CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Dilema Nak Kahwin Awek Tak Reti Menabung, Kerja Dah 4 Bulan Baru Ada Bawah RM1,000

25-1-2023 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5261| Komen: 143

Description: Tular perkongsian seorang lelaki yang meluahkan rasa kurang senang dengan sikap teman wanitanya.Menurut pemuda berkenaan, dia dan kekasihnya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun had ...
Tular perkongsian seorang lelaki yang meluahkan rasa kurang senang dengan sikap teman wanitanya.

Menurut pemuda berkenaan, dia dan kekasihnya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan namun dakwanya, wanita itu seperti langsung tidak menunjukkan 'effort' menyimpan wang sebagai persediaan menuju hari bahagia mereka.


"Saya lelaki berumur 26 tahun dan berhasrat nak kahwin tahun depan. Saya dah menyimpan wang melebihi RM20,000 dan pasangan saya baru berumur 23 tahun, baru mula kerja dalam empat bulan.


Gambar hiasan - Majalah Labur

"Dia belum mula menyimpan dan duit nak kahwin baru ada bawah RM1,000 saja," kongsinya.

Pemuda tersebut malah membuat perbandingan di antara dirinya dengan bakal isteri berhubung pengurusan kewangan, di mana dia lebih mempunyai kesedaran mengenai kepentingan wang simpanan dan berfikiran jauh ke hadapan.


Lelaki itu kini dalam dilema untuk meneruskan rancangan berumah tangga dengan pasangannya.

"Saya masa bergelar pelajar dulu pun banyak simpan dan tak banyak buang duit. Saya dulu mula bekerja pun pertengahan 24 tahun dan achieve simpan.

"Dekat sini saya tak berapa nampak effort dari pasangan saya.

"Saya dah nasihat dia supaya kurangkan perbelanjaan yang kehendak dan beli yang perlu sahaja. Tapi masih dia tak dapat buat savings banyak," luahnya lagi.



Tambah pemuda berkenaan, disebabkan memikirkan perkara tersebut, dia dalam dilema sama ada perlu menangguhkan dahulu perkahwinan atau meneruskan rancangan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

"Saya tak nak habiskan semua duit sebab nak bahagi untuk kecemasan, simpanan dan persediaan untuk kehidupan selepas kahwin. Saya masih tertanya, patut tangguh dulu atau teruskan," kongsinya.

Luahan tersebut dihantar dalam satu kiriman mesej menerusi Direct Message (DM) yang kemudian dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding bagi bertanyakan pendapat warga maya.



Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat pemuda tersebut sewajarnya memberi masa kepada bakal isterinya memandangkan wanita tersebut masih muda dan baru melangkah ke alam pekerjaan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 25-1-2023 12:17 PM
Putus je lah..tak sekufu tu..
Quote Mulotkoyak 25-1-2023 12:18 PM
Dik pompuan jenis kepala otak cmni kalo ko nak tau mmg sejenis suke perabis dan pemboros. Ak agak pompuan ni pk kalo nk kawen sume lelaki yg cari. Bukan pompuan. Mmg ramai pompuan jenis cmni tewas dlm bab menyimpan. Dorg ni segala maknika nk membeli. Termasuklah tudung baru, baju baru sume nk kaler yg lain2. Makan seperti xprnh mkn. Sume benda teringin and kempunan. Lelaki ni kempunan cmne or lapar cmne pun bole tahan. Xikut sgt. Pompuan ni kalo xdpt ape yg die nk mkn abis die sebut and ungkit. Thats why tuhan jd kan pompuan ni otak separuh bernyawa separuh lg tenggelam dlm lautan mindanao. Xcy tny dorg btol x?
Quote asamfish 25-1-2023 12:25 PM
laaaaa....apa susah....toksah la kawen....cari la pompuan lain or maybe this is they way tuhan nak bagi sign suruh nkau toksah kawen lagi....umur 26 tu pun muda lg
Quote krustykrab 25-1-2023 12:33 PM
Mulotkoyak replied at 25-1-2023 12:18 PM
Dik pompuan jenis kepala otak cmni kalo ko nak tau mmg sejenis suke perabis dan pemboros. Ak agak po ...

Objection!

Iols pon pompuan & bukan sejenis yg pemboros, pemalas & pengotor ya.
Tak patut kot nk kata otak pompuan ni separuh sana separuh sini. Kalau betul la otak lelaki ni elok, brilliant, bijak etc, idak ler majority penagih dadah, perogol,mat rempit.

Dlm kes mamat ni, mereka tak sekufu. Tu je.
Quote swork9761 25-1-2023 12:35 PM
Granite is Formed from molten magma, granite is durable and tough. Granite kitchen worktops Londonhave many colors available in granite to match with the theme colors for your kitchen as well as the washroom. Have a look at the availability of products on our website.


