CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat Tawaran Syarikat Terkenal- Anna Jobling Jadi Penyanyi, Nak Rakam Lagu

20-1-2023 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1115| Komen: 5

Description: Anna Jobling nampaknya semakin menempa nama dalam industri seni tanah air apabila memaklumkan dia kini menerima tawaran dari syarikat terkenal untuk merakamkan lagu.
Anna Jobling nampaknya semakin menempa nama dalam industri seni tanah air apabila memaklumkan dia kini menerima tawaran dari syarikat terkenal untuk merakamkan lagu.

Anna atau nama penuhnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata, buat masa ini terdapat tiga syarikat rakaman yang tampil memberikan tawaran, namun perkara tersebut masih dalam proses perbincangan.


Bahkan, ia terlalu awal untuknya membuat keputusan.


Foto: IG

“Manager saya ada bagitahu, ada tiga syarikat rakaman yang agak besar namanya melamar saya untuk merakamkan lagu.

“Tapi semuanya masih dalam perbincangan pihak pengurusan saya. Lagipun kalau tanya pendapat saya, saya masih belum bersedia.

“Saya dapat tawaran menyanyi tapi masih terlalu awal untuk saya buat keputusan,” katanya.



Tidak menolak kemungkinan bakal terjun dalam bidang nyanyian, aktres yang popular menerusi drama rantaian Melur Untuk Firdaus ini bagaimanapun menyifatkan, keutamaan harus diberikan kepada bidang lakonan.

“Fokus saya memang untuk bidang lakonan tapi kalau sekadar suka-suka mungkin ada,” jelasnya.



Terdahulu, Meerqeen turut mencuri perhatian selepas video memaparkan dirinya berada di studio rakaman sambil menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Joe Flizzow dan Sona One berjudul  Satu Malam Di Temasek mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 20-1-2023 09:54 PM
Untungla.         
Quote DeLuna85 20-1-2023 10:02 PM
Pandai nyanyi ke. Kalau pakai auto tune juga tak payah la
Quote PocongTerbang 20-1-2023 10:21 PM
Kalau suara sedap apa salahnya.cuma lagu jgn la merepek mcm lagu hek eleh ke apa ntah yg viral kejap haritu
Quote wirazam 21-1-2023 08:11 PM
Umur muda lagi tapi wajah nampak mcm awal 30 dah
Quote blue_blur 21-1-2023 09:52 PM
pada pendapat den, untuk individu yang tiada apa2 selain bakat, memang perlukan syarikat rakaman untuk push dia ke depan, contoh terbaik, anak kampung, menang pertandingan, sign kontrak syarikat rakaman, then push kaw2 dengan segala network, then satu malaya dah kenal, cuma........bab royalti tu lah.

tapi, untuk individu yang ada manager dah market kan diri dia dalam segala jenis socmed, tak kisah la sebagai apa, asalkan satu malaya da kenal dia, tak perlukan syarikat rakaman pun, team up dengan penulis lirik dan musician ja, split up la % royalti tu ikut persetujuan masing2 tanpa tekanan syarikat rakaman.. downside nya, kena pulau dengan kartel industri seni tempatan lah... tapi tak apa, sebab single dia dah masuk ke platform global (ie. spotify, tidal, deezer, youtube music, apple music, amazon music, etc : tiap platform ni akan bagi royalti), manager dia cuma perlu pushkan another side dia sebagai singer..   ada rezki, mengena 100k atau 1M listener/played globally, boleh la collab dengan singer/composer luar negara sana pula, berdikari paving career path macam ni lebih exciting dan orang lebih respect.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.045511 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top