CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iskandar Spring Menderita Diabetes, Kesukaran Bertutur, Lumpuh, Komplikasi Buah Pinggang Dialaminya.

27-1-2023 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1699| Komen: 9

Description: Gitaris kumpulan Spring iaitu Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail ketika ini diduga dengan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, kesukaran bertutur, lumpuh selain perlu menjalani rawatan dialis ...
Gitaris kumpulan Spring iaitu Tengku Raden Iskandar Tengku Ismail ketika ini diduga dengan pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, kesukaran bertutur, lumpuh selain perlu menjalani rawatan dialisis akibat komplikasi buah pinggang dialaminya.


Ekoran masalah kesihatan itu, Iskandar, 54, memerlukan biaya bagi kos perubatan dan perbelanjaan yang agak tinggi iaitu sekitar RM40,000 setahun atau secara purata RM3,000 sebulan.

Simpati melihat kesihatan Iskandar yang semakin merosot, vokalis kumpulan itu, Ameng Spring dan Umarul daripada Iklim telah mengusulkan idea kepada Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bagi mengadakan Jelajah Amal Solidariti Iskandar Spring dalam usaha mengumpul dana bagi meringankan beban kewangannya.


Foto: mStar

Umarul yang sudah bersahabat dengan Iskandar selama 30 tahun berkata, dia bersimpati dengan nasib menimpa pemuzik itu apatah lagi dia seorang yang baik hati, ceria dan gemar membantu orang lain.


Kata Umarul, perwatakannya yang sentiasa ceria sentiasa dalam memori dan atas persahabatan tersebut dia bersama rakan-rakan mahu meringankan beban ditanggung Iskandar.

"Syukur Alhamdulillah idea mengadakan jelajah amal ini mendapat sambutan baik malah ramai sudi membantu dan menyalurkan sumbangan.

"Insya Allah dengan niat dan tujuan yang baik ini akan dapat membantu mengumpul dana buat Iskandar," katanya.

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata, selepas melakukan perbincangan, pihaknya bersetuju untuk menganjurkan program jelajah seluruh negara untuk mengadakan persembahan dalam bentuk basking.

"Persembahan yang bakal berlangsung bertujuan bagi mengutip dana untk membiayai derita yang ditanggung Iskandar yang sudah setahun terlantar sakit," katanya.

Kata Freddie, program tersebut akan diadakan di beberapa buah negeri di seluruh Malaysia yang akan bermula pada 29 Januari ini pada pukul 2.30 petang di Santai Seni Jalan Tunku Abdul Rahman berhadapan kompleks Kamdar.

Selain itu kata Freddie, antara lokasi lain jelajah amal tersebut termasuk di Padang Kota, Pulau Pinang, Terengganu Drawbridge, Kuala Terengganu, Ipoh, Kota Bahru dan lain-lain pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.

Bagi memeriahkan acara, antara persembahan istimewa Jelajah Amal Solidariti Iskandar Spring daripada barisan artis dan pemuzik terkenal tanahair termasuk Ameng Spring, Umarul Iklim, Syafiq Farhain, Alim Kris, Maman Teachers Pet, Bob Sentuhan, Mus Kemala, Belle Fattah, Iss Arffan, Black Maria dan Islah & The People.

Mekanisme kutipan sumbangan kata Freddie adalah melalui jualan amal beberapa produk seni seperti cakera padat agama, tabung bergerak, kod imbasan QR dan secara dalam talian. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnasda53 27-1-2023 09:25 AM
Moga di permudahkan segalanya urusan dan semoga di berikan kesembuhan oleh Allah swt.
Quote jlo 27-1-2023 10:05 AM
moga yang baik2 untuk dia..banyak susut badan tu
Quote downiey 28-1-2023 12:08 PM
Moga di permudahkan urusan
Quote kucing_gebu 28-1-2023 12:35 PM
Moga dimudahkan urusan. Harap2 dana tu xjadi mcm dana zamani. Yg sampai ke zamani ciput yg lain2 pulak lbh
Quote DARSITA 28-1-2023 12:40 PM

Bukan 3 in 1 dah penyakit dia ~ lumpuh, tak boleh bercakap, kencing manis, buah pinggan rosak. Aduiii parah dah kalau ada kencing manis dan buat pinggang prob ni.

Tapi kan .. ada la aii tgk di Yotube retis retis lama menjual kopi yang kununnya boleh hilangkan sakit kencing manis blah blah bla so retis ni tak nak ke sedekah satu or dua bag kopi kpd Tg Raden?



Quote jalfa 28-1-2023 01:33 PM
Kesian nya.bukak tabung macam nad zainal tu x boleh ke..lagi cepat dpt duit
Quote -Suri- 28-1-2023 02:19 PM
Kesiannya..moga dipermudahkan segala urusan
Quote Burong_Hantuk 29-1-2023 07:39 AM


moga dipermudahkan
Quote Aneem 29-1-2023 08:06 AM
Burong_Hantuk replied at 29-1-2023 07:39 AM
moga dipermudahkan


Better derma terus ke acc dia sendiri. Dh masuk acc lain tu phm2 je la. Tu yg hujung2 dia dapat ciput je derma yg org bagi.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.064268 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top