Quote Mulotkoyak 25-1-2023 12:38 PM
Hahaha….. kak sy nk gelak baca komen akak ni. Walau apepun sy nk lawan jugak. Pompuan ni cpt melenting. Benda xbtol jd btol. Sbb tu pompuan xde yg lahir genius. Ramai yg pandai je tp x genius. Segala bab sume nk menang la. Walaupun slh. Done claim.
Quote myakayina 25-1-2023 12:40 PM
carilah pasangan yg jenis kaki menyimpan gak..awek tu baru nak mula hidup baru start keja, klu sabar tunggu, tak sabar boleh cari lain..
Quote Nnasda53 25-1-2023 12:45 PM
Satu je iols nak pesan tak semua perempuan suka share berapa simpanan pada lelaki
Ada masa mmg kena guna tipu sunat dik.
Kalau rasa tak ok cari je la org lain Dik oii.
Bunga bukan sekuntum.
Quote hasniey 25-1-2023 12:45 PM
Tp bru keje 4bulan...ko dah keje berapa lama?tgok jugak la gaji tunang tu berapa
Kalau xcukup postpone je la,apa susah
Kalau mmg dia xnak menyimpan bg je kata dua.
Simpan or putus
Quote nolya 25-1-2023 12:52 PM
Apalah yg nak diharapkan wanita berumur 23thn. baru merasa pegang duit, masih muda, masih rasa nak cukup2 mencantikkan diri, mungkin dgn sikap borosnya, dn dgn harga barangan yg tak murah, manalah dia nak menabung cik abang ooi. Awak ta bolehlah nak membanding2kan sikap awak dgn sikap awek awak tu. awak jenis yg menabung, sedangkan dia jenis perabih.

Sekiranya awak was2 nak memperisterikan dia, bunga tu tak sekuntum ok. Belum lagi jadi isteri, awak dah komplen.  Esok2 nnti dok mengungkit2 pulak. Percayalah, nnti akan sering bertengkar kerana masalah kewangan. Lainlah jika dia boros kerana merasa membeli dgn duit dia sendiri. Lantak dia lah... tapi awak boleh pelan2 asuh dia untuk berjimat lebih2 lagi bila ada anak.
Quote blue_blur 25-1-2023 12:56 PM
tapi cara sembang dorang ni, dua2 starting kerja lepas grad 3500-4k je.
kalau ye, pelik la juga dengan tak ada komitmen kereta lagi.

rasanya dia lebih terasa sebab gf dia takda effort nak kawen, laki tu je beria saving.
so, angkat kaki sebelah cari lah yang setara. kau pun nampak jenis bukan poligami, maka baik pilih betul2.
Quote she 25-1-2023 12:57 PM
Kena ambil kira juga latar belakang awek tersebut
Mungkin parents dia jenis susah
Lagipun dia baru mula kerja

Lainlah dia anak ongkaya
Tapi saving apa pun takde
Itu red flag jenis kaki joli

Anak dara macik pun sama lah
Kereta duit kerja semua dah ada
Tapi duit habis kat shopping semedang

Kalau kawen pun
Dia tak susahkan somi nanti
Semua dah ada
Somi bagi makan aje
Quote naina 25-1-2023 01:07 PM
4 bulan keje dah saving rm1k oklah tu. Umur baru 23 tahun of cozlah banyak benda baru dia nak cuba..kasi enjoy la dulu. Eh lelaki cmni jenis kedekut dan berkira. Dia tak perlu tau kot simpanan berapa bakal isteri ada. Sebab akhirnya dia yang menanggung segala2nya nafkah.
Quote Buritan 25-1-2023 01:12 PM
Mulotkoyak replied at 25-1-2023 12:18 PM
Dik pompuan jenis kepala otak cmni kalo ko nak tau mmg sejenis suke perabis dan pemboros. Ak agak po ...

Hahaha kijam gilaa.. ade betul ade salah..
Quote mejaputih 25-1-2023 01:19 PM
bukan ke jodoh utk melengkapkan each other? sorg penjimat tk sopping, sorg lg kaki sopping...
susah2 sgt clash je...daripada mengungkit kemudian hari.
Quote rosa_canina 25-1-2023 01:22 PM
makna kata nti dh kawin hrpkan byr duit rumah/kete/etc 50-50 la ni
mmg takberapa ready nk kawin la kot..
apa kata pospone 3/4 thn lg.. biar stabil dlu br kwin dikk
Quote ambipur 25-1-2023 01:23 PM
Yg sbnrnya ko tu yg xsesuai dibuat laki.laki kedekut.
Quote FlexyFox 25-1-2023 01:26 PM
Sebelum ni ada benang perceraian sebab masalah kewangan, yg ni baru plan nak  kawin dah ada masalah kewangan. He he he...   Muda lagi bebudak ni...
Quote midori888 25-1-2023 01:27 PM
Kwn adik meols plan nak kawen, dia minta gf sama2 simpan duit. Dia simpan 20k, gf pun simpan 20k jugak. Dia bukan nak pakai duit gf tu, tapi nak gf tahu yg bukan senang nak simpan duit 20k esp dgn gaji fresh grad.

Lihat semua komen(143)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

9-2-2023 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.091795 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top