CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Babak Shah Rukh Khan Berbalas Salam Dengan Deepika Padukone Dalam 'Pathaan' Curi Perhatian

30-1-2023 06:54 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2315| Komen: 6

Description: ‘Pathaan’ karya Shah Rukh Khan menerima sambutan yang sangat positif daripada penonton di seluruh negara dan antarabangsa, di mana filem itu setakat ini berjaya meraih kutipan sehingga Rs500 crore ( ...
‘Pathaan’ karya Shah Rukh Khan menerima sambutan yang sangat positif daripada penonton di seluruh negara dan antarabangsa, di mana filem itu setakat ini berjaya meraih kutipan sehingga Rs500 crore (RM259 Juta).


Filem blockbuster ini mempunyai beberapa adegan yang tidak dapat dilupakan. Salah satu lokasi penggambaran dijalankan di Dubai dengan adegan penuh aksi oleh para pelakon.


Twitter

Selain itu, salah satu adegan yang menjadi popular, adalah adegan yang menampilkan kedua-dua watak utama, Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Dalam adegan itu, Padukone kelihatan menyapa seseorang dengan mengucapkan ‘Assalamu Alaikum’.

Shah Rukh Khan kemudian muncul dari belakang dan memberikannya respons yang sempurna.



Sedutan video saling berbalas salam itu tular di laman twitter dan  penonton teruja dengan ucapan dalam bahasa Arab yang disampaikan oleh kedua-dua bintang filem popular Bollywood ini.

Pathaan ialah sebuah filem thriller yang dibintangi oleh dua bintang Bollywood, Shah Rukh Khan dan Deepika Padukone. Filem Pathaan telah ditayangkan di pawagam Malaysia sejak Khamis, 26 Januari 2023. Filem Pataan ditayangkan di  2,500 skrin antarabangsa di 100 negara. Ini memberikan kesegaran kepada industri filem Bollywood yang telah mengalami kemerosotan pada tahun 2022.

Filem Pathaan menandakan kembalinya Shah Rukh Khan ke skrin besar sebagai watak utama, selepas dia muncul dalam filem Zero pada 2018.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Beribear 30-1-2023 07:37 PM
Ohh ni yg iolss dgr abg iolss tengok kat phone. Ingat citer apa lah puas iolss google pakistan movie haha. Kat web mana lah dia tengok. Kat web yg slalu iolss tengok tu belum ada lg huhu
Quote habisnamadahni 30-1-2023 08:50 PM
sdpp bunyi deepika bg salam...
Quote lasagna 8-2-2023 11:45 AM
iols tgk cite ni kt cinema.. alaa xde apa laa dgn bg salam tu.. biasa2 jer.
yg org buat bersorak tu, tetiba salman khan tetiba muncul keluar.
opsss spoil alert puleksss..
Quote _blackbird 12-2-2023 01:43 PM
lasagna replied at 8-2-2023 03:45 AM
iols tgk cite ni kt cinema.. alaa xde apa laa dgn bg salam tu.. biasa2 jer.
yg org buat bersorak tu, ...

igt excited pasal 2 actor bollywood berbalas salam, batak nya la hai umat islam kalau gini ropanya.
Quote lasagna 13-2-2023 08:18 AM
_blackbird replied at 12-2-2023 01:43 PM
igt excited pasal 2 actor bollywood berbalas salam, batak nya la hai umat islam kalau gini ropanya ...

itu ler xde yg hype pun bg salam tu, beza sorg tu hindu, sorg lg tu muslim laa menyahut salam..
Quote _blackbird 13-2-2023 11:07 AM
lasagna replied at 13-2-2023 12:18 AM
itu ler xde yg hype pun bg salam tu, beza sorg tu hindu, sorg lg tu muslim laa menyahut salam..

reputz cari je yg batak rupanya.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.276977 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top