CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Axia Remuk Wanita Dan 3 Kanak-Kanak Nahas Di Rawang Bypass, Polis Masih Tunggu Laporan

29-1-2023 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2227| Komen: 17

Description: Polis meminta individu terlibat dalam kemalangan tular dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 5.7 Rawang Bypass sekitar jam 6.15 petang pada Jumaat supaya tampil membuat laporan.Klip video berdurasi 30 ...
Polis meminta individu terlibat dalam kemalangan tular dipercayai berlaku di Kilometer (KM) 5.7 Rawang Bypass sekitar jam 6.15 petang pada Jumaat supaya tampil membuat laporan.

Klip video berdurasi 30 saat memaparkan sebuah Perodua Axia rosak teruk manakala seorang wanita dipercayai pemandu kereta tertiarap di bahu jalan sementara tiga kanak-kanak dipercayai anak mangsa berjaya diselamatkan orang awam.



Keadaan kereta dan kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan dipercayai berlaku di KM5.7 Rawang Bypass pada petang Jumaat. - Foto Facebook

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah berkata, pihaknya mengesan rakaman video kejadian terbabit tular selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook.

"Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.


"Bagaimanapun hasil semakan mendapati tiada saksi atau waris yang tampil untuk membuat laporan berhubung kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Suffian berkata, buat masa ini tidak dapat dipastikan keadaan mangsa dan kanak-kanak terbabit.

Sehubungan itu, beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan berkenaan supaya tampil membuat laporan di balai terdekat.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 29-1-2023 11:46 AM
Alhamdulillah.. semua selamat..
Quote insulin 29-1-2023 01:05 PM
nurul_akmar replied at 29-1-2023 11:46 AM
Alhamdulillah.. semua selamat..

Emak budak2 tu selamat x?
Quote jazaa100 29-1-2023 01:09 PM
Edited by jazaa100 at 29-1-2023 01:11 PM

Rawang bypass tu knp nk bawak laju....
Enjoy lah pemandangan kat situ.....

Atau mgkin tengah drive, ank panggil tunjuk - Umie.....cantik pokok tu mcm brokoli lah Umiee....

Umie tak sedar, keta dah langgar dibaider...


Aku klu lalu situ, gerun tgok keta laju².....tak takut ke tercampak ke bawah......

Quote downiey 29-1-2023 01:33 PM
nurul_akmar replied at 29-1-2023 11:46 AM
Alhamdulillah.. semua selamat..

mak budak pn selamat ke..
Quote kalchi 29-1-2023 01:50 PM
jazaa100 replied at 29-1-2023 01:09 PM
Rawang bypass tu knp nk bawak laju....
Enjoy lah pemandangan kat situ.....


Kalau da slalu lalu takde nk bwk slow sgt. Org bawa laju sebab kan tak banyak kete. Tak pnah i tgk org bawa slow kt situ kecuali lori
Quote orkid_amani 29-1-2023 02:53 PM
downiey replied at 29-1-2023 01:33 PM
mak budak pn selamat ke..

Ada baca kat fb katanya maknya masih koma + ada pendaharahan dlm otak. Tapi itu yg smlm punya.. xfollow pun any updates
Quote sukacactus 29-1-2023 03:37 PM
Ada yg share video ni kat grup kejiranan aku
Mangsa dah tercampak ke longkang
Mula igt dah xde dah tp ada akak kat sblh tu sebut ‘sabar kak, ambulance odw’
Quote Thunderclouds 29-1-2023 03:49 PM
jazaa100 replied at 29-1-2023 01:09 PM
Rawang bypass tu knp nk bawak laju....
Enjoy lah pemandangan kat situ.....


Time mendaki ok lg laju
Dh nk turun tu masing² mendesup
Tiap kali lalu tok laki aku soh tgk scenery sambil tunjuk²
Aku bising soh he kept his hands on the wheel & eyes on the road.
Rajin org xcident kt bypass tu.
Quote itik_magic 29-1-2023 05:26 PM
eh semlm dpt video kata kat bkt putus.
Quote downiey 29-1-2023 07:44 PM
orkid_amani replied at 29-1-2023 02:53 PM
Ada baca kat fb katanya maknya masih koma + ada pendaharahan dlm otak. Tapi itu yg smlm punya.. xf ...

Ya Allah.. kesiannye..semoga dipermudahkn urusan dan cepat sembuh..
Quote TabletSusu 29-1-2023 07:48 PM
pernah sekali drive kat situ.. aku mcm x sedar waze bawak lalu situ.. punya lah aku gerun.. slow giler aku bawak.. 30-40km/h
Quote fefeeling 29-1-2023 08:32 PM
jazaa100 replied at 29-1-2023 01:09 PM
Rawang bypass tu knp nk bawak laju....
Enjoy lah pemandangan kat situ.....



Aku klu lalu situ mmg auto laju.. ikut lane kiri bila slow rasa seram plak kt tepi divider slow2 sayup je rasa.. so nak taknak pijak jelah minyak nak cepat sampai hujung jalan
Quote jazaa100 29-1-2023 10:30 PM
TabletSusu replied at 29-1-2023 07:48 PM
pernah sekali drive kat situ.. aku mcm x sedar waze bawak lalu situ.. punya lah aku gerun.. slow gil ...

Takut kannn.....

Tgok kat bawah tu sayup je.....tak blh bygkn klu eksiden tercampak ke bawah.....
Quote Lentera 29-1-2023 11:55 PM
Takde report polis? Confirm ke jadi kat bypass. Tak baik fitnah bypass tauuuu
Quote TabletSusu 30-1-2023 01:04 AM
jazaa100 replied at 29-1-2023 02:30 PM
Takut kannn.....

Tgok kat bawah tu sayup je.....tak blh bygkn klu eksiden tercampak ke bawah..... ...

bila pandang kiri kanan nampak pucuk pokok automatik takut n gerun datang. sayup2 nampak pulak tiang2 highway tu halus je
Quote prettyuglybabe 30-1-2023 12:12 PM
dorang ingat accident sendiri bukan langgar or dilanggar tak payah report kot..
apa pun, seatbelt tu ada gunanya..
kalau guna, takde la terbaring dalam longkang tu..
plus, kereta kecik ni, toksah la nak laju-laju..
myvi tu pun kalau meter cecah 120, terasa melayang..
inikan pulak axia..
Quote sangbara2020 30-1-2023 02:19 PM
uih....siannya....sana tu xde camera kheun....iolls sllu le lalu sana klu nk g kl xnak ikut hway...tp siok la...lalu sebelah hujung pucuk pokok...hehe...kat sana klu bab nurun tu kete blkg laju berdesup..ko ikut kiri je la...jgn nk ikut belah kanan...mmg kena hbeam la jwpnye...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.195078 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top