CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Menentang Pelantikan PM Jadi Menteri Kewangan- Wan Saiful Kata Rafizi Ramli Hilang Ingatan, "Penjilat Anwar"

6-12-2022 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1016| Komen: 7

Description: PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli disifatkan seperti individu hilang ingatan apabila tidak menentang pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli disifatkan seperti individu hilang ingatan apabila tidak menentang pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.


Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Ahli Parlimen Pandan itu, sebelum ini pernah mengkritik agar Perdana Menteri tidak memegang portfolio Menteri Kewangan.

Menurut Wan Saiful, Rafizi dan pemimpin muda dalam PKR bukan lagi masa hadapan politik negara tetapi sekadar harapan Anwar yang juga Presiden PKR.


Foto: Utusan Online

“Rafizi pernah berkata dia menentang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan, tapi bila Anwar ambil jawatan Menteri Kewangan, Rafizi terus amnesia (hilang ingatan).


“Saya langsung tidak menyangka bahawa Rafizi juga seorang penjilat Anwar. Rupa-rupanya Presiden dan Timbalan Presiden serupa sahaja. Demi jawatan dan kedudukan, sanggup menjual diri dan menggadai perjuangan,” katanya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook milik beliau, hari ini.

Wan Saiful turut menyelar kenyataan Rafizi bahawa perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan disebabkan situasi ‘luar biasa’.

“Konon-kononnya ini masa yang luar biasa dan membolehkan prinsip dilupakan. Sebenarnya ujian yang menentukan kita berprinsip atau tidak ialah ujian pada waktu yang luar biasa. 

“Nyata sekali perjuangan Pakatan Harapan (PH) adalah penipuan demi nafsu dan tiada prinsip,” katanya.

Semalam media melaporkan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi menyifatkan jawatan Menteri Kewangan digalas oleh Anwar disebabkan negara berada dalam situasi yang luar biasa.

Jelasnya ia ekoran kerana tiada parti yang dapat membentuk satu kerajaan dan bagi mengelakkan pertikaian antara parti-parti bergabung membentuk kerajaan. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 6-12-2022 04:10 PM
taiklah semuanya puih puih neraka jahanam
Quote KamikuP 6-12-2022 04:38 PM
Semua ahli politik patut jumpa bomoh mcm arwah Mona Fandey baru ada akal.
Now i know why MF did that tu Adun Batu Talam.. ekekeke
Quote Highflyer19 6-12-2022 06:22 PM
Selective amnesia ahaks…
Quote MissYouSayang 6-12-2022 06:26 PM
Umat benak je yg percaya ckp2 rapiji kaki kencing ni
Quote totokreturn. 6-12-2022 06:31 PM

Quote Solokkk 6-12-2022 09:01 PM
Rapiji la ketua segala kuli batak Pak Non dgn formula2 kencingnya
Quote rosedemon 7-12-2022 10:24 AM
KamikuP: Semua ahli politik patut jumpa bomoh mcm arwah Mona Fandey baru ada akal.Now i know why MF did that tu Adun Batu Talam.. ekekeke



setuju

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.179244 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top