CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sedap Dapat Tengok Orang Tukar Baju, Kantoi Ada Kamera Tersorok Dalam Fitting Room Butik Pakaian Terkenal

11-1-2023 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5455| Komen: 11

Description: Kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka tersebar meluas sejak malam tadi.
Kecoh di media sosial apabila beberapa tangkap layar rakaman video di dalam bilik persalinan di sebuah butik pakaian terkemuka tersebar meluas sejak malam tadi.

Lebih teruk lagi, video-video rakaman tersebut difahamkan dijual kepada orang awam di sebuah aplikasi dan turut dipromosi secara meluas di akaun media sosial dikenali @Hiddencamxx.

Perkara tersebut dibongkarkan oleh seorang pengguna Twitter dikenali @meleisgw yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah butik di Kuala Lumpur.




“Salah seorang mangsa dalam video dah mesej saya. Dia mengesahkan kejadian berlaku di butik terkemuka di Kuala Lumpur pada Oktober tahun lepas.

“Dia ada membeli baju dan ada resit dan ada gambar beliau memakai baju sama dalam video tersebut.

“Tolong jangan jadikan isu apa orang buat dalam bilik persalinan itu, tetapi isu yang dibangkitkan sekarang kenapa ada kamera tersorok disitu dan sampai boleh dijual beli,” tulisnya dalam satu ciapan.

Di ruangan komen mendapati ramai pengguna menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat isu tersebut selain menyelar tindakan pihak yang meletakkan kamera berkenaan.



“Mangsa tolong pergi laporkan pada pihak berkuasa supaya orang yang letak kamera ini dikenakan tindakan sewajarnya. Rasa dah tak selamat dah lepas ini,” komen seorang netizen.

“Siapa punya kerjalah muat naik video ni masuk media sosial, dah takde kerja lain agaknya selain sebarkan aib orang. Tak tahu pulak fitting room sekarang dah ada kamera, bahaya juga,” ciap @atiqahsapphire. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 11-1-2023 11:51 AM
Mesti lah keje staff2 situ kan? Xkan keje cust pulak kan???
Quote prettyuglybabe 11-1-2023 12:02 PM
rempitnya dalam fitting room pun nak beromen..
Quote Perawankota 11-1-2023 02:00 PM
H&M avenue K? Aku pi 2minggu Lepas.. Nasib baik time tu x teringin nak guna fitting room.. Aishh...
Quote ladybugz 11-1-2023 03:01 PM
ya Allah, berapa kali tergerak hati nk ke H&M a week ago tp ada ja halangan. mujurla x ke sana.
Quote AKAZ85 12-1-2023 12:13 PM
Hornynye laa dekat fitting room pon nak memant*t.. Dah tak tahan sangat sewa je laa hotel murah
Quote miu84 12-1-2023 07:47 PM
AKAZ85 replied at 12-1-2023 12:13 PM
Hornynye laa dekat fitting room pon nak memant*t.. Dah tak tahan sangat sewa je laa hotel murah

Hotel murah kene tangkap khalwat lak. Ah sudahhh. Yang benonye, jauhilah zinaaaa
Quote gideoncross 18-1-2023 08:02 AM
prettyuglybabe replied at 11-1-2023 12:02 PM
rempitnya dalam fitting room pun nak beromen..

Dh tu je yg ada haha, lgipun different ppl, different taste gitu. Ada yg suka tmpt luas, ada yg suka tmpt smpit.
Quote gideoncross 18-1-2023 08:02 AM
ladybugz replied at 11-1-2023 03:01 PM
ya Allah, berapa kali tergerak hati nk ke H&M a week ago tp ada ja halangan. mujurla x ke sana.

H&M dan Uniqlo xyah fitting pun, tngok size pun dh thu haha.
Quote afie_m 19-1-2023 04:11 PM
wei bahaya ni, kes mcm ni boleh saman ke butik tu
Quote toynme 30-1-2023 11:40 AM
keje staff la ni..takde keje nak panjat tinggi2 letak cam..
Quote Burong_Hantuk 2-2-2023 10:37 AM
kurang ajar yg buat keje2 bodoh ni

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049600 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top