CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isma Halil Makin Lancar Baca Al-Quran, Jadi Bilal Dalam Penjara

27-1-2023 01:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1745| Komen: 5

Description: Isteri penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah, 49, iaitu Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru-baru ini.
Isteri penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah, 49, iaitu Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru-baru ini.

Haslinda, 50, berkata, dia bertemu suaminya di Mahkamah Tinggi, di sini, pada 9 Januari lalu dan gembira melihat suaminya sihat.


"Kali ini dia sangat gembira sebab ramai kawan-kawan datang memberikan sokongan di mahkamah. Setiap minggu dia akan hubungi saya dari penjara Sungai Buloh. Selain itu, saya dan anak-anak melawatnya di penjara dua kali sebulan.

"Setiap kali berjumpa, macam-macam diceritakannya kepada saya. Boleh dikatakan kalau tiada aral, hari-hari dia akan berpuasa bersama kawan-kawan. Dari sudut positif banyak pelajaran yang dia dapat di dalam sana," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Menurutnya, Isma Halil semakin fokus dengan amal ibadat, semakin lancar membaca al-Quran dan surah Yasin, menjadi bilal dan sebagainya.


"Katanya, petugas-petugas penjara yang dipanggil cikgu pun sangat-sangat baik. Di dalam sana, dia juga berpeluang bekerja dan bersukan.

"Dia selalu pesan mohon doakan dia. Dia tak sabar-sabar nak jumpa keluarga dan sahabat-sahabat. Juga dia tak sabar nak cerita pengalamannya kepada semua," katanya.

Pada 21 Februari tahun lalu, Isma Halil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.

Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Keputusan lanjut kes ini akan diketahui pada 27 Februari ini di Mahkamah Tinggi, di sini.

Sama ada Isma Halil dilepas atau diperintah membela diri di akhir pendakwaan akan diputuskan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin yang sudah selesai mendengar perbicaraan kes terbabit.

Peguam yang mewakili Isma Halil, Adi Zulkarnain Zulkafli menerusi sebuah portal mengesahkan tarikh keputusan kes itu bulan depan.

Menurutnya, mahkamah memutuskan tarikh hujahan bertulis pada 9 Februari dan hujahan lisan berserta keputusan jatuh pada 27 Februari ini.

Isma Halil turut diwakili peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Sebelumnya, pada 27 Januari tahun lalu, Mahkamah Majistret membenarkan kes Isma Halil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ia berikutan peguam Adi Zulkarnain ketika itu memaklumkan laporan kimia sudah diperoleh di mana berat dadah itu turun dari 409 gram seperti dalam pertuduhan kepada 374.6 gram.

Kes dadah itu dipindah dan dibicarakan ke Mahkamah Tinggi berikutan hukuman bagi pertuduhan terbabit memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-1-2023 01:19 PM
So dah insof ke penjahat ni?
Quote dua_chzy 27-1-2023 01:19 PM
Ke buat2 insof? Ye la. Tonggang agama is easy.
Quote margo20 27-1-2023 01:25 PM
Means bagusla dia duduk penjara dari duk luar kan
Quote Thunderclouds 27-1-2023 02:03 PM
Auto suci lg wangi.
Choiiiiiiii..
Quote Girl-N-Roses 27-1-2023 03:46 PM
mcm pundek baca
ye ke tu puasa hari2...bukan ko berdengung hari2
suruh buat urine tgk..
dah berlayar pun ada yg ckp dok berdengung hari2

tk penah caya aku kalau kisah dia ni
ayat nk raih simpati

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.103143 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top