CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasib Baik Tanya Netizen Dulu, Kalau Tak Dah 'KO' Makan Sotong Berbahaya

24-1-2023 06:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1756| Komen: 7

Description: Sejenis sotong berbahaya ditemui dalam hidangan dinikmati seorang lelaki di sebuah restoran di China.Namun, dia terselamat daripada malapetaka lebih besar apabila memilih untuk menyiarkan gambar itu d ...
Sejenis sotong berbahaya ditemui dalam hidangan dinikmati seorang lelaki di sebuah restoran di China.

Namun, dia terselamat daripada malapetaka lebih besar apabila memilih untuk menyiarkan gambar itu dalam talian sebelum menjamahnya dan bertanyakan maklumat tentang makanan laut berkenaan.



Dia terselamat daripada malapetaka lebih besar apabila memilih untuk menyiarkan gambar itu dalam talian sebelum menjamahnya. - weibo

Foto itu menunjukkan beberapa ekor sotong kecil yang dihidangkan dalam bakul dipenuhi ais.

“Bolehkah saya memakannya? Saya menunggu jawapan anda. Agak cemas,” itu kapsyen lelaki tersebut pada gambar di akaun Weibonya.

Gambar itu mendapat perhatian blogger sains, Bo Wu Za Zhi.

“Ia adalah sotong leopard-striped atau blue-ringed. Kadar toksiknya sangat tinggi dan tidak akan dineutralkan apabila dipanaskan.


"Bukan perkara pelik, malah pernah berlaku, sotong jenis ini secara tidak sengaja bercampur dengan sotong biasa yang dijual di pasaran, walaupun kemungkinan ia berlaku sangat rendah," katanya.

Selepas melihat jawapan penulis blog itu, beberapa pengguna Weibo menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan lelaki tersebut.

Nasib lelaki itu baik kerana sempat membaca penerangan tersebut dan sotong itu dipulangkan ke dapur restoran.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 24-1-2023 07:12 PM
Antara haiwan laut yg paling berbisa..
Quote gekkou 24-1-2023 08:13 PM
slumber je jual haiwan berbisa gtu
ke restoren pun tak kenal mana satu boleh makan, mana satu membawa maut?
Quote ultra78 24-1-2023 08:15 PM
Maklumlah China mainland ni semua benda dia makan...
Quote matamata 24-1-2023 08:23 PM
Baru aku tau... Pada aku segala jenis sotong blh makan....
Quote kakikuDibibirmu 24-1-2023 08:33 PM
ultra78 replied at 24-1-2023 08:15 PM
Maklumlah China mainland ni semua benda dia makan...

India sembah semua binatang, China makan semua binatang
Quote Simunggu 25-1-2023 09:09 AM
mcm mana rupa sotong berbisa ni? mcm sajad?
Quote gideoncross 25-1-2023 10:16 AM
ultra78 replied at 24-1-2023 08:15 PM
Maklumlah China mainland ni semua benda dia makan...

Bru je iol nak mngatakan komen yg sma haha.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.061517 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top