CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Saya Tak Pernah Rangkul Anugerah, Jadi Tak Perlu Dengki' - Elly Mazlein

22-1-2023 08:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5392| Komen: 39

Description: Bagi pengacara dan pelakon popular, Elly Mazlein, seseorang artis tidak perlu menjadi toksik dengan menjatuhkan orang lain, sedangkan masing-masing berusaha untuk mencari rezeki.Jelas Elly yang mesra ...
Bagi pengacara dan pelakon popular, Elly Mazlein, seseorang artis tidak perlu menjadi toksik dengan menjatuhkan orang lain, sedangkan masing-masing berusaha untuk mencari rezeki. 

Jelas Elly yang mesra disapa Kak Lina, individu yang cemburu dengan kejayaan orang lain tidak sepatutnya memecah-belahkan kumpulan penyokong mana-mana artis dan berperangai seperti kebudak-budakkan. 



IG Elly

“Perangai sebegitu memang wujud dalam industri. Tetapi, tidak perlu kita jadi toksik. Jadi matang dan percaya kepada rezeki. Untuk meraih apa juga kejayaan, kita perlu tahu usaha dan pengorbanan seseorang. 

“Saya ini tidak hebat mana, malah tidak pernah rangkul apa-apa anugerah. Saya anggap diri masih hijau dan sentiasa dalam proses memperbaiki diri. Tidak perlu cemburu atau dengki dengan pencapaian saya. 

“Kenapa tidak kita saling menyokong? Ada juga yang suka menyindir dan berniat menjatuhkan. Tidak seronok begitu. Pendapat kalau disulam niat tidak baik, boleh jatuh  fitnah. Lagipun, industri seni kita kecil, lambat-laun akan bertemu juga,” katanya. 


Pernah berhadapan situasi itu, Kak Lina berkata, dia tidak pernah menganggap persaingan sebagai alasan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, apatah lagi menyebarkan keburukan orang lain. 

“Saya bekerja menghiburkan orang tanpa perlu menjatuhkan sesiapa. Saya mahu sesiapa yang bekerja dengan saya selesa dan mampu menyinar bersama-sama. Saya sudah kerja dengan ramai orang, Alhamdulillah, tiada masalah. 

“Mana-mana yang tidak suka atau kurang senang dengan saya, sudah-sudahlah. Rezeki Tuhan beri. Kita masing-masing ada pintu rezeki yang sudah tertulis,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TabletSusu 22-1-2023 11:40 PM
mesti dah byk kali smp ke telinga kepom org dok mengata2 dia. x pon org menyindir2 dia secara depan2. sabarlah ye kepom. sorg dua dengki, ramai lagi yang sokong kepom
Quote MeowPARSI 22-1-2023 11:53 PM
Org tu bekerja,, x kacau ko pun.. Dh knp nk kene kaco si kepom tu keghoje,, mcm anat je perangai
Quote de_ikea 22-1-2023 11:55 PM
All the best. Kepom mmg no syatu
Quote PanadolExtend 23-1-2023 12:06 AM
Kepom ni best kalau tak menggeletis sangat #donedengki
Quote ezacbee 23-1-2023 12:53 AM
Adat la dengki2 ni.. #dengkike

Quote September14 23-1-2023 08:10 AM
Dia ni klu zmn2 dulu dah leh menang bintg plg popular dah
Quote laksmanabentan 23-1-2023 09:13 AM
kenapa... kenapa.... job lebat sampai ada yang terasa ekkk...
nak buat camna kann.. itu semua kreativitas....
sapu jangan tak sapu...
Quote doubleA 23-1-2023 09:25 AM
Siapa yg dengki kan dia?
Quote Lailerthee 23-1-2023 10:22 AM
Tapi dia pny gedik i ols ok je. Hahaha
Quote imransulaiman 23-1-2023 10:24 AM
Ni mesti kes nak lagakan kak lina dengan jihan...hmmmmmm
Quote inspektoremos21 23-1-2023 03:06 PM
Jihan mesti mcm rengsa kan kalau kena berganding dgn lina kepom. Ye la. Jihan kan feeling urban perasan lawak dia classy banding kepom
Quote truesonic 23-1-2023 03:17 PM
inspektoremos21 replied at 23-1-2023 03:06 PM
Jihan mesti mcm rengsa kan kalau kena berganding dgn lina kepom. Ye la. Jihan kan feeling urban pera ...

Classy sbb circle semua dgn geng urban kan?
Cuba lagi J d
Quote LembingDayanti 23-1-2023 05:19 PM
Kepon paling no syatuuuuuuu i dun care!
Quote sofea86 23-1-2023 05:27 PM
I suke kak kepom no syatu..go girl
Quote jihyomelly 23-1-2023 06:43 PM
bagus kepom gini yg kita nak:.kepom tetap no syatuuuuu
Quote Burong_Hantuk 23-1-2023 07:38 PM
Quote ohsoyaya 23-1-2023 08:23 PM
inspektoremos21 replied at 23-1-2023 03:06 PM
Jihan mesti mcm rengsa kan kalau kena berganding dgn lina kepom. Ye la. Jihan kan feeling urban pera ...

She kan Jah Wannabe. Idolat dia kan. Tp i percaya je Jihan & Kepom blh sama2 berjaya. Cara mngacara berbeza. Kongsi rezeki sama2 la ye
Quote emma.giggs 23-1-2023 08:42 PM
Lailerthee replied at 23-1-2023 10:22 AM
Tapi dia pny gedik i ols ok je. Hahaha

Kan, sama mcm wan sharmila n reen rahim
Quote Sazreena 23-1-2023 10:42 PM
Dia ni keje elok je pun.. takde nak kacau org pun tetap ada yg mendengki.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.068658 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top