CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Kapten Perak FA Sah Bergelar Suami Annie Mosha

24-1-2023 12:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6989| Komen: 44

Description: Bekas kapten Perak FA, Nasir Basharudin kini sah bergelar suami kepada seorang artis tempatan, Annie Mosha dalam sebuah majlis yang diadakan semalam.Nasir yang juga adalah bekas pemain Harimau Malaya ...
Bekas kapten Perak FA, Nasir Basharudin kini sah bergelar suami kepada seorang artis tempatan, Annie Mosha dalam sebuah majlis yang diadakan semalam.

Nasir yang juga adalah bekas pemain Harimau Malaya berkongsi saat bahagianya bersama isteri tersayang dalam satu hantaran di laman instagramnya.



IG

"Alhamdulillah setelah disahkan oleh diri sendiri, saya sah menjadi suami kepada @annie_mosha.

"Semoga masjid yang kita bina berkekalan hingga ke syurga dan sentiasa di bawah lindungannya," tulisnya.

Untuk rekod, Nasir adalah individu yang bertanggungjawab memimpin pasukan The Bos Gaurus (TBG) pada 2018 sehingga ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 seterusnya menjulang trofi berkenaan.



Bagaimanapun selepas hampir 10 tahun menyumbang bakti kepada Perak, Nasir mengambil keputusan berhijrah ke Terengganu pada musim 2020 susulan masalah kewangan yang dihadapi Perak FA sehingga mereka dikenakan denda, termasuk pemotongan mata dan sekatan perpindahan.

Musim lalu, pemain berusia 32 tahun itu diikat oleh Petaling Jaya (PJ) City FC, namun gagal untuk memberi sebarang impak selepas dilanda kecederaan.



Ketika bersama PJ City, Nasir hanya diturunkan dalam enam aksi Liga Super dengan satu bantuan gol ketika berdepan Sabah FC pada Mac 2022 menjadi sumbangannya di hadapan pintu gol lawan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 24-1-2023 12:39 PM
tahniah... tapi who are yusssss tahap petala langit hingga kucing tepi jalan pun hakak kenai lagi dari heshe nih...
Quote inspektoremos21 24-1-2023 01:01 PM
Kenapa dua2 iols tak kenal ni haha
Quote doubleA 24-1-2023 01:15 PM
Whoareyussss
Quote AyeL87 24-1-2023 01:56 PM
artis tempatan???????
Quote prizadane 24-1-2023 02:07 PM
Nasir ni aku kenal lah. Tapi wife dia yg retis tu, serious langsung tak kenal. Artikel ni macam
over lak sebab memang la dia ni captain Perak in 2018. Tapi final Piala Malaysia dia tak main, tak ingat sebab injured ke kena card. Yang captain masa final, Shahrul Saad.

Okay tahniah cer… untung lah dapat wife retis sejuk beku
Quote alieyrina 24-1-2023 02:17 PM
Sapo pulak nii
Quote cap_ayam 24-1-2023 02:29 PM
Tahniah walaupun tidak kukenali mereka ini. Anyway lawa gambar.. semoga bahagia kekal ke jannah
Quote slyfynx 24-1-2023 03:00 PM
Sapekah Annie Mosha inneh?
Quote bungarose 24-1-2023 03:01 PM
Tahniah dengan ucapan whoayuss
Quote menjad 24-1-2023 03:03 PM
Pes time dengar mama bini.
Quote haruslah 24-1-2023 03:13 PM
Kenal nasir, bini nya x kenal lgsg
Nama pun 1st time dgr
Quote margo20 24-1-2023 03:14 PM
Dr tepi nmpk mcm nasir bilal khan
Quote Temenung 24-1-2023 03:34 PM
Si laki aku x kenal.pompuan tu biasa tgk kt drama sheila jinggo.

Dulu cite janna nick jd askar yg pompuan tu jd besfren janna.drama tu je aku ingt
Quote Incanto 24-1-2023 04:02 PM
yg ni kalau cakap "saya tak tahu yg bini saya artis masa kenal dia" aku percaya

sbb semua orang pun tak kenal
Quote blue^panther 24-1-2023 04:16 PM
Tahniaj to both of you, walaupon whoareyou sangat kan......dua2 meols tak kenal....
Quote cheezel 24-1-2023 05:04 PM
Pmpn ni selalu dapat watak ekstra. Watak jahat selalu jeles dgn heroin.. Cantik gak
Quote ghalibboy 24-1-2023 05:13 PM
Tak kenal dua2
Quote selipar_hijau 24-1-2023 05:49 PM
Sape ni weii ade gambo lain tak selain gambo semasa jadi pengantin?
Quote olezzeli17 24-1-2023 06:09 PM
Walaupun saya tak kenal kedua2nya tapi saya tetap nk ucapkan selamat pengantin baru, semoga bahagia hingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.259555 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top