mungkin kadar sewa mereka tidak mahal sangat sebab pihak pengurusan mall perlukan mereka untuk tarik pelanggan,dan juga kedai mereka besar lebih 1000 square feet.

4 tahun dulu, kedai yang jual roti yang sedap dan wangi panggil” Roti Boy” di KLCC kadar sewa dah sampai RM70,000 sebulan , tapi tidak pasti sama ada sekarang masih kadar sewa yang sama.

Itu sahaja saya nak kongsi untuk anda belajar sesuatu buka kedai di shopping mall tidak semudah apa yang kita lihat dari luar.


13

Bagus
24

Marah
8

Terkejut
9

Sedih
23

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (91 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wwwvvvwww 21-9-2015 10:59 PM
Boleh caya ka?
Quote TuntungReturn 21-9-2015 11:03 PM



aku pun tenganga sebenarnya
Quote pearl.silver 21-9-2015 11:07 PM
Sebelum ni mcm perah baca peniaga mengadu, brand tempatan akn disorok jauh2, walaupun sale kita bagus..
Quote Changa 21-9-2015 11:09 PM
memang la sis.
pernah baca dolu katanya sewa kedai di KLCC termahal berbanding kat pavilion??

rasanya every few years kedai2 situ wajib buat renovasi kot?
dan kedai2 di KLCC move around shop lot sangat common.

kalau sis pergi tahun ini kedai itu dok di tingkat2 sekian, jangan terkejut pergi beberapa tahun kemudian kedai itu dah tak ujud di situ.
kalau dah tak ujud di tempat lama ada 2 reason jah, sama ada dah move out atau pun dah pindah lot kedai ke tempat lain pula.

konsep syarikat pengurusan mall KLCC gitu kot? konsep sebegitu akak tak perasan ada di mall lain hatta dipavilion.
alamanda pun rasanya under sama pengurusan dengan KLCC maka konsep kedai pindah randah sangat common jua.
Quote jahcomel 21-9-2015 11:09 PM
AKu caye je. ..kalu pniaga Melayu mmg parah Lh..
Quote mbhcsf 21-9-2015 11:09 PM
roti boy tu sedap la...
Quote primemova 21-9-2015 11:10 PM
Sebab untong byk la sewa tinggi... Kalau x knp mereka masih bertahan kalau x untong.... Klcc tu mall yg sentiasa ramai org tak kira hari....  Berbeza dgn mall di kawasan sub urb spt the curve, paradigm, ioi city mall, setia city mall, during weekdays daytime lengang je... Org ramai weekend je....
Quote Changa 21-9-2015 11:12 PM
pearl.silver replied at 21-9-2015 11:07 PM
Sebelum ni mcm perah baca peniaga mengadu, brand tempatan akn disorok jauh2, walaupun sale kita bagu ...

bab2 sentimen itu tak payah nak percaya la.
brand lokal ke international konsep sama jah di KLCC itu, ada come and go.

6 tahun kot akak dok cikcur kat KLCC setiap hari dulu2, so akak dah boleh tahu mana kedai yg dah move out, move in, pindah lot pelbagai
Quote zorrro_03 21-9-2015 11:18 PM
Bab nak buat renovate kena pakai panel contractor yg approval oleh management mall pun nak bising ka?  Ingat kalau angkut sembarangan orang nak bikin itu ini bagus ka??  
Quote saladin780 21-9-2015 11:18 PM
harusla mahal..dah nama pun suria klcc..
mall hauk cam plaza alam sentral shah alam tu pun sewa cecah belas2 ribu sebulan..ni kan plak suria tu
Quote Peya 21-9-2015 11:18 PM
Dah dekat setahun aku x g klcc cuma baru2 ni je ada kesempatan. Tu pun sebab nak mkn mee kari dia je jah. Seb baik sedap kalu x sedap mmg aku xkan singgah jah!!
Quote jazaa100 21-9-2015 11:26 PM
dulu giant pun bkn main berlagak lg dgn peraturan bukak katup kiosk atau kedai ni.....kena tepat.  skrg ikut suka penyewa je.....

mgkin ada penyewa tu dah bersyukurrrr dah...
Quote CiliPadiSedap 21-9-2015 11:37 PM
Changa replied at 21-9-2015 11:12 PM
bab2 sentimen itu tak payah nak percaya la.
brand lokal ke international konsep sama jah di KLCC  ...

pondan tak siap cikcur di klcc ke
Quote epis 21-9-2015 11:37 PM
warta bangi yang sendu pon sebulan beribu sewanya... apatah lagi suria KLCC yang gah tu...
Quote nolya 21-9-2015 11:46 PM
Klcc tu dimiliki oleh satu orang atau satu syarikat?
Quote taikor 22-9-2015 12:01 AM
ini semua salah cina DAP   suruh Jamal Lembo mintak KLCC bagi peniaga2 'bermaruah' bertapak disana
Quote naina 22-9-2015 12:05 AM
Lamanya xpegi klcc.2 tahun kot.
Ada anak kecik susah la nk bwk p mall ni
Quote cmf_premierleag 22-9-2015 12:06 AM
Ala apa nk diherankan
Dah nama pun suria key el si si
Lainla kalo mall2 sendu yg duk kat ulu banat mcm setia U8 kt bkt jelutong nun
Quote CrowneGlory 22-9-2015 12:25 AM
Edited by CrowneGlory at 22-9-2015 12:27 AM

Sudahnya peniaga singapore yg penuh... Foodcourt tgh tu under singaporean fyi... Ada kedai card sebelah guess kids dulu yindon punya...akhirnya tutup jua

Restoran untung 2 juta im sure mesti madam kwan..yg maintain wujud dr awal klcc n x pernah la yg lengang...

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.094214 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top