CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Duduk Flat Dikecam Cop Lot Parkir Guna Batu Nisan

27-1-2023 06:03 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2144| Komen: 27

Description: PETALING JAYA – Tindakan seorang penghuni yang bertindak meletakkan batu nisan untuk ‘cop’ tempat letak kereta di kawasan perumahan flat, menerima kecaman hebat di media sosial.
PETALING JAYA – Tindakan seorang penghuni yang bertindak meletakkan batu nisan untuk ‘cop’ tempat letak kereta di kawasan perumahan flat, menerima kecaman hebat di media sosial.

Menerusi gambar yang dikongsi di akaun Facebook Dilla Karmila, kelihatan batu nisan tersebut diletakkan di ruangan parkir kosong seolah-olah tidak membenarkan penghuni lain meletakkan kenderaan mereka disitu.


Perkara tersebut mengundang kecaman daripada warganet berikutan kawasan perumahan flat kebiasaannya tidak boleh ‘cop’ parkir sesuka hati kerana tidak mempunyai parkir khas yang disediakan.

Foto: FB

“Cara terbaik untuk selesaikan masalah ini, adalah simenkan batu nisan itu dekat situ. Biar semua tak dapat letak kereta, dan bolehlah semua orang tahu siapa punya batu nisan itu,” komen Jenkin Yat.

“Kebanyakan flat semua penghuni main ‘cop’ tempat letak kereta. Sedangkan sudah tahu tidak boleh begitu. Mana-mana pihak berwajib harap jalankan tanggungjawab masing-maaing. Kadang-kadang sampai main tolak kereta sebab nak keluar,” komen Dani Dania pula.


Di ruangan komen ada pengguna lain berjenaka dengan mengatakan itu adalah ‘tapak kubur’ pemilik rumah yang ingin ditanam di kawasan lot parkir.

“Arwah ni dulu masa hidup dia suka cop tempat letak kereta. Sampailah dia meninggal, kuburnya pun di lot parkir,” komen seorang pengguna. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 27-1-2023 06:12 PM
Bagi mengelupur sekor2 buat mcm hdb flat tu parking pun kena bayar.  Masa ti dersng yg jadi batu nesan.
Quote MissVixen 27-1-2023 06:14 PM
Samerosie replied at 27-1-2023 06:12 PM
Bagi mengelupur sekor2 buat mcm hdb flat tu parking pun kena bayar.  Masa ti dersng yg jadi batu nes ...

Bangsa2 ni akan park tepi jalan besar sampai tinggal 1 lane je nanti. Semua benda nak free dan suka kena suap
Quote akies 27-1-2023 06:20 PM
Buh batu nisan sebagai simbolik ‘kalau berani langkah mayatku dulu’
Samseng kampung dusun
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2023 06:40 PM
images_copy_1024x1019.jpg
Quote habisnamadahni 27-1-2023 07:48 PM
cuba letak pic suzzana sundel bolong hahaha
Quote DeLuna85 27-1-2023 08:53 PM
Boleh la usaha lebih keras lagi. Keluar dari flat. Rumah pertama boleh dapat 100% loan. Beli apartment yang ada parking untuk unit rumah. Selesa pun selesa. Bersih lagi. Yang baru bekerja belum ada komitmen boleh fokus beli rumah dulu.
Quote Meiizu 28-1-2023 08:50 AM
Buruk perangai lortr
Quote noor2 28-1-2023 09:14 AM
kakikuDibibirmu replied at 27-1-2023 06:40 PM

Kesian tgk muka hantu ni...langsung x tasa takut tengok...
Quote ninja boy 28-1-2023 09:24 AM
Ambil jcb korek tanah saiz lubang kubur di parking tersebut
Quote wirazam 28-1-2023 10:15 AM
Samerosie replied at 27-1-2023 06:12 PM
Bagi mengelupur sekor2 buat mcm hdb flat tu parking pun kena bayar.  Masa ti dersng yg jadi batu nes ...

Setuju...masa developer buat rumah strata nih..nak kena allocate parking juga minimum 2 parking lot utk satu rumah...
Quote Leonclay 28-1-2023 10:33 AM
Tanah kubur tak nak cop lot sekali ke
Quote AbukRokok 28-1-2023 11:11 AM
Saya bagi amaran ni
Quote DARSITA 28-1-2023 12:57 PM

Lets say la kan ada 50 unit rumah, 50 parking space + 5 utk visitor. Tiap rumah bagi satu lot (letak la no rumah atas parking space). Yang ada second car hang pandai pandai la park tepi jalan.

Simple maa ~
Quote Highflyer19 28-1-2023 01:11 PM
MissVixen replied at 27-1-2023 06:14 PM
Bangsa2 ni akan park tepi jalan besar sampai tinggal 1 lane je nanti. Semua benda nak free dan suk ...

Kalau kt shopping mall sanggup park kt luar tepi2 jln wpun keta mahal…biasa lah bngsa ni kaum pendatang…what do u expect…tu blum lg pati2 lain…
Quote MissVixen 28-1-2023 03:58 PM
Highflyer19 replied at 28-1-2023 01:11 PM
Kalau kt shopping mall sanggup park kt luar tepi2 jln wpun keta mahal…biasa lah bngsa ni kaum pen ...

Bumiputera yang banyak park tepi jalan. Tak de access ke dalam sebab takde duit, tiada kesedaran sivik, takde agama untuk bayar maintenance fees. Tengok je la rumah prima dan rumah teres yang banyak melayu macam mana perangai.
Semua nak free. Malu rasa tengok orang macam ni. tapi bab kereta tak nak kalah. Pakai honda, tukar rim etc. Pakai bmw tapi sanggup cabut no siri di belakang sebab malu pakai yang kecik.
Quote MissVixen 28-1-2023 04:02 PM
Samerosie replied at 27-1-2023 06:12 PM
Bagi mengelupur sekor2 buat mcm hdb flat tu parking pun kena bayar.  Masa ti dersng yg jadi batu nes ...

Maintenance fees pun liat nak bayar. Kalau parking kena bayar memang mati kejung sekor2. Kereta park tepi jalan dan menghalang laluan tu elok disita dan dilelong terus.
Quote green~tea 28-1-2023 04:04 PM
Chop pakai kereta nissan la.. jangan pakai batu nissan
Quote LadyCarefree 29-1-2023 06:43 PM
mentaliti gitu sebab tu xmaju.
Quote kakikuDibibirmu 29-1-2023 06:44 PM
noor2 replied at 28-1-2023 09:14 AM
Kesian tgk muka hantu ni...langsung x tasa takut tengok...



Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057236 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top