CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki 45 Tahun Sanggup Berhabis RM8.48 Juta Untuk Jadi Lebih Muda

28-1-2023 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3248| Komen: 36

Description: New York: Usianya sudah mencecah 45 tahun, namun lelaki ini kelihatan lebih muda daripada usianya iaitu seakan berusia 37 tahun.
New York: Usianya sudah mencecah 45 tahun, namun lelaki ini kelihatan lebih muda daripada usianya iaitu seakan berusia 37 tahun.

Bagaimanapun, Bryan Johnson, 45, yang juga pengasas syarikat bioteknologi menyimpan hasrat untuk menjadi jauh lebih muda iaitu berusia 18 tahun menerusi program eksperimennya dikenali Project Blueprint.


Bloomberg melaporkan, Johnson membelanjakan sehingga AS$2 juta dolar (kira-kira RM8.4 juta) untuk dirinya tahun ini dan kemungkinan berada di landasan tepat mengenai fakta untuk kelihatan lebih muda.


Foto: Agensi

Keputusan ujian terkini daripada doktor menunjukkan bahawa Johnson mempunyai jantung seorang lelaki berusia 37 tahun, kulit (28 tahun) dan kapasiti paru-paru (18 tahun).

Program itu diketuai Dr Oliver Zolman, 29, yang menggelar dirinya sebagai doktor peremajaan dengan kerjasama lebih 30 pakar kesihatan.


Walaupun ia masih dalam peringkat percubaan, namun program kesihatan itu disusun teliti dengan produk makanan tambahan, makanan, senaman dan pelbagai ujian badan.

Sebagai contoh, Johnson memulakan hari pada jam 5 pagi dengan dua dozen suplemen untuk semua jenis manfaat kesihatan seperti likopena, metformin, kunyit, zink dan litium untuk kesihatan minda.

Makanannya pula adalah campuran makanan pepejal dan lembut terhad kepada 1,977 kalori sehari selain bersenam setiap hari dengan tiga latihan intensiti tinggi dalam seminggu dan menjalani ujian darah, MRI serta kolonoskopi setiap bulan.

"Apa yang saya lakukan mungkin kedengaran melampau tetapi saya cuba membuktikan bahawa kemudaratan diri boleh dielakkan," katanya kepada Bloomberg.

Semua usahanya pada 2021 mencapai rekod pengurangan usia selama 5.1 tahun.

Dalam aspek kesihatannya yang tertentu, beliau menunjukkan tanda usia lebih muda apabila doktor mengatakan beliau mengalami keradangan gusi dan kadar ereksi seperti remaja berusia 17 tahun.

Johnson juga berharap dapat menggalakkan orang ramai mengikuti program sepertinya dan dijadikan pertandingan.

Baru-baru ini, beliau memulakan laman web Rejuvenation Olympics memaparkan papan epigenetik yang menempatkan 1,750 orang menyertai pertandingan itu dengan beliau berada di tempat pertama. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 28-1-2023 04:31 PM
ada cara yg lebih murah. Autophagy
Quote whimsicalmusic 28-1-2023 04:56 PM
xleh deny kulit die nmpk jauh lg muda dr gmbr2 lama..tp raut wajah still nmpk berusia..n gmbr atas tu mcm fonen da hahaha
Quote margo20 28-1-2023 07:03 PM
Tetap tak bole elak ajal
Quote cashewnut 28-1-2023 07:52 PM
Apasal muka nampak mcm 40an jua, biologi mungkin muda tapi muka tu…
Quote FOTHER-MUCKER 28-1-2023 07:58 PM
Seram pula tengok wajah dia. Nama lelaki rupa wanita.
Quote blue_blur 28-1-2023 08:18 PM
Keputusan ujian terkini daripada doktor menunjukkan bahawa Johnson mempunyai jantung seorang lelaki berusia 37 tahun, kulit (28 tahun) dan kapasiti paru-paru (18 tahun).


ni lagi penting dari rupa luaran. lepas umur 40, badan masih mampu generate sel baru.

