CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

AC Puji Kesungguhan Wanita Ini! "2 Tahun Lalu Kecil Je, Kini ‘Tapau’ 3 Lot Premis Niaga"

7-2-2023 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6969| Komen: 69

Description: Pengacara popular, Datuk AC Mizal memuji semangat dan kesungguhan pengasas jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang cekal dalam usahanya meluaskan empayar perniagaan yang wajar dijadikan contoh. ...
Pengacara popular, Datuk AC Mizal memuji  semangat dan kesungguhan pengasas jenama Sellection, Nor Rafidah Khairuddin yang cekal dalam usahanya meluaskan empayar perniagaan yang wajar dijadikan contoh.


Menerusi sesi lintas langsung yang diadakan di butik tiga lot premis niaga terbaharu miliknya Wangsa Maju, Kuala Lumpur, Datuk AC turut hadir ditemani isterinya, Datin Emylia Rosnaida.


IG

“Bukan senang nak cari peniaga Melayu bumiputera macam ini. Dua tahun lalu saya jumpa dia di butik kecilnya. Sekarang ini butik Rafidah semakin membesar dan meluas, tahniah. Siap bawa jenama Coach dan lain-lain.

“Butik baharu miliknya mengingatkan saya seperti sebuah butik saya lawati ketika percutian di Jepun baru-baru ini, memang sebiji. Malah harga ditawarkan juga lagi murah berbanding di luar,” kata bekas anggota kumpulan 4U2C itu.


IG


Malah, bapa kepada dua cahaya mata itu juga turut berpendapat, manusia hidup atas satu perkara dipanggil harapan.

“Kita bangun tidur dengan harapan esok lebih sihat, berjaya, kaya dan sebagainya. Kita juga sering berharap boleh beli sesuatu tapi dengan syarat kena kerja keras.



“Apabila tak ada harapan dan selesa duduk rumah, ia tak membawa apa-apa makna. Macam sekarang ini selepas tengok harga beg di butik ini contohnya berharga RM900, kita sasar nak beli.

“Nak beli mungkin tidak hari ini, tapi waktu mendatang. Kena kumpul duit. Semua manusia hidup dengan harapan. Sesekali ‘reward’ atau beri ganjaran kepada diri dan sentiasa positif dalam hidup. Satu lagi, kena ada ilmu… jangan main langgar saja,” katanya.

Bukan hanya wanita, Datuk AC juga akui golongan lelaki juga kena pandai bergaya dan ‘reward’ diri dengan barangan berjenama jika ada rezeki lebih.


IG

Selain AC, jenama ini turut terkenal di kalangan artis popular lain termasuk Maria Tunku Sabri, Elly Mazlein, Amyra Rosli dan beberapa pempengaruh.

Menurut Rafidah, kehadiran golongan berkenaan antara yang melonjakkan pengaruh serta jenama yang diusahakannya.

“AC sendiri banyak berkongsi tips dan nasihat kepada saya. Dari zaman 4U2C hingga bergerak solo, beliau membuktikan keampuhan dirinya hingga masih relevan,” kata usahawanita ini.


IG

Sementara itu, Rafidah yang bermula dari personal shopper dan memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati bersyukur kini empayar perniagaannya naik taraf.

Bermula dari ‘personal shopper’, wanita ini berjaya pindah lokasi butik fizikalnya dengan tiga kali ganda besar dari yang lama. Perpindahan itu juga menjadi bukti kesungguhannya bergelar usahawan yang diceburi sejak tahun 2014.

“Bagi saya kejayaan memiliki butik baharu yang turut menempatkan gudang dan pejabat ini dianggap sebagai peristiwa penting dalam perjalanan saya mengembangkan empayar serta legasi bisnes. Saya amat berterima kasih kepada pasukan saya dan terutamanya pelanggan setia.

“Dari personal shopper dan memiliki butik kecil sebelum ini juga saya anggap sebagai pencapaian penting dan diharap boleh menjadi inspirasi kepada orang diluar sana. Walaupun bermula dari kecil, sesiapa sahaja boleh berjaya dan maju jika mahu,” katanya lagi.

Rafidah menambah misinya untuk membolehkan semua golongan wanita dan lelaki tanpa mengira status memiliki barangan berjenama dari Amerika Syarikat seperti Coach, Michael Kors, Kate Spade dan Fossil juga sudah menjadi kenyataan.

“Dulu orang selalu anggap jenama mewah hanya untuk golongan tertentu termasuk Mak Datin. Tapi kini sebaliknya semua golongan termasuk wanita bekerjaya, sektor kerajaan seperti guru, suri rumah dan peniaga indusri kecil dan sederhana (IKS) juga boleh memilikinya.

“Kami meraikan keyakinan semua golongan tanpa prejudis. Tambah pula, dengan pelan ansuran bayaran tiga ke enam kali kami perkenalkan. Lebih banyak peluang dibuka untuk merasai pengalaman bergaya. Hanya bayar deposit, terus dapat barangan diimpikan.

“Melalui siaran lintas langsung di media sosial Facebook Page kami, Branded Handbags by Rafidah, banyak “review”, tips fesyen dan penggayaan kami kongsikan buat pelanggan. Ia bukan sekadar menjual, tetapi berkongsi ilmu dalam pemilihan beg atau tas tangan yang tepat dan ideal.

