CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Anggap Mereka Dijanjikan Jannah Disebabkan Berjanggut, Berhijab, Berniqab,"-Intan Najuwa Sekolahkan Netizen

28-1-2023 04:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6517| Komen: 74

Description: Berdepan kutukan susulan perkongsian gambar percutian menampakkan bahagian perut selepas pulang mengerjakan umrah, pelakon Intan Najuwa memohon orang ramai tidak membuta tuli menghakimi dirinya.Mengak ...
Berdepan kutukan susulan perkongsian gambar percutian menampakkan bahagian perut selepas pulang mengerjakan umrah, pelakon Intan Najuwa memohon orang ramai tidak membuta tuli menghakimi dirinya.

Mengakui lali dengan kecaman netizen, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd. Wahid bagaimanapun membidas pandangan umum dengan berkongsi petikan kata-kata bahawa menutup aurat tidak semestinya dijanjikan syurga.

Foto: IG

“Kalian hakimi seseorang untuk menjadi alim tetapi kalian tak tahu kehidupan sebenar (peribadi) mereka.

“Jangan anggap mereka dijanjikan jannah disebabkan penampilan yang dilihat di mata (berjanggut, berhijab, berniqab dan cara percakapan).

“Penampilan luaran seseorang tidak semestinya melambangkan mereka dekat atau rapat dengan Allah,” kongsinya menerusi satu entri InstaStory.


Tambah Intan, 27, apabila khalayak mengharapkan seseorang itu berubah ke arah kebaikan, doa harus dipanjatkan buat mereka agar terus berubah menjadi orang yang lebih baik.

“Kalau kalian menghakimi seseorang dengan harapan dia menjadi alim, jangan lupa berdoa buat mereka untuk menjadi orang lebih baik hari demi hari.

“Sama macam apabila kalian cop seseorang itu jahat. Mungkin mereka buat benda jahat dan kita pun bertindak ikut perasaan tetapi jangan lupa masa depan mereka boleh bertukar.

“Insya-Allah, Allah SWT akan bimbing mereka ke jalan yang benar atau kita sendiri akan jadi orang yang diberikan hidayah,” kongsinya.




Terdahulu, pelakon kelahiran Johor Bahru itu menuai kecaman netizen apabila beraksi seksi menampakkan bahagian perutnya ketika bercuti di Dubai dalam Instagram.

Buat kali kedua selepas 2020, perjalanan umrah pada awal Januari 2023, mulanya  begitu menginspirasikan netizen dan masing-masing mendoakan pelakon Jesnita menunjukkan perubahan ke menjadi muslimah lebih baik sekembalinya dari Tanah Suci Mekah. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 28-1-2023 04:29 PM
Buat masa ini, toyboy akak Lucas Till Jannah, tasty sesangat body beliyau, merecik hawau, berdenyut-denyut mutiara khorsani bedah, bergetar-getar pearl harbour bedah dibuatnya



Quote albedah 28-1-2023 04:30 PM
Dia ni anak org kaya kaa? Setahu aku dulu dia duk umah flat kt joho nu masa bebaru muncul
Quote Beribear 28-1-2023 04:31 PM
Tulah yg solat pon masuk neraka, bertudung tp baju melekap, lengan pendek, pakai warna skin color pon belum tentu syurga. Apatah lg yg tak bertudung mmg rambut tu pon kena api jugak. Tp berusaha perbaiki diri ke arah yg Allah perintahkan, insyaAllah. Kalau tutup aurat tu tak wajib knp tak buat je mcm pengkid yg lolos buat umrah haritu
Quote dudaberhias 28-1-2023 04:41 PM
halah halah ye lah... tapi netizen memang kemain over menegur aurat2 orang lain dan dosa peribadi orang lain... lepastu tinggal komen ya ampun mengaibkan diri yang dia follow manusia2 mendedah aurat ni... kita pun tak follow orang tu apatah lagi nak tengok benda2 macam dia tengok... manusia2 hipokrit...
Quote slyfynx 28-1-2023 04:51 PM
Ate yang mmg x bertutup lagi confirm masuk syurga ke hape?
Quote Mulotkoyak 28-1-2023 04:53 PM
Dia ni otak katne eek... Dia ingat yg komen tu ustaz, ostazah ke?  Padahal makcik kepam marhaen je. Xde pun ostaz and ostazah yg nk drop msg kat komen ko melainkan makcik kepam yg menonton drama tv3 setiap 7pm. Bodoh. Asyik2 kalo yg tegur tu ostaz and ostazah. Bodoh pnye hotak.
Quote codenamedream 28-1-2023 04:54 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-1-2023 04:29 PM
Buat masa ini, toyboy akak Lucas Till Jannah, tasty sesangat body beliyau, merecik hawau, berdenyut- ...

Habis macgyver heols ada cerita baru tak ??
Geram meols episode last habis camtu je.

