CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nazrey Johani Menderita Penyakit Psoriasis, Tak Tahan Sejuk Dan Panas

27-1-2023 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 944| Komen: 0

Description: Bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani mendedahkan bahawa dirinya menderita penyakit psoriasis sejak 17 tahun lalu membuatkan dia jarang bertemu dengan orang ramai.
Bekas anggota kumpulan Raihan, Nazrey Johani mendedahkan bahawa dirinya menderita penyakit psoriasis sejak 17 tahun lalu membuatkan dia jarang bertemu dengan orang ramai.

Kata Nazrey, 51, disebabkan penyakitnya itu dia tidak mampu bertahan lama dalam keadaan cuaca panas mahupun sejuk sekali gus membuatnya rasa tidak sedap badan.


Foto: IG

"Saya sebenarnya masih kurang sihat, saya tidak boleh terlalu panas atau terlalu sejuk. Saya ada masalah kesihatan dari segi psorasis (penyakit kulit). Sebenarnya penyakit yang saya hidap ini sejak saya keluar daripada Raihan iaitu tahun 2006.

"Ada masa ia akan teruk... untuk sekarang ini ia turun sikit-sikit, itu yang saya gagahkan diri untuk ke Kuala Lumpur," katanya.



Nazrey yang terlihat pucat ketika itu berkata suhu rendah membuatkan dia terlihat seakan-akan tidak sihat kerana menahan kesejukkan penghawa dingin.

"Penghawa dingin macam ini saya tak tahan. Saya sekarang ini mungkin nampak pucat sikit sebab menahan sejuk sahaja... nampak pucat sikit sebab saya tahu saya belum sihat sepenuhnya," kongsinya.

Pun begitu, Nazrey menganggap bahawa ini semua ujian Allah SWT yang diberikan kepadanya ketika melakukan dakwah dan mencari dana untuk pembangunan madrasahnya.


"Doktor kata psoriasis yang boleh disebabkan tekanan. Apa pun ini ujian Allah kepada saya untuk meneruskan kerja-kerja dakwah, mencari dana, dan menguruskan madrasah.

"Ada masa saya mampu berjumpa dengan orang ada masa tidak mampu kerana kesihatan saya ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Nazrey memberitahu jemputan daripada rakan-rakan nasyid membuatkan dia gagahkan diri untuk terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur meskipun kesihatannya dalam keadaan tidak menentu.


"Jemputan untuk konsert Saujana ini adalah yang saya usahakan untuk mampu menunaikan, banyak jemputan lain sebenarnya.

"Saya tak dapat nak jayakan tapi Alhamdulillah berbeza dengan jemputan kawan-kawan dan sahabat seperjuangan saya ini. Kalau rasa tidak sihat pun, kena usaha untuk sihat," ujarnya lagi.

Berkongsi mengenai kemunculannya di konsert Saujana 25 Tahun ini, Nazrey memberitahu dia berbesar hati untuk menjadi artis undangan bagi rakan-rakan nasyidnya.



Tambahnya, dia akan menyanyikan tiga buah lagu di konsert berkenaan iaitu dua lagu solo hasil ciptaannya sendiri manakala satu lagi bersama kumpulan Saujana.

"Alhamdulillah mereka pun tak benarkan saya menyanyi banyak-banyak, orang lama ini lagi sikit dia menyanyi lagi dia suka. Terima kasih Saujana," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.210682 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top