CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambil Masa Tujuh Hari, Lima Lelaki Jalan Kaki Dari Makkah Ke Madinah

27-1-2023 01:48 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1084| Komen: 9

Description: Lima lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah.
Lima lelaki warga Britain yang baru selesai menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah berjalan kaki untuk menziarahi Madinah al-Munawarrah.

Perjalanan sejauh 547 kilometer (km) itu mengambil masa kira-kira 185 jam atau tujuh hari untuk kelima-lima pengembara tersebut tiba di destinasi.


Kumpulan tersebut menyatakan tujuan utama kembara itu adalah untuk merasai sendiri jerih perih yang dilalui Rasulullah SAW ketika melakukan hijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah pada 1400 tahun yang lalu.

Foto: ilmfeed

"Mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam pengembaraan ini membuatkan kami berasa sangat dekat dengan Rasulullah SAW dan seolah-olah kami sedang berjalan bersamanya.

"Kami belajar banyak perkara tentang Rasulullah SAW dan rasa sayang kami kepada baginda bertambah berlipat ganda," kata Rashid Ali yang merupakan salah seorang peserta dalam kumpulan itu.


Terdahulu pada tahun 622 Masihi, Allah SWT telah memerintahkan Rasulullah SAW untuk berjirah ke Kota Madinah kerana tentangan masyarakat Arab Quraisy yang semakin hebat di Makkah.

Hijrah itu mustahak demi keselamatan Rasulullah SAW dan para sahabat serta penyebaran Islam yang perlu diteruskan.

Setibanya kumpulan warga Britain itu di Madinah, mereka disambut dengan meriah, diiringi paluan kompang, dihidangi jamuan makanan dan dikerumuni penduduk tempatan yang teruja dengan pencapaian mereka.

Dua orang dari ahli kumpulan itu sebelum ini pernah mengayuh basikal dari London, Britain ke Makkah, Arab Saudi dan merupakan individu pertama dalam sejarah yang berjaya berbuat demikian.

Rata-rata warga maya yang melihat kisah mereka berasa teruja dan mengambilnya sebagai inspirasi untuk tidak mudah berputus asa dalam hidup. -CARI

Sumber: mStar/ ilmfeed

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 27-1-2023 04:41 PM
Bestnya dpt jln kaki dari Mekah ke Madinah. Meolls naik bas 8 jam pun dah rasa insof dekk
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2023 04:43 PM
Unta sakit Mers-Cov-2 ke?
Quote intan244 27-1-2023 07:54 PM
kalau nak ikut nabi, xleh lalu jalan straight. nabi kan lalu jalan bertentangan dulu menyorok kat Gua Tsur bagai. lama baru sampai madinah.
Quote Buritan 27-1-2023 08:03 PM
Aku mengharapkan omputih... bilaa zoommmmmmmmm aku rasa sgt sedih..
Quote Itzy 28-1-2023 07:55 PM
Buritan: Aku mengharapkan omputih... bi ...

Ko ingat semua yg tinggal kat britain tu omputih ke?????????
Quote Samerosie 28-1-2023 08:46 PM
Buritan replied at 27-1-2023 08:03 PM
Aku mengharapkan omputih... bilaa zoommmmmmmmm aku rasa sgt sedih..

Kaka Bur set sikit.  Tapi yg rambut dgn janggut putih tu macam ongputih.
Quote Buritan 29-1-2023 06:12 AM
Itzy replied at 28-1-2023 07:55 PM
Ko ingat semua yg tinggal kat britain tu omputih ke?????????

Aku sedih sbb aku mengharapkan rope tom kurus (muda) pelakon superman tu kaa tak pun koman koman rupeee jack nicholson (muda).. ujung ujung aku nangis bucu katilll.. aku sgt frust oiii.. kenapa.. why why why
Quote Buritan 29-1-2023 06:14 AM
Samerosie replied at 28-1-2023 08:46 PM
Kaka Bur set sikit.  Tapi yg rambut dgn janggut putih tu macam ongputih.

Aku sgt sedih sbb brg aku order muka tom vruise ( muda) ... tp brg sampaii membuatkan aku sedih.. huwaaa
Quote noor2 29-1-2023 08:13 AM
Omak.hebatnya depa......aku hanya mampu berjalan sejauh 38km untuk 5 hari atas treadmill...tu pun ambil masa 1 jam pagi, 2 jam petang tiap hari....

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.054473 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top