CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Payah Make Up, Tak Payah Mandi Sampai Petang, Tak Payah Pakai... ( Perempuan Je Tahu)", Erti Cuti Sebenar Buat Janna Nick

29-1-2023 02:30 PM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 8131| Komen: 67

Description: Apabila sedang bercuti ramai yang akan ambil peluang berjalan-jalan di pusat beli belah, ke taman tasik atau juga menghabiskan masa dengan "healing" seperti berkemah atau mendaki gunung.


Apabila sedang bercuti ramai yang akan ambil peluang berjalan-jalan di pusat beli belah, ke taman tasik atau juga menghabiskan masa dengan "healing" seperti berkemah atau mendaki gunung.

Namun lain pula ceritanya dengan penyanyi dan juga pengacara cantik comel, Janna Nick yang memilih untuk lepak saja dirumah sambil membuat kerja-kerja rumah.

Dalam satu hantaran di Instagramnya, Janna berkongsi aktiviti yang dilakukan ketika bercuti iaitu memasak untuk adik-adiknya.


"Erti cuti yang sebenar adalah TAK PAYAH PAKAI MAKE UP, TAK PAYAH MANDI SAMPAI PETANG, TAK PAYAH PAKAI…..( perempuan je tahu . Apa makna cuti bagi korang?

Disebabkan mak kita takde, pergi umrah. Jadi kena la ambik alih tugas memasak untuk adik adik. Kalau harap depa masak..haih sausage la, spaghetti la. Tak berkhasiat langsung. Tapi kan…entah kenapa @sakinah_moonah selalu langkah kanan. Dah siap masak baru dia muncul.

Kalau nak resipi masak kari sotong boleh tengok dekat tiktok ok" tulisnya.



Menjengah ke ruangan komen, warga maya tidak menyangka serta memuji Janna kerana rupa-rupanya pandai memasak. Ramai juga bersetuju dengan ketiga-tiga senarai "erti cuti sebenar" yang dinyatakan oleh Janna.


Jadi korang pula macam mana bila sedang bercuti? Sama tak dengan Janna Nick? - CARI





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adeqbun 29-1-2023 02:06 PM
Xyah mandi smpi ptg its so grosssssss....belemoih weyyy x mandi
Quote khai77 29-1-2023 02:06 PM
Tak payah pakai apa.bra ke..

Betula lah orang tua2 kata.kalau nak tahu awek ko tu cun ke tak video call dia pagi2 masa cuti
Quote Hoshhi 29-1-2023 02:34 PM
Muka tak makeup persis amoi jual sayur kat pasar malam ja
Quote Mulotkoyak 29-1-2023 02:35 PM
Ni pun jadi TT adoiii
Quote Madel 29-1-2023 02:36 PM
Tak payah mandi smpai petang?
apa nko tak sembahyang ke apa Janna oiii
even nko period pun, tetap kena salin pad
dah alang2 salib pad tentu2 la mandi sekali
euwww pengotor sungguh.
Quote Burong_Hantuk 29-1-2023 02:38 PM
muka dah modified boleh ler sembang!!!
Quote Mopiko 29-1-2023 02:38 PM
tak sama langsung.. i pagi2 subuh dah mandi sebab rasa segar. lepas tu tidur balik

Quote Mopiko 29-1-2023 02:38 PM

eh ada memes dah forum

Quote Cleocatra 29-1-2023 02:39 PM
She nak bagitahu, rumah 24 jam ekon la tu. Belemoih whottt…!
Quote Lula2 29-1-2023 02:42 PM
adeqbun replied at 29-1-2023 02:06 PM
Xyah mandi smpi ptg its so grosssssss....belemoih weyyy x mandi

Rumah aircond idoklah berlemoih uolsss
Quote Hoshhi 29-1-2023 02:45 PM
iols memang tak pernah minat dia ni perasan bagus je lebih
Quote Lula2 29-1-2023 02:45 PM
Madel replied at 29-1-2023 02:36 PM
Tak payah mandi smpai petang?
apa nko tak sembahyang ke apa Janna oiii
even nko period pun, tetap ke ...

Syarat semayang mana ada mandi uols. Peluh pun bukan najis.
Rumah dia aircond 24 jam badan tak berlemoih mcm kita kot. Tapi memang Ada org jenis boleh tahan tak mandi walaupun tak ber aircond pun rumah dia.
Quote dio5774 29-1-2023 02:48 PM
Ala ramai je anak dara tak mandi pagi bangun tengah hari terpacak.. dia cakap time coti je kan.bukan hari2 tak mndi sampai petang.chill ler
Quote chinta89 29-1-2023 02:55 PM
jgn kutuk janna psl mandi, sb ramai je prmpuan jenis hari cuti mandi lambatttt okeh. aku jumpa dah ramai. sb lps subuh, tidooo manjang atau main fon je dlm bilik. mknan foodpanda hantar, sambung lg lepak dlm bilik healing2 gtu.



bukan aku ye mcm ni, based on pengalaman ada housemate gini.


so, korang check dlu bini and anak korang, or mak dan adik prmpuan korang sblm mengata jannahhhhhhh x mandi hari cutihhhhhhhh
Quote Madel 29-1-2023 02:58 PM
Lula2 replied at 29-1-2023 06:45 AM
Syarat semayang mana ada mandi uols. Peluh pun bukan najis.
Rumah dia aircond 24 jam badan tak be ...

mmg la..
tapi kot la 'ter' ada hadas, lagi pun wlau rumah beraircon..kalau lepas bgun tido kan mesti tak selesa.
Tak kan bangun tido terus sembahyang subuh., tak gosok gigi ke mandi dulu ke.
Kebersihan tu separuh dari iman.
Quote wadiunong 29-1-2023 03:00 PM
Rumah iols  xde aircon pon kalo tak mandi lewat pon takde berlemoih/ berpeluh uols sbb iols dok apmnt atas bukit. Kalo x housekeeping mmg tak peluh pon. Minggu sejuk2 ni siap ber sweater lg. Chill la uols ada masanya mmg kita akan ada lazy day kita . Dok makan tido makan tido aje
Quote anakkerengga 29-1-2023 03:01 PM
Mandi bila nak zohor tu aku ada jg kdg2 buat, tak make up kat umah mmg selalu buat pun.. hari2 tak make up kalau duk umah. Pakai pelembap je. Tp kalau bra tu kena pakai la.. mana selesa bergerak tak pakai bra
Quote AWEKSAMURAI 29-1-2023 03:01 PM
Lula2 replied at 29-1-2023 02:45 PM
Syarat semayang mana ada mandi uols. Peluh pun bukan najis.
Rumah dia aircond 24 jam badan tak be ...

Aku lah tu hahaa umah aku ni x panas sgt mybe sbb hadap dkt bukit broga n gunung nuang .. tengahari pun aku bleh tarik selimut lagi hahaa... Lagi satu aku jnis org x berpeluh sgt sbb tu gemok hahahaha.. bazir air je mandi banyak2 kali dh la air mahal kat umah aku ni .
Quote AWEKSAMURAI 29-1-2023 03:03 PM
wadiunong replied at 29-1-2023 03:00 PM
Rumah iols  xde aircon pon kalo tak mandi lewat pon takde berlemoih/ berpeluh uols sbb iols dok apmn ...

Sama lah weh hahaha kalau x buat housekeeping elok je melepak tgok tv .. aku plak sorang je kat umah kalau laki aku g kje haaha berbaju kelawar satu hari kang dkt laki aku nk balik kje bru aku mandi wangi2 kahkahkahkah

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062852 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top