CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MCA Seru Rakyat Malaysia Di AA Lebih Berhati-hati Berikutan Insiden Tembak Di California

24-1-2023 06:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3435| Komen: 61

Description: MCA melahirkan bersimpati kepada mangsa dan keluarga mangsa insiden tembakan di selatan California yang meragut 11 nyawa serta mengutuk keras insiden yang menimbulkan isu keselamatan Amerika Syarikat ...
MCA melahirkan bersimpati kepada mangsa dan keluarga mangsa insiden tembakan di selatan California yang meragut 11 nyawa serta mengutuk keras insiden yang menimbulkan isu keselamatan Amerika Syarikat (AS).


Menurut Timbalan Pengerusi Biro Komunikasi & Diplomasi Antarabangsa MCA, Neow Choo Seong, ia semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.


Neow Choo Seong. Foto MOHD ADZLAN, 06 NOVEMBER 2022.

“MCA menyeru agar semua rakyat Malaysia yang menetap atau berada di AS khususnya mereka yang berada di sekitar Monterey Park dan bandar berdekatan agar lebih berhati-hati dan segera menghubungi pejabat perwakilan Malaysia yang berdekatan sekiranya ada keperluan.

“Terdapat sekurang-kurangnya 36 kes tembakan besar-besaran telah dilaporkan berlaku di seluruh Amerika Syarikat setakat bulan ini.

“Kita juga sedia maklum bahawa Kerajaan AS ketika ini sedang berusaha serta masih berhadapan dengan sentimen Anti-Asia dan jenayah kebencian terhadap penduduk berketurunan Asia di negara itu.


“MCA berharap agar pihak Kedutaan Besar Malaysia di Washington D.C. dan pejabat Konsulat Jeneral di Los Angeles dan New York akan terus memantau keadaan keselamatan di AS dari semasa ke semasa, serta memberikan khidmat nasihat atau bantuan yang diperlukan kepada rakyat kita di sana,” katanya.


CBC

Insiden tembakan itu berlaku di kelab tarian di bandar Monterey Park, California, dekat Los Angeles pada Sabtu.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti motif di sebalik kejadian itu ketika ini. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ilacantik 24-1-2023 06:48 PM
Alah, tak bolehlah kakpam nak parade betik tua sheols.
Quote Buritan 24-1-2023 06:55 PM
Nasib laa aku nak duk mesia jee.. mesia tetap dihatiku wpun org kata senduuu
Quote sharlenetexas 24-1-2023 06:55 PM
Sekali pandang neow mcm bamtah.


Quote gekkou 24-1-2023 08:15 PM
aku baca tajuk
MCA Seru Rakyat Malaysia Di AA Lebih Berhati-hati Berikutan Insiden Tembak Di California

AA tu stands for apakah?
ke typo utk AS?aku baca as airasia tadi
Quote ipanimanz1 24-1-2023 08:18 PM
anti asia mrujuk kpd chinese atau smua yg bangsa dr asia?
Quote matamata 24-1-2023 08:21 PM
Mostly yg muka iras2 cina.. Termasuk korea jepun dan Indo-China mudah jadi target
Quote slyfynx 24-1-2023 08:24 PM
AA ialah apekah
Air Asia?
Asian American?
Azwan Ali?
Quote kakikuDibibirmu 24-1-2023 08:31 PM
Diva AA tersenyum sinis
Quote nazurah 24-1-2023 08:37 PM
Nasib la Melayu kat US tu ala2 Mexican sikit… tp yg menembak tu pun cainis jua. Dijumpai mati kat Torrance. Torrance tu pun major asian community kat situ. Mana ntah matsaleh lesap
Quote ladybugz 24-1-2023 08:40 PM
itulah asian definition kat us tu chinese aja bg diorg. x semua tp ramai la mcm tu.
Quote asamfish 24-1-2023 08:52 PM
Kes kat Monterey tu bukan anti-Asian kan....sbb yang menembak tu pun org Viet jgk.
Quote rogayahtop 24-1-2023 09:04 PM
dah lama dah sentimen anti asians ni kalau kat us tahun 90an dah ada riot. tp skrg ni kat oz pun sama je naik.  tp bak kata org kat twitter tu kulit  south east asians ni org tak anggap asians .
Quote Kitty_catz 24-1-2023 09:10 PM
slyfynx replied at 24-1-2023 08:24 PM
AA ialah apekah
Air Asia?
Asian American?

membaca amalan moliaaaaaaaaaaaa

“Kita juga sedia maklum bahawa Kerajaan AS ketika ini sedang berusaha serta masih berhadapan dengan sentimen Anti-Asia dan jenayah kebencian terhadap penduduk berketurunan Asia di negara itu.


Quote Kitty_catz 24-1-2023 09:11 PM
gekkou replied at 24-1-2023 08:15 PM
aku baca tajuk

AA tu stands for apakah?

anti asian le

harap poremer2 cari kat murika saner mcm dwdrum sama sis darsita dah lelain dalam keadaan selamat hendaknyierrr
Quote gekkou 24-1-2023 09:16 PM
Kitty_catz replied at 24-1-2023 09:10 PM
membaca amalan moliaaaaaaaaaaaa

tajuk u
kalau baca tajuk u letak DI Anti-Asia kan tak kena maksud dalam ayat tu

membaca memang amalan mulia
Quote Kitty_catz 24-1-2023 09:19 PM
gekkou replied at 24-1-2023 09:16 PM
tajuk u
kalau baca tajuk u letak DI Anti-Asia kan tak kena maksud dalam ayat tu

tu tag la si TT

species malas nak  type
Quote gekkou 24-1-2023 09:25 PM
Kitty_catz replied at 24-1-2023 09:19 PM
tu tag la si TT

species malas nak  type

aku reply
on your reply on my post
terima kasih kerana reply anyway
Quote jiwasemangat 24-1-2023 09:49 PM
Kenapa abam MCA dlm gambar kat atas tuu.. tak putih. Melaya kaa.. Cina? sama kaler saja.
Quote sharlenetexas 24-1-2023 09:53 PM
rogayahtop replied at 24-1-2023 09:04 PM
dah lama dah sentimen anti asians ni kalau kat us tahun 90an dah ada riot. tp skrg ni kat oz pun sam ...

Tahun 90an korean jadi target kena serang kat la.

Semoga kakpam cali gal selamat ka el eh sana.


Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061925 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top