CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

'Penolong Pengarah Dah Cakap Motosikal Itu Dah Nak Rosak, Saya Yang Degil' - Noorkhiriah

24-1-2023 03:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 945| Komen: 6

Description: Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, meletakkan kesalahan ke atas dirinya sendiri kerana bersikap degil sehingga terbabit dalam kemalangan motosikal di lokasi penggambaran drama Boskid, semalam.Noor ...
Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, meletakkan kesalahan ke atas dirinya sendiri kerana bersikap degil sehingga terbabit dalam kemalangan motosikal di lokasi penggambaran drama Boskid, semalam.


Noorkhiriah yang membintangi drama itu berkata, memang ada babak memerlukan dia menunggang motosikal dan ia tidak menjadi masalah kerana dia sudah biasa melakukannya, malah pernah beraksi menunggang motosikal dalam drama Bedah Tong Gas sebelum ini.

"Apa yang berlaku itu (kemalangan) bukan kesilapan pihak produksi, tetapi atas diri saya sendiri kerana bersikap degil tetap nak menunggang motosikal itu walaupun sudah berkali-kali penolong pengarah mengingatkan yang motosikal itu dah nak rosak.


'Penolong Pengarah Dah Cakap Motosikal Itu Dah Nak Rosak, Saya Yang Degil' - Noorkhiriah


"Ia adalah motosikal 'props' milik produksi yang digunakan untuk babak kemalangan dan betullah kata penolong pengarah yang motosikal itu ada masalah. Tetapi, saya yang tetap berkeras juga nak menunggangnya kerana terlalu yakin pada diri sendiri," katanya kepada Harian Metro.


Terdahulu, Noorkhiriah memuat naik video kemalangan itu di Instagram. Ia memaparkan Noorkhiriah gagal mengawal motosikal yang ditunggang sebelum merempuh sebuah kereta yang diparkir berhampiran.

Noorkhiriah berkata, apa yang dilalui itu juga disifatkan sebagai penunjuk daripada Allah buatnya di atas kedegilan diri sendiri.

Katanya, dia bersyukur kerana masih diberikan nyawa oleh Allah dan mengalami cedera ringan saja di tangan kanan.



"Alhamdulilah, keputusan pemeriksaan X-ray, saya tiada kecederaan dalaman dialami selain tisu koyak dan lutut lebam. Cuma hari ini, baru mula nak rasa lenguh-lenguh badan. Doktor juga memaklumkan kecederaan ini akan pulih dalam masa dua minggu.

"Saya akan ke lokasi penggambaran esok kerana tidak mahu pentingkan diri sekali gus mengganggu kerja-kerja orang lain dan pihak produksi. Alhamdulillah, saya bekerjasama dengan pihak produksi yang baik dan begitu mengambil berat kebajikan semua orang.

"Apa yang berlaku kepada saya adalah suratan takdir yang nak terjadi. Bukan salah orang lain, tapi atas diri saya sendiri. Apapun, terima kasih juga kepada semua rakyat Malaysia yang ramai mendoakan saya. Semoga doa-doa baik yang dititipkan itu berbalik semula pada kalian semua.

"Saya memang tak sangka begitu ramai rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib saya selepas kemalangan itu semalam. Alhamdulillah, saya baik-baik saja setakat ini dan tiada apa yang perlu dibimbangkan," katanya.




Mengulas mengenai kereta yang dilanggarnya di tepi jalan, Noorkhiriah berkata, ia milik penduduk di kawasan perumahan berkenaan.

Katanya, dia juga memohon maaf kepada pemilik kereta itu dan bersyukur ia sudah diselesaikan oleh pihak produksi dengan baik.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote margo20 24-1-2023 03:53 PM
Kete sape dia langgar tu
Quote asfaz 24-1-2023 04:35 PM
Ooo..dah tau la motor tu problem. Nanti jangan lupa ganti kerosakkan kereta yg kena langgr tu. Tak kisah la sape punya .
Gws
Quote PanadolExtend 24-1-2023 05:11 PM
margo20: Kete sape dia langgar tu

Naya tuan keter
Quote LadyCarefree 24-1-2023 05:14 PM
asfaz replied at 24-1-2023 03:35 PM
Ooo..dah tau la motor tu problem. Nanti jangan lupa ganti kerosakkan kereta yg kena langgr tu. Tak k ...

Walau  kereta ada insurans tp xpasal2 cacat kena repair. Kalau benar2 accident tak apa tp ni sebab lalai yg dipilih.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

6-2-2023 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.082578 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top