“Sempena Februari bulan ulang tahun kelahiran saya, kini juga ditawarkan kod diskaun istimewa “BR26” sebanyak RM26 untuk semua pembelian. Malah harga kami tawarkan selama ini juga boleh jimat 30 ke 50 peratus daripada premis lain,” katanya.

Wanita kelahiran Ipoh, Perak itu juga kini boleh berbangga kerana sejak tahun lalu jenamanya sudah memiliki aplikasi mobil sendiri iaitu Sellection.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 7-2-2023 12:15 PM
Tahniah.

Bersyukur ada kemahiran berniaga.
Mak cik ni tak pandai berniaga.
Membeli je pandai.
Quote nena9042 7-2-2023 12:16 PM
Memang biz dia ni dah elok. Tapi slack bila decided nak jadi anak murid jijan semang
Quote laksmanabentan 7-2-2023 12:31 PM
kastam tak nak cek ker???
itu import duty bayar ker idok tu...
oppsssss...
Quote prettyuglybabe 7-2-2023 02:56 PM
kalau ori kenapa tak beli dari butik je terus?
murah ke dia jual?
ke fufu?
Quote dua_chzy 7-2-2023 03:06 PM
Ya Allah fesyen sense tokeh kedai barangan fesyen ni pun...
Quote hasniey 7-2-2023 03:11 PM
Bapa anak dua

Owh sis ni start dr personal shopper ke dulu?
Sbb dia jual barang2 branded tu dia beli dulu ke
Quote syitaeyqa 8-2-2023 04:09 PM
prettyuglybabe replied at 7-2-2023 02:56 PM
kalau ori kenapa tak beli dari butik je terus?
murah ke dia jual?
ke fufu?

ori murah sbb dia beli masa sale kt outlet US rasanya. dulu dia PS je kan. Tp harga dia bit higher la dr PS lain.
Quote Burong_Hantuk 8-2-2023 04:14 PM
Kembungnya muka datin tinted..lepas cucuk muka kah?
Quote heythere123 9-11-2023 11:51 AM
iols sampai sekarang rasa heols keji sebab promote gelang dulu pastu lepas tangan gitu je bila produk tu kantoi. His private life takyah cakap la, memang kelaut.

Quote emera 9-11-2023 11:53 AM
nena9042 replied at 7-2-2023 12:16 PM
Memang biz dia ni dah elok. Tapi slack bila decided nak jadi anak murid jijan semang

Anak murid jijan ke? Aku dulu mcm nk beli laa jugak tp bila dia sibuk ber ‘sir’ ‘madam’, jd nyampah. Terus aku unfollow. Rengsa.
Quote Mekgadis16 9-11-2023 12:33 PM
syitaeyqa replied at 8-2-2023 04:09 PM
ori murah sbb dia beli masa sale kt outlet US rasanya. dulu dia PS je kan. Tp harga dia bit higher ...

True. Dia mahal sikit. I selalu compare harga dia dengan harga PS lain and I always end up dengan PS lain. Hehehee!

Tapi ok la, memahami kenapa dia kena jual a bit higher sebab dia ada kos2 lain nak tanggung. Sewa kedai bayar staff semua tu. And kedai dia pun agak premium. Selesa nak shopping.
Quote pittjie 9-11-2023 01:01 PM
dua_chzy replied at 7-2-2023 03:06 PM
Ya Allah fesyen sense tokeh kedai barangan fesyen ni pun...

Hahaha iyaa iols mmg rengsa sgt tgk pesen2 rafidah ni. Mcm batak brand pun iya. Suka pakai jaket yg berlogo2 tu. Pastu dress up dia buat dia nmpk tua. Dia muda lg ya sebenarnya. And tambah rengsa sbb jd anak murid zizan seman.
Quote youell 9-11-2023 01:31 PM
"bapa kepada dua cahaya mata"???? Appoooo .. wartawan Cari ni sengaja menganjing ke
Quote IzzahF 9-11-2023 01:37 PM
Mekgadis16 replied at 9-11-2023 12:33 PM
True. Dia mahal sikit. I selalu compare harga dia dengan harga PS lain and I always end up dengan  ...

chuols share la contact2 ps2 lain yg lg mur2 tu..sharing is caring
Quote OsHiN_hOnEy 9-11-2023 01:52 PM
ac lagi byk pakai pondesyen nak cover
kulit muka dia yg berlopak
tintinted gerga yer orgnya irl
dia punya obses dgn laki dia lagi teruk dari watie obses dgn ib

aritu tintinted kelek LV, entah ori atau tak

Quote TomyamPuteh 9-11-2023 01:56 PM
Auwwww. Aku regular kastemer kt sini. Dulu butik dia kecik je. Klau kastemer ramai tu bersentuh bahu gak la.
Quote Minami2013 9-11-2023 01:59 PM
Syok keje dia shopping je..
Quote TomyamPuteh 9-11-2023 01:59 PM
Ada lg satu kt Shah Alam. Sini harga dia murah 2-3 ratus gak la dari Sellection nih. Kedai dia agak ke hujung. Mcm tersorok pun ada. Sbb tu la blh murah. Sewa kedai pun murah kot
Quote codenamedream 9-11-2023 02:00 PM
Meols pandai beli jer. Tahniah ya

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.048575 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top