CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharnaaz Ahmad Suruh Sissy Iman Chill, Mas Idayu Bertenang, Penonton Enjoy Je

27-1-2023 06:14 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2421| Komen: 28

Description: Sharnaaz Ahmad, 38, tidak menolak, kritikan pedas yang dilontarkan oleh Mas Idayu terhadap Sissy Imann pada program Famili Duo minggu keenam lalu mungkin kedengaran kasar atau berlebihan.Namun, mengen ...
Sharnaaz Ahmad, 38, tidak menolak, kritikan pedas yang dilontarkan oleh Mas Idayu terhadap Sissy Imann pada program Famili Duo minggu keenam lalu mungkin kedengaran kasar atau berlebihan.

Namun, mengenali Mas Idayu, kata Sharnaaz, penyanyi itu cuma menjalankan tugasnya sahaja selain menganggap dia tidaklah seburuk yang disangka orang ramai.

“Kalau sesiapa yang mengenali dia, pasti tahu dia baik orangnya. Tetapi tak dinafikan, mungkin ketika dia memberikan komen tempoh hari terhadap Sissy, agak berlebihan. Tak boleh salahkan dia yang berada di kerusi juri atau Sissy yang berada di pentas.

“Kena faham, inilah pentas hiburan dan program ini dibuat untuk apa? Hiburan bukan? Sissy sudah sedaya upaya nak buat persembahan yang menghiburkan manakala juri yang di bawah pula hanya buat kerja mengikut cara tersendiri,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.


Foto: IG


Selain itu, kata pelakon filem Jebat ini, penonton juga harus tahu bahawa pihak stesen televisyen memainkan peranan di sebalik penghasilan bahan kandungan untuk paparan penonton.

“Mungkin cara Mas Idayu menyampaikan komen sebegitu adalah apa yang dimahukan oleh pihak stesen tv. Bila komen kedengaran pedas, ia memberi warna kemeriahan pada program itu dan ia adalah apa yang digalakkan oleh pihak program.

“Jadi sekarang ini kena tanyalah pada stesen tv, apa petunjuk prestasi utama (KPI) yang mereka mahukan dari juri yang ditugaskan. Malah, saya pun tertanya juga, kalau tahu penyanyi itu tak boleh bawa sesebuah lagu itu, kenapa beri juga pilihan lagu itu kepada dia?

“Macam pelawak, kalau tahu dia itu tidak lawak, tetapi penerbit program ambil juga, kenapa? Sebab dia boleh jadi bahan bualan netizen. Itulah satu konsep hiburan,”katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berharap semua pihak memahami permainan dunia ‘show bisnes’ yang tentunya bergantung kepada rating atau jumlah tontonan yang tinggi untuk sesebuah program.

“Apa sahaja yang keluar di tv adalah bisnes. Sudah tentulah bukan suka-suka semata, semuanya mahu rating. Bagi saya, semua pihak usah pandang satu benda atau konsep pada satu skop yang kecil.

“Kenalah faham bahawa ini adalah dunia hiburan. Buat Sissy, ‘chill’ sahaja, mummy pun kena bertenang juga. Buat penonton, enjoy sahaja ‘drama’ ini,”katanya.

Terdahulu, nama Sissy menjadi bualan ramai selepas dia dilihat menitiskan air mata apabila menerima kritikan pedas daripada Mas Idayu ketika konsert keenam program Famili Duo pada Ahad lalu.

Menerusi kritikan tersebut, Mas Idayu berpendapat persembahan Sissy yang berpasangan dengan Naim Daniel ketika menyanyikan lagu Jampi milik Hael Husaini dalam versi keroncong tidak mencapai piawaiannya.

