CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 3 Bulan Maut Di Pusat Asuhan Bandar Baru Bangi

28-1-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2517| Komen: 25

Description: BANGI – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri di tempat asuhan di Bandar Baru Bangi, di sini, pagi tadi.
BANGI – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri di tempat asuhan di Bandar Baru Bangi, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada jururawat sebuah hospital swasta di Bandar Baru Bangi menyatakan telah menerima bayi tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.


Gambar Hiasan

“Bayi berkenaan disahkan meninggal apabila tiada sebarang tindak balas terhadap rawatan kecemasan diberikan kepada mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dihantar oleh ibunya dalam keadaan sihat ke pusat asuhan terbabit sekitar pukul 7.15 pagi,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Zaid, mangsa ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak pengasuh pada pukul 10.30 pagi.

“Berdasarkan pemeriksaan yang dijalankan, tiada sebarang kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa.


“Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian,” ujarnya.

Jelasnya, pusat asuhan terbabit telah beroperasi sejak tahun 2014 dan mempunyai lesen yang sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur kekerasan yang berlaku, tetapi disyaki terdapat unsur kecuaian menyebabkan kematian pada bayi tersebut yang mana siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sehubungan itu, polis menyeru individu yang mempunyai maklumat kejadian ini untuk menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222 atau terus menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Noor Hairul Anuar Shuhaimi di talian 012-3043034. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 28-1-2023 04:23 PM
3 bulan? Tersedak susu ke.. biasa pengasuh malas nak tengok baby habis minum, depa main sendal je botol susu kat mulut/bantal.. malas nak burping lepas minum.... so terjeluak susu
Quote kakikuDibibirmu 28-1-2023 04:25 PM
Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Serdang untuk dicincang bagi mengetahui punca sebenar kematian
Quote Kancilkering 28-1-2023 05:40 PM
17/1 kawan i pun kematian baby dia kat taska section 15… sijil kematian baby pun still tulis to be determined….
Quote zehra2 28-1-2023 05:49 PM
dah tiba masa antor pengasuh kena buat kontrak profesional. ada unsur kecuaian atau penderaan, masuk lokap
Quote faraway1 28-1-2023 06:18 PM
Sindrom baby meninggal mengejut.. Tapi kenapa hanya berlaku kat tasks
Quote sarahmirza 28-1-2023 06:26 PM
Takziah...
Quote akies 28-1-2023 07:43 PM
Kesian..moga keluarga ini tabah dgn dugaan
Quote takayama 28-1-2023 07:48 PM
kecuaian ni biasanya dr pekerja taska dan pemilik kekdg ada tp selalunya xde kt situ
kat seksyen berapalah taska tu beroperasi
area rumah kaka ada bbrp taska, x. pasti berdaftar atau asal boleh aje
Quote airmineral 28-1-2023 08:25 PM
seriauuuuu
Quote margo20 28-1-2023 10:58 PM
Parents pun kne check bebetul anaknye ok ke sblm g taska. Klu pengasuh tak salah buat naya je
Quote babyshun 29-1-2023 12:05 PM
dh ada update ke kes ni?
Quote chinta89 29-1-2023 12:18 PM
sedihnya la, mak pantang pun x hbs lagi tu,....
Quote potpetpotpet 29-1-2023 12:36 PM
Kancilkering: 17/1 kawan i pun kematian baby ...


Section 15 bangi ke?
Quote auntieagony 29-1-2023 12:41 PM
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Quote hashashes 29-1-2023 12:47 PM
Mesti yg mak baru habis cuti maternity leave, anta pengasuh. Semoga dikurniakan ketabahan buat si ibu Yang grieving
Quote rogayahtop 29-1-2023 02:30 PM
Salam takziah kpd keluarga  
Quote seeriesagain 29-1-2023 03:03 PM
Sedihnya.. Salam takziah
Quote totokreturn. 29-1-2023 03:43 PM
bagi ibu2 yg berkerjaya

cuba tengok balik kerja tu, kalo gaji dapat hanya cukup2 makan i.e. gaji bawah 3k, lepas tolak mcm mcm, seperti loan keta, tol, minyak, makan, last2 dpt simpan hanya berapa puluh ringgit je

better resign dan jadi full house wife je la, rezeki luas Allah swt bagi ni, duduk dekat rumah buat business online kalo ada rezeki boleh dpt lebih dari gaji executive kerja dekat petronas twin tower tu
Quote adeqbun 29-1-2023 03:45 PM
totokreturn. replied at 29-1-2023 03:43 PM
bagi ibu2 yg berkerjaya

cuba tengok balik kerja tu, kalo gaji dapat hanya cukup2 makan i.e. gaji ba ...

Mslhnya lepas tu sape pulak nak cover loan kereta dan loan2 lain..cth loan ptptn dan nak ng duit kat parents sndri..huhu..life is hard...xslh nak bekerja..cume taska dan pengasuh yg cuai wajar diperslhkan..

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057569 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top