CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Buat Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Dr Soo Wincci Masak Piza Petai

24-1-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1108| Komen: 3

Description: Mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina buat pertama kali, juadah piza petai menjadi pilihan pelakon, penyanyi dan pensyarah, Dr Soo Wincci, 38, yang dihidangkan buat tetamu yang berkunjung ke kedi ...
Mengadakan rumah terbuka Tahun Baharu Cina buat pertama kali, juadah piza petai menjadi pilihan pelakon, penyanyi dan pensyarah, Dr Soo Wincci, 38, yang dihidangkan buat tetamu yang berkunjung ke kediamannya.


Wincci berkata, dia mengadakan sesi rumah terbuka itu selama seminggu dan memasak sendiri juadah buat mereka yang berkunjung.


IG

"Lega akhirnya dapat buat rumah terbuka selepas sekian lama berhajat untuk berbuat demikian. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya sibuk di luar negara dan kemudian disusuli pandemik Covid-19 pula.

"Saya sempat menjejak kasih dengan anggota kelab peminat saya, Winccist yang sudah lebih tujuh tahun tak berjumpa. Ia termasuk pelajar-pelajar saya serta rakan terdekat di mana setiap sesi dibuat begitu intim sekitar 15 orang saja.

"Saya masak sendiri dan sediakan juadah termasuk piza petai, yeesang buah-buahan, sup abalon cendawan dan macam-macam resipi hasil ciptaan sendiri," katanya.


Menurut Wincci, dia sempat pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak untuk meraikan sambutan kali ini bersama keluarga. Kebetulan dia turut mendapat undangan persembahan di sana.

"Sempat luangkan masa bersama keluarga di Ipoh tapi perlu ulang-alik ke Kuala Lumpur. Ini kerana banyak sangat komitmen yang perlu saya penuhi termasuk jemputan rancangan TV selain kerja-kerja sebagai pensyarah.

"Saya harap tahun ini adalah tahun penuh tuah untuk kembali membina kerjaya serta nama kukuh dalam setiap bidang saya ceburi. Ini kerana sudah beberapa tahun berada dalam fasa yang agak menyulitkan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 24-1-2023 05:46 PM
mana pizza dan petai nya
Quote PanadolExtend 24-1-2023 11:31 PM
Teropong jugak meja nya. Tak jumpa pun pizza petai. Lidi satay adalah
Quote Abc246 25-1-2023 09:18 PM
Beauty with brain, and skills

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.044088 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top