CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Pembantu Peribadi Kasihankan Mak Wan Tak Mampu Beli Ubat, Tarik Semula Kes Kena Ludah

23-1-2023 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2461| Komen: 13

Description: Bekas pembantu peribadi kepada pelakon Mak Wan Latah iaitu Nurul Amalina Mohamad Kamal terbuka hati untuk menarik balik kes saman terhadap aktres tersebut selepas mendengar khabar kesusahan hidup dila ...
Bekas pembantu peribadi kepada pelakon Mak Wan Latah iaitu Nurul Amalina Mohamad Kamal terbuka hati untuk menarik balik kes saman terhadap aktres tersebut selepas mendengar khabar kesusahan hidup dilaluinya ketika ini.


Amalina atau Amell, 29, memberitahu dia tidak mahu lagi kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret Taiping, Perak tersebut berlarutan selain enggan melihat Mak Wan terus menanggung derita susulan kes mahkamah yang sedang berjalan.


mStar

“Saya buat dakwaan sebelum ini sebab ia melibatkan maruah kerana dituduh mengambil duitnya dan dia pernah meludah saya.

“Apabila dapat tahu kisah dia hidup susah daripada artikel mStar, saya rasa kasihan. Tak elok untuk saya lanjutkan kes ini dalam keadaan dia sebegitu.

“Jadi saya akan minta pihak peguam untuk tarik semula kes tersebut dan cukuplah sampai di sini,” katanya kepada mStar.


Amell dalam masa sama juga terkejut mendengar khabar Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 62, tidak mempunyai wang cukup bagi mendapatkan bekalan ubat penyakit darah tinggi dan diabetis dihidapinya.

Dalam masa sama, Amell juga berusaha untuk menghubungi pelakon itu dan berharap hubungan mereka kembali pulih.

“Saya sebak dan terkejut apabila dapat tahu dia tiada duit sehingga nak beli ubat pun tak mampu. Sedangkan semasa saya menjaganya, bekalan ubat tak pernah putus.

“Sebagai orang yang pernah duduk bersamanya sebelum ini, pasti akan timbul rasa kasihan setelah dapat tahu keadaan begitu,” ujarnya.

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Mak Wan menyifatkan tahun 2022 lalu meninggalkan kenangan buruk buatnya apabila terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk pernikahan kali ketiga yang hanya bertahan selama tiga bulan.


mStar

Pada Julai 2022, pelakon itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib meludah Amell namun Mak Wan mengaku tidak bersalah.

Kes antara Mak Wan dan Amell mula menjadi sebutan apabila hubungan mereka renggang dipercayai berpunca dari tuduhan bekas pembantu peribadinya itu mengambil wang hasil bekerja sebagai pelakon.

Amell sebelum itu juga pernah mendedahkan perbuatan Mak Wan yang didakwa terlibat dengan amalan syirik.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epuepy 23-1-2023 11:44 PM
Elokla korg bermaafan.
Quote Olumis 24-1-2023 01:15 AM
Karma kottt...
Quote watymuchaz 24-1-2023 04:07 AM
Tapi mak wan ni macam something wrong lah. Kalo g gomen pon baru berapa rm kena byar. Kos grab je kot mahal sikit. Daripada beli ubat kat farmasi or amik rawatan kat swasta lagi mahal.  Kalau sebatang kara mcm ni boleh kot mintak bantuan zakat atau baitulmal
Quote cikatilia 24-1-2023 06:25 AM
watymuchaz: Tapi mak wan ni macam somethin ...

Kan.. pi KK tu baru RM1 xkan la Rm1 pon xdak tu mmg level asnaf teruk sgt..
Tp byk aje kan job. Xkanla sbb level actress xle jejak tmpt marhaen....
Quote eyansss 24-1-2023 07:38 AM
terus minah ni jadi suci…. ekekeke…. tapi bagus la bermaafan…
Quote ReginaGeorge 24-1-2023 09:22 AM
Nanti dapat job, boleh la p kpj ye.. jgn g spital gomen. Buat sesak je. Yg p gomen ni semua org miskin. Mak wan tak boleh g sini, mak wan level artis. Artis pujaan syaiton..
Quote gideoncross 24-1-2023 10:04 AM
Xyah nak mngata sngt, nanti go back kat diri sndri plak.
Quote missbigrockstar 24-1-2023 10:14 AM
Buang yg keruh ambil yg jernih. Elok lah berdamai semula, lebih tenang emosi dua2
Quote ezacbee 24-1-2023 10:16 AM
cikatilia replied at 24-1-2023 06:25 AM
Kan.. pi KK tu baru RM1 xkan la Rm1 pon xdak tu mmg level asnaf teruk sgt..
Tp byk aje kan job. Xk ...

Level acik ni free je kat klinik gomen. Warga emas kan. Xpayah bayar pun.

Mungkin umah acik ni jauh dpd klinik gomen. So dia pegi klinik swasta yg berdekatan.

Quote PanadolExtend 24-1-2023 11:30 AM
watymuchaz: Tapi mak wan ni macam somethin ...

Iols cuba bersangka baik tapi iols rasa yang dia ni nak cari publisiti untuk job.. kalau betul2 sesak, boleh je pegi KK atau hospital naik public transport.. cuma penat dan jauh nak berjalan lah.. tapi selalunya orang terdesak apa pun sanggup..
Quote -Suri- 24-1-2023 12:01 PM
pegi KK je makwan, murah tapi menunggu lama sikit lah.
Quote doubleA 24-1-2023 12:04 PM
Drama, kot ye pun jangan la nampak anak2 mcm tak berguna langsung, bukan ko takda anak, peel lain macam kot
Quote dekmieDandy 25-1-2023 11:07 AM
umur dah 61, kalau pergi KK free je, singgit tu pun tak yah bayar

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050892 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top