CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Rimas, Jadi Sensitif Bila Orang Tanya 'Dah Ada Pengganti Ke?'

27-1-2023 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 832| Komen: 4

Description: Pelawak Shuib meluahkan rasa hairan apabila kisah peribadinya mengenai hubungan bersama usahawan bernama Watie Hanifiah sering menjadi bualan di kalangan warganet.
Pelawak Shuib meluahkan rasa hairan apabila kisah peribadinya mengenai hubungan bersama usahawan bernama Watie Hanifiah sering menjadi bualan di kalangan warganet.

Memetik laporan Gempak, Shuib memberitahu dia tidak faham mengapa warganet perlu mempersoalkan pilihannya itu.


Foto: IG

“Diorang tak sabar ke nak marah saya kahwin? Kang kalau saya kahwin, nanti orang marah. Bila Anita Baharom kahwin, tak cukup setahun (suami meninggal) tak ada isu pun.

“Contoh la kalau saya nak kahwin, orang nak buka cerita dia.. belum tahu dia macam mana pun dah cakap macam-macam… boleh ke dia ni? Muka garang la, kalau jadi mak tiri garang.

“Saya jadi tak faham… mungkin orang ambil berat fasal saya sebab itu mahu yang terbaik untuk saya tapi bila kita nak berumah tangga, kita saja yang tahu, yang kenal pasangan, kita saja. Mungkin orang hanya nampak luaran saja,” katanya.




Dalam pada itu, Shuib turut meluahkan rasa rimas dan sensitif apabila sering disoal tentang pengganti Allahyarham isterinya, Siti Sarah.

“Sebenarnya ada la juga rasa rimas, kadang-kadang saya jadi sensitif bila orang tanya ‘dah ada pengganti ke?’. Soalan itu agak sensitif buat saya.

“Bukan apa, kalau kita sedih orang tahu… tak tahu la nak cakap orang tak faham ke atau mungkin memang mereka ambil berat kot,” ujarnya.




Shuib, bapa empat anak iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun, kehilangan isteri tercinta, penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 9 Ogos tahun lalu akibat Covid-19. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 27-1-2023 10:04 AM
Adoi..napalah reputs asik cover berita duda ni..sapa yg pi tanya dia
Quote DeLuna85 27-1-2023 01:01 PM
Dah kau yang kesundalan. Masa bini mati bukan main meratap. Dapat tetek fake terus lemasssss
Quote downiey 28-1-2023 12:17 PM
DeLuna85 replied at 27-1-2023 01:01 PM
Dah kau yang kesundalan. Masa bini mati bukan main meratap. Dapat tetek fake terus lemasssss

ahahhahahha tersembur aku bace
Quote pearl.silver 28-1-2023 12:26 PM
Dr awal ko yg mengundang.
Drama xhabis2 pasal cr bini baru
Skang baru tau rimas

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.045742 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top