CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adlin Pun Pernah Jadi Juri Tapi Tak Kurang Ajar, 'Sebab Kita Ini Orang Bijak'

29-1-2023 01:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3974| Komen: 43

Description: Pernah duduk di kerusi juri untuk beberapa program tempatan, pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, 50, menganggap setiap individu yang dilantik untuk menjadi juri perlu sedar diri dan ruang.Tidak me ...
Pernah duduk di kerusi juri untuk beberapa program tempatan, pengarah dan pelakon, Adlin Aman Ramli, 50, menganggap setiap individu yang dilantik untuk menjadi juri perlu sedar diri dan ruang.

Tidak menolak bahawa adakala terdapat juri berkelakuan di luar batasan sehingga gagal menerapkan nilai intelektual kerana terlalu ghairah melontarkan komen di hadapan kamera.


IG

“Adakala kredibiliti sebagai juri itu sudah hilang fungsi dan peranannya. Semua kerana seseorang juri itu terlalu larut dengan emosi. Hendak tunjukkan betapa hebatnya dia di kerusi juri dan betapa bodohnya orang yang berada di pentas.

“Inteleklah, jangan bersifat emosi. Itu bukan ruang untuk mengajar. Kalau nak mengajar, boleh buat begitu di kelas, itu ruang lebih sesuai.

“Selain juri, penerbit program pun saya pasti, tahu apa yang berlaku. Tetapi, itulah apa yang mereka mahukan, agar program itu diperkatakan ramai, jadi tular,” katanya.


Ditanya apa pandangannya mengenai kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang juri, kata Adlin, dia melihat semua itu terletak kepada kemahuan stesen televisyen.

“Siapa yang paling pedas, paling membara, paling kecoh, bermulut laser dan mencipta situasi gamat, itulah kriteria yang dimahukan oleh penerbit program. Sebab ia adalah nilai yang boleh ‘dijual’ untuk meraih jumlah tontonan tinggi.

“Saya dulu pun jadi pengkritik. Mungkin saya keras tetapi tidak kurang ajar sebab kita ini orang bijak. Kena fikir, tak kira bagus mana pun kita menyanyi, tetapi jangan lupa diri nanti sifat buruk itu akan keluar,” katanya.

Dalam pada itu, Adlin yang kini baru selesai menjalani penggambaran supertele Merewang Keluarga Pak Awang turut mengakui sudah hilang selera untuk menonton program hiburan seperti itu kerana di matanya, banyak yang seakan mahu mengaibkan mana-mana pihak.

“Maaf cakap, saya dah tak tengok program sebegitu sebab meluat. Jadi benci pun ada bila nak cakap topik ini sebab energinya sangat buruk. Hentikanlah mengaibkan mana-mana pihak.

“Kalau sampai hilang rasa hormat, asas-asas dan jati diri Melayu Islam pun bagai diketepikan, buat apa?

“Semata-mata kerana mahu drama dan jadi tular? Tak perlulah komen keterlaluan hingga buat penonton pun meluat,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 29-1-2023 02:23 PM
jarang2 meols setuju dgn pakcik ni tapi kali ni setuju sangat
Quote September14 29-1-2023 02:30 PM
Dia ni klu jd juri ok bbamding dgn partner dia dulu ogy yg menjuri ikut emosi tp xde isi… duk kritik2 peserta af x tenty hala last2 kena kat dia masa jd host dgn johan terus koyak.. puas hati tul
Quote miszclassique 29-1-2023 02:31 PM
Ingat lagi dulu dia ni suka betul dgn marsha tu time af, asal marsha nyanyi je semua sedap
Quote hanihan16 29-1-2023 02:35 PM
mummy & sis ketuk2 take note ye. salin dalam buku nota
Quote Burong_Hantuk 29-1-2023 02:37 PM
Cystttt n mommy ..mohon terasa
Quote Mulotkoyak 29-1-2023 02:37 PM
hanihan16: mummy & sis ketuk2 take note y ...
hahaha yg ni ak setuju. Sis ketuk2, nek ogy and nek mas kertu.
Quote chinta89 29-1-2023 02:51 PM
Mulotkoyak replied at 29-1-2023 02:37 PM
hahaha yg ni ak setuju. Sis ketuk2, nek ogy and nek mas kertu.

