CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

China Hantar Belon Pengintip Di Ruang Udara AS?

3-2-2023 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 586| Komen: 2

Description: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesan belon pengintip yang disyaki milik China berada di ruang udara di negeri Montana, menurut Pentagon pada Khamis.Menurut Pentagon pihaknya sedang menjejaki trajekt ...
Tentera Amerika Syarikat (AS) mengesan belon pengintip yang disyaki milik China berada di ruang udara di negeri Montana, menurut Pentagon pada Khamis.

Menurut Pentagon pihaknya sedang menjejaki trajektori belon itu dan mengesahkan bahawa ia masih berada di ruang udara di wilayah itu.



Sebuah belon beraltitud tinggi kelihatan terapung di udara Billings, Montana, 1 Feb 2023. (Foto AP)

Jabatan Pertahanan AS berkata sedang mempertimbangkan untuk menembak jatuh belon itu tetapi memutuskan tidak berbuat demikian kerana bimbang serpihannya akan membahayakan orang awam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Insiden sama pernah berlaku sebelum ini, namun kali ini belon itu dilihat kekal berada di ruang udara wilayah AS lebih lama berbanding biasa.

Menurut Pentagon, belon itu tidak mendatangkan bahaya kepada pesawat.

AS sedang berhubung dengan pihak China berhubung kejadian itu.



Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Abc246 3-2-2023 10:39 PM
Wayang US je ni. Entah2 depa sendiri yg terbangkan lepas tu claim milik China
Quote intan244 3-2-2023 11:03 PM
camna tau china punya. ada tulisan cina ka.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:02 AM GMT+8 , Processed in 0.040496 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top