kalau betul dorang dapat pecah rahsia cara badan mampu generate sel baru walaupun cecah umur 60-70, memang shial lah orang yang jahat tamak penyangak penindas bla bla bla sampai bila2 tak mati2 pegang tampuk pemerintahan etc.
Quote dudaberhias 28-1-2023 08:19 PM
tapi muka tetap la rhoper ponen tak siap... rugi je habis 8 juta tu dikkkk...
Quote slyfynx 28-1-2023 08:21 PM
Udah rope pompuan lesbian dah.
Quote wikedsaikel 28-1-2023 08:29 PM
whimsicalmusic replied at 28-1-2023 04:56 PM
xleh deny kulit die nmpk jauh lg muda dr gmbr2 lama..tp raut wajah still nmpk berusia..n gmbr atas t ...

Mata tak boleh menipu. Anak mata org byk umur mcm lain sikit yg aku perasan. Bila banding dgn org yg muda. Contoh bila tengok mak dengan anak yg org claim as nampak mcm adik beradik.
Quote Samerosie 28-1-2023 08:38 PM
Berhabis 8.4 juta ujung2 muka pengkid baru nak jadi.
Quote gigahertz 28-1-2023 08:39 PM
margo20 replied at 28-1-2023 11:03 AM
Tetap tak bole elak ajal

Kalau u nak tahu u mati bila
a) perhati suhu badan
b) perhati oksigen yg di sedut
c) perhati denyutan jantung.

U kena pantau bende ni 24 jam. Setiap naik turun kena rekod
Quote kepompong 28-1-2023 09:00 PM
blue_blur replied at 28-1-2023 08:18 PM
ni lagi penting dari rupa luaran. lepas umur 40, badan masih mampu generate sel baru.

kalau betul ...

firaun serupa itu . kan. beratus or ribu tahun memerintah?
Quote dani-rox 28-1-2023 09:59 PM
belanja rm 8juta, dpt muka butch lesbian jah

syukur lahir sbg org asia, kulit kedut tu pasti tp lambert lagi. lebih2 lg di usia pertengahan 40an mcm mamat nih. asian don't raisin
Quote zuuu 29-1-2023 03:33 AM
Biasanya pompuan yg nak jadi lebih muda,kulit xde kedut,muka nampak macam umur 20 an bagai ni
Quote Zack8hunter 29-1-2023 05:31 AM
wikedsaikel replied at 28-1-2023 08:29 PM
Mata tak boleh menipu. Anak mata org byk umur mcm lain sikit yg aku perasan. Bila banding dgn org  ...

yeke.. wah tips ni..lps ni aku nk tengok mata org kalo nk teka umur dia..aku kdg2 fail bab meneka umur ni..
Quote dua_chzy 29-1-2023 06:42 AM
dani-rox replied at 28-1-2023 01:59 PM
belanja rm 8juta, dpt muka butch lesbian jah

syukur lahir sbg org asia, kulit kedut tu pasti  ...

Yeap.

Mamat ni kalau lalu sebelah Chuando Tan yang dah 56 tahun ni mesti insecure dan jeles habis.

[youtube]2FxEDPrh94I[/youtube]

Btw aiols suka uncle ni. Humble sangat bila bercakap walaupun nampak persis narsisis.
Quote dua_chzy 29-1-2023 06:52 AM
Lagi video Chuando Tan yang rembes abis.

[youtube]aGrvvAc3h70[/youtube]

Ntah2 dia pakai susuk. Aiols pernah baca dulu2 Fann Wong aktres Singaporean yang pernah berlakon filim Shanghai Noon itu, pake susuk uolsz.
Quote pooh~key 29-1-2023 07:23 AM
gigahertz replied at 28-1-2023 08:39 PM
Kalau u nak tahu u mati bila
a) perhati suhu badan
b) perhati oksigen yg di sedut

Tak tau pulak akak perhati suhu oksigen semua palancau tu kita jadi boleh tau bila nak mati kena langgar accident bagai sister?
Quote Dwdrum 29-1-2023 08:06 AM
Acik acik forum better stand hadapan mirror check tummy.. If ada lemak.. Bloated... Itu sign insulin resistance...walaupun ko kurus.. Dan yang gundu lagi teruk ... Tidak perlu kisah rupa orang tranny kah apa itu sign reverse aging dan internal organ dia elok....

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.071850 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top