Meer Nash, 27, menafikan dia meniru idea artis antarabangsa, James Corden apabila membuat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) untuk memperkenalkan single terbarunya, Kajima.
Sebaliknya, Meer Nash atau nama sebenarnya, Muhamad Shahmeer Mohd. Nashrul berkata, dia hanya mengambil sedikit inspirasi daripada persembahan James tersebut bagi menyuntik kelainan untuk memperkenalkan lagu tersebut. “Bagi saya, tidak salah jika kita jadikan konsep persembahan artis lain sebagai inspirasi. Ia tidak bermaksud meniru. Tidak dinafikan, konsep persembahan Kajima itu diinspirasikan daripada James. “Saya cuba mempelbagaikan idea dari segi mempromosikan lagu, selain menunjukkan kepada industri banyak lagi cara boleh dibuat untuk membuat khalayak sedar kemunculan sesuatu produk seni. “Saya tampilkan idea di luar kotak dengan membuat persembahan di ‘crosswalk’ lampu isyarat. Secara tidak langsung, saya dapat menghiburkan mereka yang sedang menunggu lampu hijau. Bagi saya, idea ini sesuatu yang segar kerana belum pernah dibuat penyanyi tempatan lain,” katanya.
|
takkizawa replied at 1-2-2023 01:10 PM
Ex uolls yg jadi inspirasi lgu tu cik ki ke jejantz? Sbb aura rogayah kuat sgt.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.041881 second(s), 35 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.