CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Gay, Biseksual Dah Boleh Derma Darah

29-1-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1245| Komen: 13

Description: Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) akan menarik balik larangan sejak beberapa dekad lalu ke atas lelaki gay dan biseksual yang aktif secara seksual daripada menderma darah.Menurut akhbar New York Post ...
Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA) akan menarik balik larangan sejak beberapa dekad lalu ke atas lelaki gay dan biseksual yang aktif secara seksual daripada menderma darah.

Menurut akhbar New York Post, keputusan dibuat dengan mengetepikan sekatan yang dilaksanakan sejak krisis AIDS pada tahun 1980-an


Garis panduan persekutuan baharu yang dikemas kini itu diumumkan kelmarin. Ia menandakan kemenangan untuk golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan pakar-pakar kesihatan yang sekian lama menganggap larangan itu sebagai diskriminasi.



Garis panduan terkini FDA memberi tumpuan kepada aspek tingkah laku seksual individu tanpa mengira jantina dan identiti seksual mereka. Ia sebaliknya mengukur risiko penularan virus imun (HIV) berdasarkan amalan seksual semata-mata.

“FDA mengumumkan perubahan larangan derma darah dengan menggunakan soalan berasaskan risiko individu bagi mengurangkan penularan HIV,” kata FDA.


Orang ramai yang menjalin hubungan monogami tanpa mengira orientasi seksual sama ada lelaki dan wanita, akan layak untuk menderma darah.

Garis panduan itu juga merangkumi golongan wanita yang melakukan hubungan seks melalui dubur. Kelulusan diberikan jika mereka tidak melakukan hubungan seksual dalam tempoh tiga bulan sebelumnya.


Gambar hiasan

Penderma yang melakukan hubungan seks melalui dubur atau mempunyai pasangan seksual baharu akan diarahkan untuk menunggu sehingga tiga bulan, kata FDA.

Sebelum ini, peraturan FDA hanya melarang lelaki yang melakukan hubungan sejenis daripada menderma darah. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 29-1-2023 10:29 AM
Astaghfirullah
Quote mojarean_X 29-1-2023 10:30 AM
Btw ada ke gay yg monogami. Majoritynya jalang bertukar pasangan
Quote green~tea 29-1-2023 12:04 PM
mojarean_X replied at 29-1-2023 10:30 AM
Btw ada ke gay yg monogami. Majoritynya jalang bertukar pasangan

Ade je yg monogamy... yg "official" lah...

Mcm exbosss i.. ada "husband" chinese... diorg long term relationship sejak 2010.. tp last year kitorg terserempak dengan "husband" dia tu ngedate dgn jantan lain kat restoran serai... maybe lately diorg open relationship dah kot
Quote Atata 29-1-2023 12:48 PM
green~tea replied at 29-1-2023 12:04 PM
Ade je yg monogamy... yg "official" lah...

Mcm exbosss i.. ada "husband" chinese... diorg long t ...

Hahah aduii.. jumpa kat restoren serai ke. kenapa tak terserempak kat restoren kunyit je
Quote rogayahtop 29-1-2023 02:11 PM
selama nj pun bukannya tau darah sape kita dapat. tp kalau taknak darah lgbt kat hospial bolehla  try request nurse tapis [em:3:]

tak reti open relationship, berkongsi senduk, semua ni  Nak kata bosan makan ikan sekala skala nak steak, akak kalau dah suka  tiap2 hari boleh makan ikan.

Lepas tu dah tua nanti takdanya nak beropen2, Yg jantan pun masa sakit bukannya semua skandal berkumpul dkt hospital kalau pompuan terberanak sekor tak datang kalau  ada 10 skandal pun.
Quote green~tea 29-1-2023 03:23 PM
rogayahtop replied at 29-1-2023 02:11 PM
selama nj pun bukannya tau darah sape kita dapat. tp kalau taknak darah lgbt kat hospial bolehla  tr ...

Entoh... kalo iols geli geleman nak bertukar2 senduk.. sbb kalo dah TAWAR HATI, mmg nafsu pun MATI.... sorry la... we should end one relationship properly.. then baru start new one.. 1 person at 1 time je lah... tak boleh nak samakan lauk pauk dengan pasangan...

And i pun takleh terima kalo spouse ada scandal ke apa.. mmg aman2 iols tinggalkan without hesitation
Quote sharlenetexas 29-1-2023 05:02 PM
Tak bahaya pencemaran darah ke?

Quote Adrif 29-1-2023 05:46 PM
mungkin sebab bekalan darah di tahap kritikal?

anyway.. aku tak berapa setuju juga. tapi aku bukan reti dalam bab ni.
mari kita rujuk kepada para doktor dan pakar perubatan
Quote Farnor 29-1-2023 06:20 PM
Pening kepala guwe bila dah baca news ni..tak pasal2 pula tak berani nk derma darah dah.
Quote prettyuglybabe 30-1-2023 12:01 PM
good luck la penerima darah..
Quote Bedah.Cun 30-1-2023 12:04 PM
Hanat oi!!! Tak payah lar setan!
Quote pooh~key 2-2-2023 07:34 PM
Farnor replied at 29-1-2023 06:20 PM
Pening kepala guwe bila dah baca news ni..tak pasal2 pula tak berani nk derma darah dah.

Maksud kau tak berani nak terima darah, sisthur?0
Quote Farnor 2-2-2023 09:53 PM
pooh~key replied at 2-2-2023 07:34 PM
Maksud kau tak berani nak terima darah, sisthur?0

Dear sis poki.. Ya guwe tak berani nk trima daroh golongan ni..takut lain pulok jdi ye nyah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.207750 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top