#tambahtacang.
Quote lolz91 28-1-2023 05:07 PM
Rumah iols dgn rumah atok die dlm 500m... Area felda di Kota Tinggi
Quote Hoola 28-1-2023 05:08 PM
Edited by Hoola at 28-1-2023 06:43 PM

acecehhhhhh acecehhhhh yelah yelahhhh
koyangpakaibajunampakpeghot
netijemyangditudhbutaPeghot

ayuh kalian kalian netijem
syhhhh korg pum...jgn komen diam2je
like pun jgn okayyy
xkuaseee
Quote heythere123 28-1-2023 05:16 PM
kakikuDibibirmu replied at 28-1-2023 04:29 PM
Buat masa ini, toyboy akak Lucas Till Jannah, tasty sesangat body beliyau, merecik hawau, berdenyut- ...

ya ampun, heols ni patot lagi mendonia tau tak. Harap la Marvel bagi dia watak utama ke apa sebab HE DESERVE THAT!!!!!!
Quote heythere123 28-1-2023 05:18 PM
dia macam ni je la noks, dah ko tahu ko pakai seksi & tayang dekat ig which tololwers kau melayu islam ko ghase komen dorang acaner? dah salah tu senyap je la, bolayankan komen netizen.

Nanti2 dorang senyap la kalau ko upload gambar di tanah suci
Quote heythere123 28-1-2023 05:19 PM
albedah replied at 28-1-2023 04:30 PM
Dia ni anak org kaya kaa? Setahu aku dulu dia duk umah flat kt joho nu masa bebaru muncul

katanya apak dia orka, takkan la dia duduk flat
Quote nylliette 28-1-2023 05:37 PM
betul la tu dek, dah kalau yg bertutup pun belum tentu syurganya, apatah lagi yang mendedah perut
Quote virgo19 28-1-2023 05:40 PM
Dia mcm ni la.. kalau ambik periksa, ada chance lulus 50/50. Tapi kalau langsung tak ambik periksa, mmg confirm tak lulus.
Quote Pak.dolla 28-1-2023 05:58 PM
Ada botol jgk ckp intan ni....
Netizen x tau ka ada wanita berniqob yg dh meninggalkan dunya dan meninggalkan kencantikan (cantik ker? Dia sendiri yg perasan) masuk kelab malam yg dihadiri lelaki pompuan seksi peluk² ada air mabok?
Quote she 28-1-2023 06:10 PM
Atok felda Kota Tinggi?
Family flat Johor KL?

Tapi ada orang cakap dia anak orka
Bapaknya doktor ke ape entah

Ni macam kes Scha lah ni
Asal duduk rumah kos rendah aje
Jadi retis terus cakap anak old money sangatttt
Quote ekselen 28-1-2023 06:16 PM
Baik ko diam je najuwa oiii... Artis muslim cam ko mmg la org akan kecam kalo dah pakai gaya cenggitu..lain la ko non muslim cam Lizzie ka... Tak perlu nk buat statement cenggini since ko pun x tau pengakhiran hidup ko camne... Kalo org kecam sbb org syg ko.. Patut say thanks je... Atau sy akan cuba berubah sikit2...mohon doa org ramai... Udah tutop buku, ni ko lawan lg netizen hmmm..
Quote fadz84 28-1-2023 06:21 PM
she replied at 28-1-2023 06:10 PM
Atok felda Kota Tinggi?
Family flat Johor KL?


Ni iols jmpa artikel pasal IN kat Harian Metro 4 tahun lps..

‘SAYA BUKAN ORANG KAYA, SAYA BIASA-BIASA SAJA’

Walaupun masih hijau pembabitannya dalam lakonan, Intan didakwa mampu menjalani kehidupan yang agak mewah.

Menerusi foto yang dikongsi di Instagram menyebabkan ada segelintir netizen mendakwa dia bukan gadis sembarangan dan gemar mengamalkan gaya hidup mewah.

Menafikan perkara itu, Intan berkata, kehidupannya tidaklah semewah yang disangka dan dia juga gadis normal dengan kehidupan sederhana.

“Saya tidak tahu bagaimana dakwaan sebegini boleh timbul. Bagi saya, perkongsian di Instagram itu kebanyakannya foto biasa-biasa saja.

“Saya tidaklah menunjukkan kemewahan kerana kehidupan saya memang sederhana. Saya pun bukan orang berada. Apapun yang dikatakan, biarlah. Saya tak mahu ambil peduli sangat. Terpulanglah pada mereka nak anggap apa, saya tak kisah,” katanya.
Quote she 28-1-2023 06:28 PM
fadz84 replied at 28-1-2023 06:21 PM
Ni iols jmpa artikel pasal IN kat Harian Metro 4 tahun lps..

‘SAYA BUKAN ORANG KAYA, SAYA BIASA- ...

Mungkin ex tunang dia belanja
Bersangka baik

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058928 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top