Perkara tersebut menggores hati Sissy yang berpendapat dia tidak lagi disayangi oleh muzik sehingga sanggup membatalkan pelancaran album terbaharunya yang dirakam di London pada tahun lalu. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 27-1-2023 06:17 PM
Amboiii mat gigi kuning nasihat org pandai. Sendiri pun panas baran. Ketam ooo ketammm... Meh jalan btol2 ckit. Straight.
Quote margo20 27-1-2023 06:54 PM
Tak kena kt kau bole la
Quote KBW2 27-1-2023 09:13 PM
Orang paling tak chill nak suruh orang lain chill LOL dasar parpu
Quote missyL 27-1-2023 09:27 PM
Hahahaahahahaha
Klo kene kt die Ntah2 seminggu meroyan mencarut
Quote Suchi 27-1-2023 09:35 PM
Takyah masuk campur hal orang
Quote doubleharmonic 27-1-2023 09:39 PM
eh babi ko dulu mengata macam2 kat patah tu boleh pulak babi? takde pon ko nak chill bertenang bagai hah babi?
Quote akuHavocczz 27-1-2023 09:40 PM
Kau pun sama chill. Tak yah nak menyemak
Quote rosannazmia 27-1-2023 09:42 PM
Comei juga sissy ni yer.. lawa gak.
Quote doubleharmonic 27-1-2023 09:46 PM
eh babi time ko komen ni ko amnesia ke babi terlupa nak nasihat diri sendiri untuk chill dan bertenang hah babi?

Quote doubleharmonic 27-1-2023 09:47 PM
eh babi tu ko tengok bekas bini ko punya komen tu ada tak ko suruh dia chill dan bertenang hah babi?
Quote MistrezHermanaz 27-1-2023 10:50 PM
doubleharmonic replied at 27-1-2023 09:46 PM
eh babi time ko komen ni ko amnesia ke babi terlupa nak nasihat diri sendiri untuk chill dan bertena ...

Ni komen dlm ig ke.. Kakak Jah pon kutuk fattah ye
Quote hanihan16 27-1-2023 10:52 PM
reporter mana la yg gigih carik mamat ni mintak komen isu hiburan semasa
Quote doubleharmonic 27-1-2023 11:31 PM
MistrezHermanaz replied at 27-1-2023 10:50 PM
Ni komen dlm ig ke.. Kakak Jah pon kutuk fattah ye

ye chuolsss. iols pon dah tak hengat dah start cemana rasanya pasal mamu parpu ni tak puas hati fattah buat buku 99 tu kot



Quote armin 27-1-2023 11:44 PM
Tak reti shave janggut ke kepam busuk sungguh penampilan
Quote September14 28-1-2023 01:08 AM
So far yg aku kenal mulut lepas mcmni hati dia xde la baik sgt pun… jenis busuk hati jgk lpstu mulut duk ngata org… xyah ckp la mulut jahat hati baik.. bullshit
Quote edoraixora 28-1-2023 01:12 AM
Semua orang pun nk menyibuk bagi pendapat...
Quote nolya 28-1-2023 01:37 AM
Menganggap Sissy Iman menyanyi lagu Jampilah versi keroncong tidak mencapai piawaian, saya setuju.  Memang tak sedap ttpi kena faham bukan semua orang boleh menyanyi keroncong.  Akan tetapi, teguran Mas Idayu selaku juri, sudah terlebih piawaiannya juga, marah serta meningking2 sangat berlebihan. Seharusnya teguran boleh dibuat penuh sengat ttpi hemat. Dn cara yg demikian hanya boleh dibuat oleh orang yg cermat ketika berkalimat.

Peserta2 yg bertanding bukanlah anak2 kecil yg seenaknya ditengking2 ketika marah. Walaupun persembahan mereka mengecewakan, tidak spt yg diharapan, juri MI tak perlulah menegur begitu menyinga,  membuatkan peserta takut, tersinggung, luluh perasaannya shnga menangis. Dgn insiden begitu, setelah ada peserta yg menangis di atas pentas, adakah MI merasakan diri dia hebat sbg seorang juri, dia hanya jlnkan tugas spt yg dikehendaki oleh stesen tv demi mencapai rating? Tak perlulah mencari muka dgn menjatuhkan air muka orang lain. Orang cermat menjaga cakap, orang berhemah menjaga sikap.

Kpd Syahnas, andainya hal serupa terjadi kpd diri Syahnas, bagaimana agaknya tindak balas yg akan diberikan. Sabar atau "kau belum tau aku siapa?".
Quote Hoshhi 28-1-2023 11:10 AM
Engko ni semua benda nak berbunyi. Duduk diam diam jela ko
Quote Pak.dolla 28-1-2023 11:25 AM
Nenas kalu ada benda viral semua dia nk mencapap...
Paku dulang paku serpih mengata org awak yg lebih...
Aku tgk muka dia rasa panas je....aura tak elok nih..seghupo lembaga...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.104312 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top