CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Kagum Tengok Iqram Dinzly Berhimpun Sebaris Dengan Para Murabbi Dan Alim Ulama

26-1-2023 05:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1850| Komen: 15

Description: Iqram Dinzly tampil meraih perhatian warganet selepas tular sebuah video mempamerkan dirinya menghadiri majlis ilmu, baru-baru ini.Menerusi video yang tular di TikTok itu, Iqram kelihatan segak mengen ...
Iqram Dinzly tampil meraih perhatian warganet selepas tular sebuah video mempamerkan dirinya menghadiri majlis ilmu, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Iqram kelihatan segak mengenakan jubah berwarna putih bersama serban ketika menghadiri majlis tersebut.


Malah, pemilik akaun itu turut meluahkan rasa kagumnya melihat penampilan dan layanan yang diterima oleh pelakon tersebut sepanjang majlis berlangsung.

Foto: IG

“Hadir sebagai tetamu, dilayan seperti VVIP. Disaat ramai yang mengecam dan menghina, jika Allah berkehendak untuk memuliakan dan menaikkan darjat seseorang asbab kerana ujiannya.

“Dia juga direzekikan berhimpun sebaris dengan para murabbi dan alim ulama. Allah tidak memandang siapa dia dulu, tetapi Allah memandang siapa dia yang sekarang dan pengakhirannya.

“Boleh jadi kita lihat seseorang itu jahat sekarang, tetapi siapa tahu jika dia yang paling mulia di pengakhirannya. Semoga kita terus kuat dalam istiqomah dan direzekikan dengan kematian husnul khotimah dan di redhai Allah ,” tulisnya.




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kagum mereka terhadap perubahan pelakon itu dan berharap agar dia terus istiqamah.

“Berkumpul dengan para ulama macam ni orang nak. Beruntung Iqram Dinzly"

“Ustaz Wadi Annuar pernah kata, orang yang pi majlis ilmu yang camni sebab Allah izinkan. Sama macam pi tunai umrah atau haji. Rezeki dia.

“Kira dia boleh pi masuk majlis tuu, kira dia jaga agama dia, Islam.

“Dia orang baik mungkin lebih baik dari kita-kita ni dan dari para yang mengecam dia.. Semoga terus istiqomah Iqram,” komen warganet. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 26-1-2023 05:02 PM
Pebende niiih
Xyah lah nk puji2 sgt kang esok buat gila
Quote KamikuP 26-1-2023 05:29 PM
Pakai jubah terus cop alim apoo la netizen nih
Quote boudinniA 26-1-2023 05:33 PM
Bukan main memuji2 retis.
Tu sbb retis2 ni tak kisah kena kecam, sbb netizen mmg cpt puji balik. Buat mcm ni je.
Quote margo20 26-1-2023 05:49 PM
Bila nampak dato janggut rebonding terus turn off
Quote heythere123 26-1-2023 06:00 PM
alhamdulillah kalau dia dah berubah, harapnya dia tak ulang la episod gila isim dia tu
Quote jihyomelly 26-1-2023 06:56 PM
biar la dia isi jiwa dia yg kosong dgn ilmu agama..xde la mcm gila isim..
Quote kitmal 26-1-2023 06:57 PM
masa kutuk..kutuk kaw kaw..masa puji..melangit puji...............
Quote opie5662 26-1-2023 07:07 PM
Mata manusia ni mcm penting sgt utk dilayan jadi vvip ni kan... Mcm kalau dh jadi vvip ni nnt dpt shortcut masuk syurga
Quote Mulotkoyak 26-1-2023 07:12 PM
Ni pun jd news.. Kelakar nye lahai sape pnye news ni woiiiii... Tahap PMR nye info ko.....
Quote IzzahF 26-1-2023 07:15 PM
Dulu pun ada kejap katanya dia berhijrah kan
Tup2 menyewel plk
Toksahlah kita puji awal2
Tggu barang sebulan 2
Quote Perawankota 27-1-2023 12:11 AM
Ari tu jumpa dia kat movie Eva punya Gala OK jer dia.. Nampak sihat je  
Quote hzln 27-1-2023 12:30 AM
opie5662 replied at 26-1-2023 07:07 PM
Mata manusia ni mcm penting sgt utk dilayan jadi vvip ni kan... Mcm kalau dh jadi vvip ni nnt dpt sh ...

Pengkagum retis dpt layanan vvip seolah kompom syurga ni mesti spesis yg sama yg memuja mamat morocco ntahsapa2 hingga sanggup kopekkan kulit udang
Quote -Suri- 27-1-2023 12:35 AM
Hm entahlah. Moga berkekalan
Quote rogayahtop 27-1-2023 03:00 AM
retis nok, berpuluh tahun berjimba, malam mimpi jumpa ereb berjubah, esok pakai niqab.
Quote rosedemon 27-1-2023 08:51 AM
apa2lah nyahh

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.313630 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top