CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Sertai Protes Hilang 'Telur' Dipukul Polis Di Celah Kelangkang

24-1-2023 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 824| Komen: 1

Description: Doktor-doktor terpaksa membuang buah zakar seorang lelaki selepas dia dipukul pada pangkal paha oleh polis semasa menyertai demonstrasi di Paris minggu lalu, lapor akhbar The Guardian semalam.Imej dan ...
Doktor-doktor terpaksa membuang buah zakar seorang lelaki selepas dia dipukul pada pangkal paha oleh polis semasa menyertai demonstrasi di Paris minggu lalu, lapor akhbar The Guardian semalam. 


Imej dan rakaman kejadian yang tular itu memaparkan anggota polis memukul seorang lelaki yang terjatuh di atas jalan pada bahagian kelangkang mangsa sebelum beredar.


Seorang lelaki hilang buah zakar selepas bertempur dengan polis dalam protes di Paris bagi menentang peningkatan umur persaraan. - Christophe Petit-Tesson/EPA

Insiden berlaku semasa rusuhan yang mencemari protes aman membabitkan puluhan ribu orang kerana membantah rancangan kerajaan menaikkan had umur persaraan. Sekitar satu juta orang berarak di bandar-bandar di seluruh Perancis Khamis lalu.

Mangsa berusia 26 tahun yang dikenal pasti oleh akhbar Perancis sebagai seorang jurutera berkata, dia dipukul oleh seorang anggota polis ketika merakam gambar konfrontasi antara penunjuk perasaan dan polis.


Seorang lagi anggota polis menyerbu ke arahnya dan memukul pangkal paha mangsa.

Peguam mangsa, Lucie Simon berkata, dia memfailkan aduan bagi pihak anak guamnya kerana ‘keganasan sukarela dan membawa kepada kecacatan yang dilakukan oleh seorang penjawat awam’.

“Ia adalah pukulan kuat sehingga buah zakar mangsa terpaksa dipotong,” kata Simon sambil menambah, jurutera itu masih menjalani rawatan di hospital.

Ketua Polis Paris, Laurent Nunez mengarahkan kejadian itu disiasat selepas  kemarahan orang ramai semakin meningkat kerana kekerasan berlebihan oleh pihak polis.

Lelaki itu memberitahu akhbar Liberation bahawa dia akan mengemukakan saman berhubung kes tersebut. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 24-1-2023 07:26 PM
Ingatkan kt sini...... protes tulur xde

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:46 PM GMT+8 , Processed in 0.042986 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top