CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

WIFI Ganggu DNA, Sel Otak Anak?

9-12-2022 02:04 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 1336| Komen: 1

Description: WIFI Ganggu DNA, Sel Otak Anak?

Wi-Fi semakin popular dan menjadi perkataan yang melekat pada bibir pengguna IT pada masa kini. Teknologi pautan tanpa wayar ini memberikan banyak kelebihan atau kebaikan dalam aktiviti seharian kita.

Namun, baru-baru ini tular sebuah perkongsian di Facebook Mazliana Mazlan yang mengundang pertikaian warga maya.

Menurut Mazliana, radiasi Wi-Fi mampu mengganggu DNA dan sel otak anak. Selain itu, Wi-Fi juga mampu membuatkan tidur anak tidak berkualiti.  Jadi, beliau menasihatkan kepada ibu bapa agar menutup Wi-Fi sebelum anak tidur.

Kredit Foto - Facebook Mazlinana Mazlan



Mazliana yang juga seorang doktor turut berkongsi hasil kajian 1,258 muka surat seorang pengkaji dari University of California, Berkeley bagi menyokong dakwaannya itu.

Namun, perkongsian tersebut mengundang polemik warga maya. Menurut mereka, influencer ini tidak seharusnya menyebarkan maklumat yang salah khususnya selepas mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Warga maya juga berpendapat dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali dan tidak harus menyebarkannya bagi mengelakkan kekeliruan awam.



Kredit Foto - Facebook Mazlinana Mazlan

Setakat ini, perkongsian beliau mengenai Wi-Fi ini telah meraih lebih 2,400 shares kurang dari 24 jam sejak dikongsikan.

Walaupun dakwaan ini agak meragukan, perbuatan menutup wifi termasuk semua suis peralatan elektrik dan elektronik  jika tidak digunakan adalah amalan yang bagus juga kerana ia boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan seterusnya mengelakkan dari bil elektrik melambung setiap bulan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.233757 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top