CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nynaa Harizal Gementar Nak Beranak, Akan Umum Jantina Lepas Bersalin

28-1-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6908| Komen: 43

Description: Bakal bergelar ibu tidak lama lagi, pelakon Nynaa Harizal memberitahu segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak pertamanya itu sudah selesai dilakukan.Menurut Nynaa atau nama sebenar Nurul Hanyn ...
Bakal bergelar ibu tidak lama lagi, pelakon Nynaa Harizal memberitahu segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak pertamanya itu sudah selesai dilakukan.

Menurut Nynaa atau nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal, 27, dia dan suami Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas teruja , 31, teruja menanti hari kelahiran yang dijangka pada bila-bila masa.


Foto: IG

"Saya sebenarnya tidak berani nak cakap tarikh sebenar kelahiran sebab doktor memang dah cakap bila-bila masa saya akan melahirkan bayi ini.

"Saya sangat gementar tetapi bersyukur kerana kandungan saya baik-baik sahaja. Persiapan bayi dan berpantang semuanya sudah saya sediakan," katanya ketika dihubungi mStar.



Sementara itu, Nynaa memberitahu dia merahsiakan berita awal kehamilan daripada pengetahuan umum disebabkan faktor-faktor tertentu.

"Bukan tak nak kongsi, cuma saya sebenarnya berdebar. Iyalah anak pertama kan?

"InsyaAllah bila semua dah selamat, saya pun teruja nak kongsikan detik dan momen indah ini juga," katanya.



Ditanya mengenai jantina anak sulungnya ini, Nynaa memilih untuk tidak mendedahkannya dan akan berkongsi selepas hari kelahiran kelak.

"InsyaAllah saya akan melahirkan bayi pertama di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Lagi pun hospital yang dipilih memang dekat dengan rumah kami.

"Buat masa ini saya tidak mahu memberitahu jantina bayi kami, insyaAllah semuanya akan saya kongsikan selepas bersalin nanti," katanya.

Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga bersama Fahmi pada 28 Ogos 2021.



Kisah rumah tangga pasangan ini pernah menjadi perhatian ramai apabila Fahmi mendakwa isterinya telah dilarikan bapa mentua ketika menjalani penggambaran sebuah drama pada 3 November 2021.

Fahmi membuat tuntutan nusyuz agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya selepas hampir dua minggu Nynaa didakwa keluar rumah tanpa kebenaran.

Manakala, Nynaa pula memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor pada 10 November 2021.

Bagaimanapun, Nynaa dan Fahmi akhirnya mencapai persetujuan untuk berbaik semula di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 11 November 2021. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote purplelilac 25-1-2023 09:59 PM
Kenapa org cakap dia ni lawa eh? Pada mata aku biasa je ramai lg rupa kat luar begini.
Quote Joysparta 25-1-2023 10:12 PM
Suka dgr..semoga jodoh dorg kekal sampai bila2...❤️❤️❤️
Quote she 25-1-2023 10:49 PM
Nyna ni dia ada aura tai tai
Pandai bergaya
Walau ghoper biasa2
Tapi cara dia tu macam sesuai bawa ke mana2 majlis
Pandai bersiap
Padan lah lakinya sayang
Quote rayna_raynes 25-1-2023 10:55 PM
purplelilac replied at 25-1-2023 09:59 PM
Kenapa org cakap dia ni lawa eh? Pada mata aku biasa je ramai lg rupa kat luar begini.

lawa la, perempuan lawa memang ramai. yang teramat lawa tu yang tak ramai.


Quote woven11 25-1-2023 10:58 PM
Die ni aku tak tahu artis ke ape.. tak pernah nampak berlakon.. tibe2 lari dari tok laki.. Lepas tu baik balik pregnant.. gituh je ending dia
Quote tagas 27-1-2023 03:00 PM
Da tak ribut lg depa nya married

parent pompuan da redha anak tu da kawen

tadak drama culik2 lg da
Quote Farnor 27-1-2023 03:15 PM
Oo ni. lembut juga muka.. Ntah siapa porumer yg gelar dia otak jelly tp apapun ..bgus happy ending.
Quote cmf_premierleag 27-1-2023 03:26 PM
Untunglaa lawa dan dpt suami kaya umur sebaya (bukan umur abah2) yg sayang gila kt dia
Quote margo20 27-1-2023 03:38 PM
Bibir laki sama pink dgn bini
Quote Suchi 27-1-2023 03:42 PM
Dia kalau pregnant baru la nampak berseri2 sbb dia agak kurus kan
Org skinny time pregnant akan nampak gojess
Quote dewi_rina 27-1-2023 03:44 PM
dia ni lagi lawa kalau pakai tudung
Quote Nnasda53 27-1-2023 03:47 PM
Ok lah dia happy ending.
Moga berkekalan.
Kalau baca dulu kisah dia ni siap pak nya berpistol2 seram.
Quote zuliana29 27-1-2023 03:49 PM
drama keluarga satu ketika dulu..
tahniah.. selamat menimang cahaya mata..
Quote babelina 27-1-2023 04:22 PM
aku suka dia.. rindu nk tgk lakonan dia.. moga dpermudahkan segala urusan kelahiran baby nanti..
Quote Incanto 27-1-2023 05:08 PM
dewi_rina replied at 27-1-2023 03:44 PM
dia ni lagi lawa kalau pakai tudung

aku suka dia freehair

sbb rambut dia cantik

kalau pakai tudung dah kurang x factor
Quote jambatannetizen 27-1-2023 06:46 PM
Incanto replied at 27-1-2023 05:08 PM
aku suka dia freehair

sbb rambut dia cantik


Ntah. Kejap2 suruh org pakai tudung! Mcm hannah itu. Ikot sgtt permintaan netizen

“Pakai tudung lagi cantik”
Quote jambatannetizen 27-1-2023 06:47 PM
she replied at 25-1-2023 10:49 PM
Nyna ni dia ada aura tai tai
Pandai bergaya
Walau ghoper biasa2

Cantik je aku tgk dia.
Quote aammyy 27-1-2023 07:00 PM
First tgk dia berlakon cerita yg ada bamtah ti dia jadi perempuan indo. Walaupun kayu, bila tengok cerita lain jadi pelik dia ckp bahasa melayu.

Dlm gambar nampak dia macam dian versi tua (sekarang).
Quote minahmanja 27-1-2023 07:57 PM
Dia mmg dah reconcile dgn famili dia ke? Or dah buang famili terus?

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.054254 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top