CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meremang Sampai Ke Anak Tekak! Raja Ilya Puji Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil, Sebutan Jelas Dan Tepat

30-1-2023 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1222| Komen: 2

Description: Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi persembahan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa pada konsert AR Rahman - Secret of Success Live in Malaysia 2023 yang berlan ...
Kemunculan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi persembahan lagu klasik Tamil berjudul Munbe Vaa pada konsert AR Rahman - Secret of Success Live in Malaysia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Sabtu memukau penonton yang hadir.


Persembahan menakjubkan daripada Siti itu mendapat pujian penonton malah selepas selesai menyanyikan lagu berkenaan, 60,000 penonton di dalam stadium berdiri sambil bertepuk tangan sebagai penghargaan kepada penyanyi berkenaan.

Siti turut menarik perhatian dan pujian pelakon Raja Ilya yang memberitahu nyanyian dan sebutan bahasa Tamil penyanyi berkenaan sangat tepat dan sempurna.

Foto: IG

Kata Liya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 38, yang turut fasih berbahasa Tamil memberitahu dia tidak menyangka Siti dapat menyanyikan lagu berkenaan dengan sebaik itu dan meluahkan rasa bangga sebagai seorang rakyat Malaysia.


"Menangis kita dengar Tok Ti nyanyi lagu Tamil ni. Meremang sampai ke anak tekak. Semua sebutan begitu lancar.

"Saya rasa sangat terharu dan berbangga sebagai rakyat Malaysia. Kamu semua membuatkan kami rasa sangat bangga," katanya.



Ilya berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Sabtu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Ilya dan menganggap penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu seorang yang berbakat besar.



"Betul tau. Kami sangat bangga apabila beliau menyanyikan lagu tersebut. Suaranya dan lirik begitu on point.

"Terbaik, lagu kegemaran saya ni. Tok Ti bawa lagu dengan begitu baik. Tahniah!

"Tiada kata dapat diungkap. Siti berjaya menyanyikan dengan baik. Setiap patah perkataan, ya Tuhan. Terima kasih. Saya bangga jadi anak Malaysia," tulis netizen.



Sebelum ini, Siti meluahkan rasa teruja dan bersyukur kerana diberikan penghargaan untuk bergandingan bersama idolanya, AR R Rahman.

Kata Siti, dia berasa gementar namun dalam masa yang sama terharu kerana dapat melebarkan portfolio karier seninya.



"Ini merupakan satu penghormatan buat saya. Berdebar tetapi dalam masa yang sama teruja, gembira, terharu dan bahagia.

"Membuka tirai 2023, saya mulakan lembaran portfolio karier seni saya dengan catatan peribadi untuk impian yang menjadi kenyataan," tulisnya di Instagram.



Untuk rekod, Ilya mempunyai darah daripada keturunan Diraja Kesultanan Melayu Perak di sebelah bapanya dan berdarah Malayalam atau Malbari di sebelah ibu.

Ilya juga mengakui dia membesar dalam suasana persekitaran lebih kepada tradisi India berbanding Melayu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 31-1-2023 08:39 AM
anaknya comel tapi pelik
Quote Burong_Hantuk 31-1-2023 10:44 AM
siti?????

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:53 PM GMT+8 , Processed in 0.277084 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top