3 makhluk ni mmg perlu cermin diri btl
Quote LadyCarefree 29-1-2023 07:21 PM
hanihan16: mummy & sis ketuk2 take note y ...


mummy bendanya? nenekebayan. dia lahirkan hang ke nak bermummy bagai?
Quote suka2 29-1-2023 07:27 PM
Masa af dulu heshe komen kat reza "idea awak busuk"
Quote alesandra 29-1-2023 07:29 PM
bahasa dia rempit dan kasar gak kalo tak suka.tapi kurang2nya dia tak menjerit ,marah,jatuh air muka mcm ogy.
Quote imanjannah 29-1-2023 07:35 PM
komen dia pada Aina masa mentor dulu, sampai terasa Ella, tapi dia x ada la menjerit2 mcm mummy
Quote 3chanceno 29-1-2023 08:06 PM
Setuju dgn komen Adlin nie. Mohon nenek nie terasa...pikir2 balik, nenek nie pernah dapat awards ke? Bila jadi juri kat yindon sana, banyak senyap je
Quote inspektoremos21 29-1-2023 08:34 PM
Yang iols paling ingat masa dia komen dkt faizal budak ganu pasal jangan main dadah tu. Time tu netz agak tak puas hati la. Tup2 5-6 tahun kemudian si faizal nya mendadih
Quote lazim 29-1-2023 08:37 PM
Aku mcm xblh move on dgn vid ujibakat abg mentor tu.. Dia gn nada rendah je koyak rabak mas idayu
Quote nadie90 29-1-2023 08:43 PM
suka2 replied at 29-1-2023 11:27 AM
Masa af dulu heshe komen kat reza "idea awak busuk"

Ha masa Reza perform sambil menari2 tu siap bagitau macam bedah lagi.

Masa dia jadi juri kat AF dulu pun komen agak kurg ajar jgk....lps tu dia ada jadi juri kat Big Stage komen2 dia dah ok xmcm dulu....nmpk dah tone down....dah sampai masa bila jd juri dah tau nak bagi komen2/jaga attitude masa bagi komen....sampai bila nk komen & marah2 kat peserta.


Quote lazim 29-1-2023 09:20 PM
Ada org tgh sentap bijik tak nak bg komen.. Siti sisters pon dan2 sebak nk dgr komen juri sentap bijik, acah2 komen tu la berjaya ubh drg.. Kah2 lps fd ni dua2 beradik masuk kuburan balik.

Dasar penerbit takut bini
Quote Piramida 29-1-2023 09:21 PM
lazim replied at 29-1-2023 09:20 PM
Ada org tgh sentap bijik tak nak bg komen.. Siti sisters pon dan2 sebak nk dgr komen juri sentap bij ...

Meluat.. Eloklah pun diam tak berbunyikk.. Aman telinga viewers.
Quote Mulotkoyak 29-1-2023 09:22 PM
chinta89 replied at 29-1-2023 06:51 AM
3 makhluk ni mmg perlu cermin diri btl

Skg rkyt malaysia pun dah tau sape yg bole jd juri dan sape yg xbole. Cume juri je xtau dorg tu byk yg syok sendiri. Acah acah terpaling dan terpaling bagus. Die macam tgk filem la. Ade director yg syok sendiri biat filem. Dan xbole terima kritikan bile filem dorg sampah. Ye laaaa budget dorg kan. Takut lingkup. Tp buat gak filem sampah. Pastu scam org suh tgk gak. Tgk dlu br judge katanya. Ingat dpt balik ke duit kitorg tu bile dh tgk. Dgn review shj la dpt selamatkan duit kite tuh.
Quote Piramida 29-1-2023 09:33 PM
Dah bercakap pulak nenek ni.. Meluat nyaaaa... Tetap bingit.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.422125 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top